Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

SyafieBy Syafie30/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Petronas Sprinta F900HD

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini mengumumkan pelancaran Peraduan Petronas Sprinta 40 Tahun, sekali gus menandakan kempen penutup sambutan ulang tahun ke-40 jenama minyak pelincir motosikal ikonik negara, Petronas Sprinta.

Kempen bertemakan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’ itu berlangsung 1 Februari hingga 30 April 2026, bertujuan menghargai sokongan berterusan pengguna setia dan mengukuhkan lagi kedudukan Sprinta sebagai pilihan utama penunggang motosikal di Malaysia.

Peraduan Beli dan Menang, Penyertaan Mudah

Petronas Sprinta F900HD

Penyertaan peraduan itu sangat mudah dan terbuka kepada semua pengguna. Pelanggan hanya perlu:

  1. Beli satu botol Petronas Sprinta sintetik sama ada Sintetik Penuh atau Semi Sintetik untuk satu penyertaan
  2. Mengimbas kod QR pada poster atau bahan promosi
  3. Melengkapkan e-borang di portalMyMesra dan memuat naik resit pembelian

Lebih banyak botol dibeli, lebih tinggi peluang untuk menang.

Produk Petronas Sprinta yang Layak

Peraduan itu melibatkan barisan minyak pelincir sintetik Petronas Sprinta berikut:

Sintetik Penuh

  • Racing with Ester
  • A900
  • F900
  • F900HD
  • T900

Semi Sintetik

  • A700
  • F700
  • T500

Pembelian boleh dibuat di:

  • Kedai rasmi dalam talian Petronas Shop melalui Setel, Shopee dan TikTok
  • Kedai Mesra di stesen Petronas
  • Bengkel Petronas MotoExpert
  • Bengkel motosikal Petronas Sprinta terpilih

Hadiah Bulanan, Hadiah Utama Lumayan

Peraduan Petronas Sprinta 'Raikan Legasi 40 tahun'

Sepanjang Februari dan Mac, pemenang bulanan bakal membawa pulang hadiah menarik seperti:

  • Yamaha 135 LC V8
  • Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta
  • Baucar Setel pelbagai nilai sehingga RM1,000

Cabutan Akhir pada Mei 2026 pula menawarkan tiga hadiah utama iaitu:

  • Hadiah Utama: SYM ADXTG400 dan Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta
  • Hadiah Kedua: Zontes 368G dan Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta
  • Hadiah Ketiga: Yamaha Y16ZR dan Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta

40 Tahun Bersama Penunggang Malaysia

Logo Petronas Sprinta

Sejak empat dekad lalu, Petronas Sprinta kekal antara pelincir motosikal paling dipercayai di Malaysia, diperkukuh dengan teknologi UltraFlex yang menawarkan prestasi responsif, perlindungan enjin optimum dan ketahanan terhadap haba serta tekanan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PLMM, Zameer Zahur Hussain berkata, Sprinta bukan sekadar produk, sebaliknya sebahagian perjalanan jutaan penunggang motosikal tempatan sejak generasi ke generasi.

aksesori Auto Terkini minyak pelincir petronas Peraduan PETRONAS Sprinta PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) Petronas Sprinta Raikan Legasi 40 Tahun
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.