Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Perodua Perkenal GearUp Smart Bluetooth TPMS – Peranti Pintar Pantau Tekanan Tayar
Aksesori

Perodua Perkenal GearUp Smart Bluetooth TPMS – Peranti Pintar Pantau Tekanan Tayar

Han OthmanBy Han Othman09/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGAK menarik aksesori terbaharu Perodua kali ini apabila memperkenalkan produk peranti pintar GearUp Smart Blurtooth TPMS (Sistem Pemantauan Tekanan Tayar) yang membolehkan pengguna memantau kondisi semasa tekanan tayar kenderaan mereka secara masa nyata.

Ciri TPMS biasanya dibekalkan kepada kenderaan kelas premium secara binaan dalam dan maklumat akan dipaparkan pada panal meter. Tetapi kini ciri mewah itu sudah dapat dipasang mana-mana model Perodua pada harga promosi RM385 setakat 30 Jun ini sahaja. Selepas tempoh itu, peranti tersebut akan dijual pada harga RM430. Malah, pembeli turut ditawarkan jaminan 6 bulan bagi setiap pembelian.

Setiap set peranti pintar GearUp Smart Blurtooth TPMS akan dibekalkan:

  • 1 unit peranti pintar in-car
  • 4 unit sensor
  • 4 junit kunci nat
  • 1 unit spanar khas
  • 2 unit bateri AA

Pengguna juga perlu memuat turun aplikasi mobil khas peranti tersebut di App Store dan Google Play untuk akses menggunakan telefon pintar.

SENSOR DI SETIAP TAYAR

Menurut Perodua, aplikasi mobil untuk TPMS itu ialah kali pertama diperkenalkan pengeluar automotif di Malaysia yang terdiri daripada dua komponen utama, iaitu sensor tayar dan peranti pintar in-car. Sensor akan dipasang pada injap (tiub) tayar bagi menggantikan penutup biasa yang kemudian bertindak memberikan maklumat terkini kepada peranti pintar in-car menerusi sambungan wayarles Bluetooth.

Apabila sensor mengesan mana-mana tayar mengalami kekurangan 8 peratus tekanan angin, bunyi bip akan kedengaran berserta kelipan lampu pada peranti pintar in-car. Ini membolehkan pemandu mengambil tindakan awal untuk mengelak sebarang insiden kemalangan berlaku.

APLIKASI MOBIL ‘FOBO TIRE’

Aplikasi mobil yang perlu dimuat turun ialah FOBO Tire (sesuai iOS 7.1 dan Android 4.3 ke atas) dan mendapat data semasa berhubung tekanan tayar kenderaan dan suhu tayar secara Bluetooth. Malah, data diperoleh boleh dikongsi dengan pengguna lain seandai kereta dipandu keluarga dan rakan.

Bagi mengelak kecurian, setiap sensor akan dikunci dengan spaner nat kunci. Peranti pintar in-car juga memiliki sensor gerakan yang mana apabila tidak sebarang pergerakan dikesan, ia akan berada dalam mod tidur bagi menjimatkan bateri.

aksesori FOBO Tire GearUp Perodua GearUp Smart Blurtooth TPMS keselamatan kenderaan peranti pintar in-car Perodua Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) TPMS
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

28/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.