Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Labur RM1.6b Sepanjang 2025, Intai Peluang Tambah Baik Fasiliti, R&D
Auto Terkini

Perodua Labur RM1.6b Sepanjang 2025, Intai Peluang Tambah Baik Fasiliti, R&D

Han OthmanBy Han Othman07/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA meningkatkan perbelanjaan modal (CAPEX) kepada RM1.6 bilion tahun ini, dengan sebahagian besar pelaburan diperuntuk untuk menambah baik fasiliti, meningkatkan kapasiti pengeluaran, pembangunan model baharu, dan peralatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, jumlah RM1.6 bilion itu adalah dua kali ganda CAPEX bernilai RM797.5 juta pada 2024 kerana Perodua perlu melabur semula.

CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad

Pelaburan ini akan mengukuhkan kapasiti pembuatan, termasuk peringkat vendor, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti serta memperkukuh perancangan produk R&D (kajian dan pembangunan) dan pembangunan model baharu,” katanya.

Menurutnya, Perodua kini sudah melepasi keupayaan pengeluaran dengan menghasilkan 368,100 unit kenderaan sepanjang tahun lalu (2024) yang melebihi kapasiti 320,000 unit bagi kedua-dua fasiliti.

Rekod 368,100 unit ini dicapai dengan meminimumkan masa henti, mengekalkan jadual penyelenggaraan, perancangan dinamik, termasuk koordinasi antara vendor dan pengedar kami, serta bertindak pantas mengatasi cabaran,” katanya lagi.

Zainal Abidin berkata, 2025 akan menjadi batu loncatan bagi masa depan Perodua dengan penekanan kepada keupayaan pengeluaran yang lebih berdikari, terutama pembangunan produk masa depan.

Perodua kini sedang mempercepat pembangunan tenaga kerja bagi mencapai kebergantungan kendiri, dan akan menyebabkan penurunan pengeluaran dan jualan tahun ini.

Untuk 2025, kami menjangka pengeluaran menurun 4.9 peratus kepada 350,000 unit berbanding 368,100 unit pada 2024. Pengurangan ini dijangka menyebabkan pendaftaran kenderaan berkurang 3.7 peratus kepada 345,000 unit berbanding 358,102 unit tahun lalu.

“Walaupun kami merancang mengurangkan pengeluaran dan jualan, permintaan terhadap kenderaan kami masih kukuh dengan jumlah tempahan tertunggak 68,000 unit yang mana 28,000 tempahan sudah menerima surat akujanji tanpa stok,” katanya.

Beliau juga menegaskan Perodua akan terus mengutamakan penghantaran sambil mengekalkan standard kualiti dan keselamatan syarikat itu.

Mengenai perniagaan selepas jualan, Perodua menjangka peningkatan jumlah pengambilan servis kepada 3.7 juta kenderaan tahun ini, meningkat 7.6 peratus daripada 3.4 juta pada 2024.

Perodua juga akan terus menyokong ekosistem automotif negara dengan anggaran pembelian komponen tempatan bernilai RM10.8 bilion daripada vendor dalam negara.

Selain pembelian komponen automotif, kami bekerjasama rapat dengan Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan vendor dan pengedar supaya kekal berdaya saing dalam industri ini.

“Ini termasuk meneroka potensi Industri 4.0 dalam memaksimumkan kecekapan operasi, menjalankan latihan dan menyediakan bantuan lain bagi pertumbuhan mampan.

“2025 akan menjadi tempoh menarik kerana kami bersiap sedia bersama rakan kongsi dalam menghadapi perubahan yang bakal tiba. Kami yakin apabila perubahan ini selesai, kami akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan dalam negara dan rantau ini,” kata Zainal Abiding.

Auto Terkini Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad Perodua Prestasi Perodua 2024 Rancangan Perodua 2025 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

17/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

17/03/2026
Anthony Loke Siew Fook
Auto Terkini

MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

17/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.