RAMAI peminat sebenarnya gembira dengan pendekatan Honda untuk terus menghasilkan model Civic Type R sehingga kini walaupun ada yang masih berharap pengeluar Jepun itu menghidupkan semula Integra Type R.
Nama Integra Type R kembali menjadi sebutan susulan koleksi foto lakaran bayangan pereka automotif @jrubinsteintowler tular di internet.
Melihat pada desain Type R itu, Integra tersebut tidak meneruskan rekabentuk Honda semasa tetapi kombinasi model DC2 (1995) dan DC5 dengan gaya seperti FK8 Civic Type R.
Lampu depan jenis panjang berasaskan LED mempunyai desain lebih tirus dan tajam. Konsep sama juga dikenakan pada lampu belakang, menjadikan kereta sport itu tampak benar-benar agresif.
BACA >>> Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...
Ruang kabin masih mengekalkan warna kombinasi hitam merah termasuk pada bahagian papan pemuka, panel pintu, tempat duduk serta karpet lantai.
Merujuk pada trenkuasa, pereka itu tidak memilih enjin 2.0 liter turbo K20C tetapi nampak seperti sudah beralih kepada jenis 2.4 liter Earth Dreams i-VTEC DOHC 4-silinder sebaris?
Apapun, itu cuma foto lakaran bayangan mengikut selera pereka berkenaan. Belum ada kepastian sama ada Honda mahu mengembalikan siri Integra selepas penbuatan ditamatkan pada 2006.
BACA >>> Honda NSX Type-S Akan Jadi Edisi Akhir
BACA >>> Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
SUMBER: Autoindustriya | Instagram
Leave a Reply