Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Perbandingan Ringkas Kawasaki Z900 vs Z900RS
Roda2

Perbandingan Ringkas Kawasaki Z900 vs Z900RS

ZYBy ZY11/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Motors (Malaysia) Sdn Bhd seperti biasa memuaskan kehendak peminat motosikal tempatan dengan membawa masuk barisan model terbaharu yang ditayangkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA), Itali penghujung tahun lalu ke pasaran Malaysia seawal suku pertama tahun ini.

BACA >>> 12 Fakta Pantas Tentang Kawasaki Z900RS (2018)

Selain Ninja 250, turut menjadi perhatian sudah tentu Z900RS yang menawarkan gaya retro ilham daripada naked bike legenda, Kawasaki Z1 yang baru saja dilancarkan penghujung bulan lalu. Ramai sedia maklum, jentera retro moden itu dibina berasaskan streetfighter popular, Kawasaki Z900. Selain gaya, mungkin anda tertanya-tanya apakah perbezaan lain? Ikuti perbandingan di bawah:

1. ESTETIKA


Mengetepikan perbezaan rekaan yang jelas ketara, perbezaan pertama boleh dilihat apabila duduk atas pelana ialah dari segi rekaan panel instrumen.

Kedua-dua Z900 dan Z900RS menggunakan kombinasi paparan analog dan digital. Bezanya, Z900RS lebih menumpukan kepada analog dengan menggunakan jarum fizikal pada tolok spidometer (kmj) dan takometer (RPM). Bagi penunggang veteran atau senior yang menjadi golongan sasaran pembeli Z900RS, gaya begitu lebih mesra retro.


Menyingkap bahagian roda pula, selain rekabentuk rim berbeza, apa yang menarik perhatian ialah Z900RS dilengkapi kaliper brek radial dengan logo Kawasaki. Ini berbeza berbanding Z900 yang masih menggunakan kaliper brek biasa daripada Nissin. Sama ada kaliper brek radial ini mempengaruhi kualiti tunggangan, kami akan cuba dalam sesi tunggang uji nanti.

Selain rekaan berbeza, ekzos Z900RS memiliki bunyi deruman berbeza, terutama ketika melahu (idle) dengan tona bass yang lebih padat.

YouTube player

2. ERGONOMIK


Sebagai jentera streetfighter, Z900 mempunyai ergonomik lebih agresif ke depan. Sebaliknya, ergonomik Z900RS lebih menegak dan boleh dilihat pada posisi bar hendal yang tinggi. Kedudukan peg kaki pula nampak seakan sama bagi kedua-dua jentera ini.

3. ENJIN


Walaupun dilengkapi enjin 4-silinder 948cc penyejukan cecair yang sama, selain talaan kuasa, perbezaan ketara lain yang dapat dilihat ialah rekaan enjin Z900 dan Z900RS. Z900RS menampilkan rekaan penutup enjin yang sekali imbas kelihatan seperti enjin motorsikal klasik, terutama dengan adanya elemen garisan pada blok enjin yang kelihatan seperti sirip enjin berpenyejukan udara.

4. FREM


Struktur kerangka Z900 dan Z900RS daripada frem trelis dan perbezaan yang dapat dikesan dari sisi ialah rupa frem belakang. Z900RS menggunakan subfrem lebih lurus dan landai.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu

Tiada gambar lain yang jelas, tetapi menurut Kawasaki, rekabentuk frem Z900RS yang berbeza bertujuan menempatkan rekaan retro tangki motosikal itu. Jadi, jika berminat mahu mengubah suai Z900 sedia ada dengan komponen Z900RS, anda tidak boleh melakukannya semudah tanggal dan pasang atau ‘plug and play’ sahaja.

5. HARGA

kawasaki z900rs malaysia
Ada sebab kenapa kami katakan kemungkinan ada pembeli yang berminat mengubah suai Z900 sedia ada. Sebabnya, harga. Jika dinilai seimbas pandang sahaja, jangan tidak percaya jZ900RS ditawarkan kira-kira RM18,000 lebih mahal berbanding Z900 biasa.

Ditawarkan pada harga bermula RM67,900 tanpa cukai jalan dan insurans, nilai itu jauh berbeza dengan Z900 yang pada masa ini ditawarkan kira-kira RM50,000 sahaja. Perbezaan sebanyak itu cukup untuk hadiahkan jentera 250cc kepada isteri atau anak di rumah dan mungkin juga lebih daripada cukup untuk melakukan modifikasi z900 sedia ada kepada versi retro.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Akhirnya Tiba di Malaysia – Harga Bermula RM67,900

Bagaimanapun, jika dilihat kembali, Z900RS menawarkan ciri dan aksesori lebih premium berbanding Z900 seperti kaliper brek radial. Tidak mustahil juga Z900RS diberikan ekzos lebih berkualiti jika menilai gambar didedahkan, sekali gus mewajarkan sebab kenapa perbezaan harga kedua-dua model itu begitu ketara.

Berbaloi atau tidak, terpulang kepada cita rasa bakal pembeli. Apa kata anda?

Kawasaki Kawasaki Z1 Kawasaki Z900 Kawasaki Z900RS naked bike retro retro-moden roda2 streetfighter z900 z900rs
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

21/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026

1 Comment

  1. Mood hassan on 12/03/2018 07:54

    Kalau ikut Cc yang sama memang tak berbaloy

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.