Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Proton X90 vs Geely Okavango, Ada Beza Ke?
Autotainment

#Perbandingan: Proton X90 vs Geely Okavango, Ada Beza Ke?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize05/04/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Proton X90 didedahkan secara rasmi kepada media tempatan di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam pada 28 Mac lalu.

Jika dilihat di pasaran Filipina, model itu dipanggil Geely Okavango yang sudah dilancarkan di sana pada penghujung 2020.

Memandangkan Proton sudah berkongsi gambar luaran dan dalaman rasmi Proton X90, apakah yang membezakan kedua-dua SUV itu selain lencana dan nama berbeza?

Dari depan, Proton X90 menampilkan gril unik dengan taburan pin krom bersama kemasan ‘Ethernal Bow’ yang dilihat lebih menarik berbanding Geely Okavango. Lampu LED termasuk lampu siang (DRL) bentuk L pula dipinjam terus daripada Geely Okavango.

Walaupun rupa depan Proton X90 nampak lebih gah dengan identiti Proton, tetapi bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu nampak sama saja seperti Geely Okavango. Satu-satunya perbezaan ketara adalah teks  ‘P R O T O N’ dan bukan ‘G E E L Y’ di belakang.

Ruang kabin Proton X90 dan Geely Okavango juga sama, cuma stereng X90 diposisikan sebelah kanan, manakala Okavango sebelah kiri. Ini bukan ciri negatif kerana dalaman dua SUV itu masih kekal cantik.

Selain itu, Geely Okavango hanya ditawarkan sebagai SUV 7-kerusi, sebaliknya di Malaysia, Proton X90 ditawarkan dalam opsyen 6-kerusi dalam konfigurasi 2-2-2 (kerusi individu di tempat duduk baris kedua) dan 7-kerusi (2-3-2).

Selain kerusi di barisan kedua, ia boleh ditukar kepada dua kerusi kapten yang bukan saja mempunyai perehat lengan boleh laras, tetapi juga boleh diluncurkan secara manual ke depan atau belakang, dan dilengkapi fungsi baring untuk keselesaan tambahan.

Ciri lain terdapat pada Proton X90 adalah seperti bumbung suria panoramik, kamera 360º, upholsteri kulit coklat (sebagai pilihan), kerusi depan dengan ventilasi, penyaman udara auto-klimat dwi-zon dengan ventilator belakang, kerusi depan elektrik boleh laras, port pengecas di semua baris tempat duduk, dan pintu belakang pintar.

Bagaimanapun, sama seperti Geely Okavango spesifikasi Filipina, sistem infotainmen Proton X90 tiada sokongan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Enjin digunakan Proton X90 masih sama seperti Geely Okavango, iaitu enjin 3-silinder 1.5L Turbo dengan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V EMS yang menghasilkan kuasa 188hp dan tork 300Nm, manakala sistem transmisi jenis dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Secara ringkas, Proton X90 nampak seperti Geely Okavango versi lebih kayangan dari segi rupa, kemasan dalaman dan ciri ditawarkan.

Aspek keselamatan ditawarkan Proton X90 juga lebih gah dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang tiada pada Geely Okavango. SUV Proton itu menerima Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti & Gerak (Stop & Go), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Suluh Tinggi Automatik (HBA), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pengecaman Papan Tanda Trafik (TSR).

Antara Proton X90 dan Geely Okavango, mana satu lebih menarik dari segi luaran, dalaman dan ciri keselamatan? Kongsi dengan kami di bahagian komen.

BACA >>> Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi
BACA >>> Mungkin Terpesona, Waja Terlanggar Proton X90 Sedang Dipandu Uji

Beza Filipina Geely Okavango Perbezaan persamaan Proton X90 SUV
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Syaiful Nizam Hassan on 10/04/2023 19:02

      Lebih baik Geely Okavango 2023 klu bhg blkg Proton X90 masih menyerupai Geely Okavango 2022!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.