• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mungkin Terpesona, Waja Terlanggar 'Proton X90' Sedang Dipandu Uji

Mungkin Terpesona, Waja Terlanggar 'Proton X90' Sedang Dipandu Uji

January 6, 2022 By Azhan O Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN desas-desus mengatakan Proton X90 bakal dilancarkan tahun ini, tetapi tidak ramai yang terserempak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi itu sedang dipandu uji. Agaknya di manakah lokasi Proton melakukan ujian enduran untuk model baharu itu?

Namun, satu insiden yang jarang dapat dilihat berlaku apabila pemilik TikTok @dddyha sempat merakamkan model baharu Proton itu terbabit kemalangan. Model SUV ujian itu, yang masih dalam seragam kamoflaj, dilihat berhenti di lorong kanan jalan, dipercayai dilanggar Proton Waja di belakangnya.

BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

@dddyha Tak tau nak gelak ke sedih 😅 #keretabaru #newcar #accident ♬ Oh No - Kreepa

Berdasarkan klip video 19 saat itu, mungkin itulah X90 yang diuar-uarkan bakal dilancarkan tahun ini. Malah Proton beberapa hari lalu baru saja mendaftarkan nama X80 dan X90 dalam Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Kedua-dua nama itu khabarnya akan digunakan untuk model SUV dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mana X90 dipercayai dikhaskan untuk SUV.

REBADGE GEELY HAOYUE/OKAVANGO

X90 dikatakan dijenamakan semula daripada model Geely Haoyue, yang juga dikenali sabagai Okavango, iaitu SUV 7-kerusi saiz-pertengahan atau segmen-D dan dilancarkan di China pada awal 2020.

SUV tersebut ditawarkan dalam dua opsyen enjin 3-silinder 1.5L Turbo dan 4-silinder 1.8L  Turbo yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, sama seperti dibekalkan pada X70.

Di pasaran Asean, Haoyue sudah pun menjengah pasaran Filipina, menggunakan nama Okavango dengan enjin 1.5L berkuasa 190hp dan tork 300Nm dalam dua varian, Comfort dan Urban. Ada kemungkinan besar juga X90 nanti akan menggunakan trenkuasa sama seperti Okavango versi Filipina.

BACA >>> Spesifikasi Geely Okavango (2021) Versi Filipina Didedahkan, Harga Mula RM103k
BACA >>> Geely Dedah Imej Pertama SUV Coupe FY11, Pesaing Mercedes GLC Coupe, BMW X4?

Artikel Berkaitan

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely Haoyue, Geely Okavango, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pandu Uji Proton X90, Proton Waja, Proton X90, SUV, SUV saiz pertengahan, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my