Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
Auto Terkini

Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Han OthmanBy Han Othman10/11/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin sudah baca perbandingan kenderaan utiliti sukan terbaharu Proton, X50 dengan pesaing dalam kelas sama seperti Honda HR-V. Artikel ini kami bandingkan rupa luaran dan dalaman X50 dengan Geely Coolray versi Filipina.

Sebagai makluman, Coolray ialah nama global untuk Binyue yang dijual di pasaran China. Filipina membawa masuk Coolray seawal September tahun lalu, sekali gus menjadi negara Asean pertama menerima SUV tersebut.

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?

Antara sebab Filipina menjadi destinasi pertama Asean untuk Coolray adalah kenderaan negara itu menggunakan pemanduan sebelah kiri (LHD). Jadi model dari China boleh dibawa masuk terus dalam unit import (CBU) tanpa melibatkan sebarang perubahan teknikal.

Sebaliknya X50 versi Malaysia memerlukan kerja-kerja kejuruteraan membabitkan penukaran teknikal daripada pemanduan dari kiri kepada kanan (RHD), dan aspek talaan suspensi termasuk perubahan kosmetik minimal.

BACA >>> Apakah Beza Empat Varian Proton X50?

Berikut perbezaan spesifikasi asas Coolray versi Filipina:

  • Ada tiga varian: Comfort, Premium, Sport (X50: Standard ,Executive, Premium dan Flagship)
  • Ada satu varian enjin sahaja: 3-silinder 1.5L TGDi berkuasa 177ps dan tork 255Nm (X50: Enjin TGDi cuma untuk varian Flagship, varian lain guna enjin baharu 3-silinder 1.5L Turbo, dihasilkan khas Geely untuk X50)

  • Gril Cosmos (X50: gril Infinite Weave)
  • Rim dwi-tona ilham rekaan turbin (X50: sama seperti Coolray)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat

  • Ada lima warna: jingga, merah, putih, biru dan perak (X50: enam warna – tambahan warna kelabu @ Jet Grey. Biru pula jenis biru muda @ Ocean Blue) 
  • Transmisi: dual klac (DCT) 7-kelajuan
  • Suspensi: Independen MacPherson (depan), torsion beam (belakang)
  • Kapasiti minyak: 45 liter
  • Anggaran penggunaan bahan api: 15km per liter
  • Kapasiti kargo: 330 liter
  • Tayar: 215/60 R17 – Comfort; 225/55 R18 – Premium dan Sport (X50 – 18 inci untuk Premium dan Flagship)
  • Brek: Cakera depan dan belakang
  • Dimensi: Panjang 4,330mm, lebar 1,795mm, tinggi 1,609mm, jarak rodak 2,600mm, tinggi kelegaan tanah 196mm 
  • Tiada ventilator penyaman udara di konsol tengah belakang, cuma ada palam USB (X50: Ada ventilator penyaman udara belakang)
  • Ada pedal syif (X50: tiada pedal syif)
  • Harga: Comfort – 978,000 peso (RM83,810), Premium – 1,088,000 peso (RM93,230), Sport – 1,198,000 peso (RM102,660) (X50: Standard – RM79,200, Executive – RM84,800, Premium – RM93,200,  Flagship – 103,300)
  • Ciri: (X50: Ada Sistem Bantuan Pemandu Termaju, ADAS 2.0)
    • 6 beg udara, 4 beg udara untuk Comfort (X50: 4 beg udara untuk Standard)
    • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS): Premium dan Sport (X50: Premium dan Flagship)
    • Warna badan dwi tona: Premium dan Sport (X50: Flagship)
    • Kerusi: fabrik (Comfort), PVC (Premium), kulit (Sport) (X50: fabrik untuk Standard, kulit untuk varian lain)
    • Bumbung Panoramik: Premium dan Sport (X50: untuk Flagship sahaja)
    • Unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci dengan sistem GKUI: Semua varian (X50: untuk Premium dan Flagship)
    • Brek Parkir Elektronik (EPB): Semua varian
    • Bantuan Parkir Automatik (APA): Premium dan Sport (X50: Flagship sahaja)
    • Brek Pegun Auto (ABH): Semua varian
    • Lampu: Projektor halogen untuk Comfort dan Premium), LED penuh untuk Sport (X50: semua varian LED penuh)
    • Lampu siang (DRL): Semua varian halogen, LED untuk Sport (X50: semua varian LED, kecuali Standard)
    • Kawalan Jelajah (Cruise Control): Semua varian
    • Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC): Semua varian
    • Kunci pintar: Premium dan Sport (X50: Semua varian)
    • Hidupkan enjin kawalan jauh (Remote Start): Semua varian
    • Punat tekan mula (Push-Start Button): Semua varian

Di bawah ini perbandingan berasaskan foto rasmi dari laman web Geely Filipina dengan imej rasmi Proton yang diberikan kepada media.

GRIL ‘COSMOS’ VS ‘INFINITE WEAVE’

Rekaan gril berbeza. Coolray menggunakan rekabentuk Cosmos yang dikelilingi bingkai perisai merah, manakala X50 menggunakan gril Infinite Weave dengan frem Ethernal Bow dan sudah tentu ada lencana harimau Proton.

Perhatikan bahagian bumbung, rel bumbung Coolray diwarnakan hitam, sebaliknya X50 dicatkan perak. Rekaan rim kedua-dua model sama, dan begitu juga postur badan lain.

SPOILER BERBEZA?

Panel krom yan melintang sepanjang pintu but tertera perkataan ‘GEELY’ untuk Coolray, sebaliknya X50 tertera ‘PROTON’. Kedudukan ekzos kembar di kira dan kanan bampar juga sama untuk Coolray dan X50. Bagaimanapun posisi penutup tangki minyak kekal sama, iaitu sebelah kiri, dan begitu juga rekaan difuser, panel plastik bawah pintu dan fender.

Rekabentuk spoiler nampak semacam berbeza antara Coolray dan X50. Spoiler Coolray kelihatan lebih tinggi. Ada lencana T-GDi pada bahagian bawah pintu depan X50 untuk menunjukkan itu varian Flagship, tetapi tiada untuk Coolray kerana model tersebut cuma ada satu varian enjin sahaja.

DALAMAN SAMA, BEZA POSISI DAN LENCANA STERENG

Tiada yang berbeza. Cuma posisi aturan papan pemuka diubah ke sebelah kanan untuk X50 membabitkan kedudukan gear, butang kawalan, dan stereng. Semestinya lencana harimau untuk X50.

UNIT INFOTAINMENT, SISTEM OPERASI SAMA

Juga sama antara Coolray dan X50. Coolray menggunakan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci jenis apung dengan sistem operasi GKUI. Jika diperhatikan lebih dekat, punat kawalan klimat (climate control) penyaman udara juga berubah posisi kiri ke kanan.

BACA >>> Filipina Jadi Negara Asean Pertama Lancar Geely Coolray (Binyue), Harga Mula RM79k

Filipina Geely Geely Coolray Geely Philippines Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) perbandingan Proton Proton X50 Roda4 SUV SUV segmen-B
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

31/03/2026
Auto Terkini

JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

31/03/2026
Auto Terkini

KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

31/03/2026
Auto Terkini

Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

30/03/2026

1 Comment

  1. Paul on 22/11/2020 09:23

    No paddle shifters
    No vanity mirror light
    Frameless rear view mirror

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.