Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#Perbandingan: Apakah Beza Trak Pikap JAC T9 Diesel dan T9 BEV?
Kenderaan Elektrik (EV)

#Perbandingan: Apakah Beza Trak Pikap JAC T9 Diesel dan T9 BEV?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EVOLVE Electrics selaku wakil pengedar JAC Motors di Malaysia mengumumkan ketibaan trak pikap siri T9 ke pasaran tempatan dalam varian elektrik penuh (BEV) dan diesel yang akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2025.

Malah pengedar jenama kenderaan komersial China itu mendedahkan akan membawa masuk satu lagi varian, iaitu hibrid plug-in (PHEV) seawal suku pertama 2025, sekali gus memberi isyarat keinginan JAC Motors mahu bersaing dalam segmen trak pikap tempatan.

Berikut ciri dua trak pikap JAC T9 dan perbezaan kedua-dua varian itu:

TRENKUASA

Enjin diesel
Trenkuasa BEV
  • JAC T9 menggunakan enjin diesel 4-silinder sebaris 2.0L (1,999cc) CTI dengan turbo tunggal, menawarkan kuasa 167.6hp pada 3,600rpm dan tork 410Nm antara 1,500-2,500rpm. Transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan pacuan empat roda (4WD).
  • Varian T9 BEV pula menggunakan dua unit motor eletrik pada gandar depan dan belakang (pacuan semua roda), masing-masing sekuat 160kW dan 70kW. Kelajuan maksimum cuma 140kmj. Pecutan ke 100kmj memerlukan masa 8.4 saat.
  • Setiap cas penuh membolehkan T9 EV dipandu sejauh 340km (kitaran WLTP). Pengecasan pantas (DC) dari 20 peratus ke 100 peratus mengambil masa sekitar 45 minit. Pengecasan standard (AC) pula 10 jam untuk kadar sama.
Transmisi T9 diesel
Transmisi T9 BEV
  • Kedua-dua trak pikap T9 didatangkan dengan brek parkir elektrik (EPB), tuil anjakan mod dan fungsi auto-pegun (Autohold). T9 diesel menawarkan tiga mod pemanduan: Normal, Sport dan ECO.
  • Trak pikap elektrik pula menggunakan tombol gear rotari dan ketika menukar mod, didapati ada mod Snow dan Off-Road.

WARNA

  • Ada lima warna badan disediakan untuk trak pikap JAC T9 iaitu merah, hitam, kelabu gelap, perak dan putih.
  • Ruang kabin dalam dua tona, iaitu hitam untuk warna badan merah, kelabu dan putih, manakala warna kabin coklat untuk trak pikap hitam, perak dan putih.

LUARAN

T9 Diesel
T9 BEV
T9 Diesel
T9 BEV
  • Kedua-dua varian tidak menunjukkan perbezaan ketara dari segi luaran kecuali warna lencana JAC pada gril depan (varian EV berwarna biru) dan lencana ‘EV’ di belakang T9 BEV.
  • Bagaimanapun, ada perbezaan mounting yang dapat dilihat pada sisi-belakang T9 diesel dan rel bumbung, tetapi dua komponen itu tiada pada model BEV.
Diesel
BEV

DIMENSI TRAK PIKAP

  • T9 diesel dan BEV memiliki saiz sama iaitu panjang 5,330mm, lebar 1,965mm, dan tinggi 1,920mm, manakala jarak roda 3,110mm.
  • Berat kasar varian diesel 2,055kg dengan berat muatan 1 tan. Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi untuk trak pikap BEV.

KABIN

Diesel
BEV
  • Kluster instrumen digital LCD 7 inci dalam dua tema pilihan (varian diesel).
  • Unit infotainmen 10.4 inci skrin sentuh dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada lampu ambien 64 warna.
  • Dilengkapi kotak penyejukan bawah perehat tangan yang boleh memuatkan hingga empat botol atau tin minuman.
  • Pengecas wayarles 50W dengan pengudaraan disediakan bawah papan pemuka selain dua port USB Type-A (satu untuk pengecas pantas dan satu lagi untuk sambunga ke unit infotainment).
  • Ada soket 12V untuk sambungan kepada kamera pemuka dan peranti lain (120W)
T9 Diesel
T9 BEV
Diesel
BEV
Diesel
BEV
  • Ada port USB Type-A (maksimum 18W), USB Type-C (maksimum 60W) dan soket 220V (kuasa maksimum 150W) untuk penumpang belakang, di bawah corong penyaman udara.
  • Kerusi corak berlian (diesel) dan tanpa corak (untuk BEV).
  • Kerusi depan varian diesel jenis boleh laras elektrik, manakala T9 BEV pula untuk kerusi pemandu.
  • Siling kabin versi diesel berwarna hitam, dan kelabu untuk T9 EV.
Siling T9 Diesel
Siling T9 BEV

HARGA DAN WARANTI

  • T9 BEV: Anggaran harga bawah RM120,000 dengan waranti enam tahun atau jarak perbatuan 200,000km.
  • T9 Diesel: Anggaran harga bawah RM200,000 dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
EVolve Electrics Evolvelectric Motors JAC Motors JAC T9 BEV JAC T9 Diesel Lori dan Trak Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.