Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Parah Livina Tiba-Tiba Buat ‘U-Turn’ di Garis Kembar
Auto Terkini

Penunggang Parah Livina Tiba-Tiba Buat ‘U-Turn’ di Garis Kembar

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize30/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG penunggang parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang membelok di Jalan Mata Ayer-Jejawi di Arau, Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kemalangan sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila pemandu MPV tiba-tiba membelok ke kanan untuk melakukan pusingan-U. Disebabkan jarak motosikal mangsa dan MPV terlalu dekat, dia tidak sempat mengelak hingga terlanggar sisi kanan Livina berkenaan.

Mohsin berkata, lokasi kemalangan ialah laluan garis kembar yang dilarang memotong  dan membuat sebarang pusingan U. Mangsa berusia 30 tahun cedera bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk rawatan lanjut.

Pemandu MPV pula hanya cedera ringan, iaitu luka di tangan kiri, dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis mengingatkan, selain garis kembar, pemandu juga diingatkan tidak membuat pusingan U di kawasan dengan papan tanda dilarang buat pusingan U (foto atas paling kanan) kerana boleh didenda tidak lebih RM500.

Seperti termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Seksyen 79 (2) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, pusingan U hanya dibenarkan mengikut papan tanda seperti di atas. Bagaimanapun, peraturan tersebut tidak terpakai kepada penguat kuasa undang-undang ketika bertugas.

Penunggang motosikal juga dinasihatkan menjaga jarak dengan kenderaan depan bagi mengelakkan insiden sama berulang.

BACA >>> Kembara U-Turn Sesuka Hati, 125Z Pula Laju Sangat
BACA >>> Sudah Berlanggar Baru Bagi Signal, Penunggang Maut Viva Buat ‘U-Turn’ Melulu

Auto Terkini kemalangan kemalangan jalan raya MPV Nissan Grand Livina Pusingan U Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi U-Turn
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.