Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Motosikal Sepanyol Bantah Peraturan Wajib Pakai Jaket Beg Udara
Auto Terkini

Penunggang Motosikal Sepanyol Bantah Peraturan Wajib Pakai Jaket Beg Udara

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan Sepanyol (MOT) pada Februari lalu cuba menguatkuasakan peraturan pemakaian jaket atau ves beg udara untuk penunggang motosikal sebagai antara kaedah mengurangkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Keputusan itu mencetuskan kontroversi kalangan penunggang seluruh negara hingga membuatkan Persatuan Penunggang Motosikal Sepanyol (AMM) melancarkan tinjauan pendapat yang mendapati majoriti responden tidak setuju dengan syarat mandatori pemakaian ves atau jaket beg udara tersebut.

Seramai 2,547 penunggang motosikal menyertai kajian berkenaan dan 65.49 peratus responder membantah peraturan mandatori itu, dan 29 peratus lagi menyokong, manakala 5.46 peratus lain membuat keputusan atas pagar, iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak.

BACA >>> Aksi Makcik Skuter Selamba Rempuh Mat Rempit
BACA >>> Naik RX-Z Tak Pakai Helmet, Awek Ganu Kebaya Merah Kena Saman, Naik Mahkamah

Berikut pecahan antara responden pro-ves atau jaket beg udara dan mereka yang menentang idea berkenaan:

Beberapa pendapat juga diperoleh mengenai cadangan pemakaian ves atau jaket beg udara, iaitu:

  • Ramai bersetuju dengan cadangan pemakaian ves atau jaket beg udara untuk keselamatan, tetapi tidak menyokong syarat wajib pakai.
  • Ramai tidak menyokong kerana harga ves atau jaket beg udara masih terlalu mahal. Malah Kerajaan juga tidak memberikan sebarang insentif pelepasan cukai nilai tambah (VAT) untuk pakaian keselamatan.

  • Ramai penunggang menggesa Kerajaan menunaikan tanggungjawab mengenai isu keselamatan penuh membabitkan infrastruktur terlebih dahulu.
  • Penunggang mahu Kerajaan menunaikan janji lama seperti membenarkan mereka memakai set interkom ketika menunggang.
Penunggang Sepanyol kini dibolehkan memakai interkom.

KEPUTUSAN MOT SEPANYOL

Selepas menimbangkan aduan dan respons penunggang, MOT Sepanyol bersetuju dengan keputusan berikut:

  • Menurut Menteri Dalam Negeri, Fernando Grande-Marlaska, penggunaan ves atau jaket beg udara tidak akan dijadikan syarat wajib kepada penunggang motosikal buat masa ini.
  • Namun, Kerajaan mahu membentuk rangka kerja mengenai tanggungjawab memakai sut keselamatan itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dijangka 2025 atau 2030.
  • Penunggang motosikal dibenarkan menggunakan unit interkom pada helmet.
  • Sepanyol mewajibkan setiap penunggang memakai helmet dan sarung tangan.

SUMBER: FEMA | Motorrad

aksesori Beg Udara Penunggang Motosikal jaket beg udara Penunggang Wajib Pakai Jaket Beg Udara Persatuan Penunggang Motosikal Sepanyol Persatuan Penunggang Motosikal Sepanyol (AMM) Spain Ves Beg Udara
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.