• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Australia Buat Wheelie Boleh Kena Kompaun, Motosikal Dilelong

Penunggang Australia Buat Wheelie Boleh Kena Kompaun, Motosikal Dilelong

June 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal Australia yang gemar membuat aksi lagak ngeri seperti wheelie (mengangkat tayar depan), burnout (meligatkan tayar belakang hingga berasap) atau berlumba kini berdepan hukuman lebih tegas, iaitu kompaun tunai  lebih tinggi selain lesen digantung, dipenjara, motosikal dirampas dan dilelong.

Di Australia, golongan pengguna jalan raya seperti itu, dikategori sebagai Hoon (atau pelesit jalan raya) dan Kerajaan sana memang sudah ada undang-undang khas untuk menyekat tingkah laku sedemikian, dipanggil Akta Anti-Hoon.

Berdasarkan Akta Anti-Hoon, wheelie boleh dikategorikan sebagai ‘pemanduan cuai’ atau ‘pemanduan berbahaya’. Setiap kategori kesalahan itu dikenakan kadar denda berbeza:

  • Pemanduan Cuai: A$623 (RM2,560)
  • Pemanduan Berbahaya: Sehingga A$2,200 (RM9,060) untuk kesalahan pertama.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> 5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis

APAKAH AKTA ANTI-HOON?

Hoon (atau Hooning) adalah tingkah laku anti-sosial dan pemanduan berbahaya yang melibatkan pelbagai kategori seperti:

  • Membuat aksi burnout, wheelie dan doughnut (donat, berpusing laju dalam bentuk bulatan).
  • Memandu lebih 45kmj daripada halaju dibenarkan.
  • Lumba drag atau sprint tanpa permit.
  • Melarikan diri dari polis atau enggan berhenti apabila diarahkan.
  • Memandu cuai.
  • Penonton lumba haram dan aksi lagak ngeri kenderaan yang dilarang.
  • Pasang muzik kuat melalui sistem audio kenderaan.

BERBEZA IKUT NEGERI

Kadar kompaun tunai dan jenis hukuman untuk tingkah laku hoon berbeza mengikut negeri di Australia, tertakluk tahap keseriusan kesalahan dilakuakn. Berikut beberapa contoh hukuman yang bakal dan sedang dijalankan:

Australia Selatan
  • Bermula 1 Julai 2021, pentadbir dan negeri di Australia Selatan akan meningkatkan jumlah denda bagi kesalahan bawah Akta Anti-Hoon iaitu:
    • Denda A$1,135.50-A$1,395.50 (RM4,670-RM5,740) selepas kenderaan disita selama 28 hari.
    • Tiada bayaran ansuran diterima.
    • Jika gagal bayar, kenderaan boleh dilupuskan dan pemilik kenderaan dikenakan caj pelupusan A$320 (RM1,320).
Australia Barat
  • Kenderaan pesalah yang melanggar Akta Anti-Hoon boleh dirampas dan disita 28 hari bagi kesalahan pertama.
  • Jika kesalahan berulang kali kedua, tempoh sitaan tiga bulan akan dikenakan dan mungkin ditambah denda hingga A$3,000 (RM12,350).
Queensland
  • Jika melanggar peraturan dalam Akta Anti-Hoon, kenderaan akan dirampas hingga 90 hari.
  • Jika kesalahan berulang dalam tempoh lima tahun, kenderaan akan menjadi hak milik Kerajaan sesebuah negeri.
  • Kenderaan rampasan boleh dijadikan hak milik Kerajaan Negeri, dilelongkan kepada orang awam atau digunakan untuk tujuan lain.

BACA >>> Penjara, Denda Lebih RM5k Jika Dedah Lokasi Operasi Polis
BACA >>> Memandu Sambil Minum Kopi Pun Boleh Kena Saman di UK! (Bersyukurlah)
BACA >>> 7 Larangan 'Cilok' di Australia yang Sesuai untuk Penunggang Malaysia
BACA >>> #Videotomotif: Juara Ini Layan Drift di Lereng Gunung dengan Sekali Cuba, Tanpa Praktis

SUMBER: Motorrad

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia Hoons, Auto Terkini, Denda Wheelie di Australia, Hoon, Sikap pemandu, wheelie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my