• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Juara Ini Layan Drift di Lereng Gunung dengan Sekali Cuba, Tanpa Praktis

#Videotomotif: Juara Ini Layan Drift di Lereng Gunung dengan Sekali Cuba, Tanpa Praktis

March 17, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA sukan permotoran itu diibaratkan sebagai cabang seni, drift adalah termasuk dalam kategori seni halus. Seseorang pelumba drift memerlukan beribu-ribu jam pengalaman memandu untuk mahir dalam seni berlumba drift kerana sedikit kesilapan bukan saja membuatkan anda ditewaskan di litar lumba, tetapi mampu mengundang katil khas di hospital.

Anda pasti kenal Chris Forsberg jika selalu mengikuti siri perlumbaan Formula Drift (FormulaD). Pelumba Amerika Syarikat (AS) itu ialah juara FormulaD tiga kali.

BACA >>> #Videotomotif: Macam Dalam Filem! Pelumba Rali Ini Beraksi Drift Ekstrem Tanpa Teknik CGI

TANPA LATIHAN, TREK 'FRESH'

Video di bawah ialah aksi Forsberg melakukan drift di laluan gunung di California dengan  menggunakan jentera Nissan 370Z berenjin V8. Itu bukan aksi biasa-biasa kerana Forsberg men-drift sepanjang lereng-lereng gunung itu dengan sekali cubaan sahaja tanpa berlatih langsung. Pegang stereng dan terus tekan minyak saja. Silap hari bulan, kalau tersilap sedikit, boleh terjun gaung.

BACA >>> Legenda Trek dalam Pembikinan, Baru 12 Tahun Sudah Pandai Lumba Drift!

Sekarang mari kita saksikan aksi berani mati juara FormulaD 2009, 2014 dan2016 itu. Jangan lupa kuatkan pembesar suara untuk menikmati kemerduan enjin V8 bersama bunyi decitan tayar mengasah permukaan jalan. Apapun, jangan sesekali tiru aksi ini di kawasan awam.

Ingat, Forsberg ialah seorang profesional, dan anda pula sendiri mahu ingat! 😉

SUMBER: Road and Track

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Chris Forsberg, drift, drift di lereng gunung, drifter, Formula Drift, Formula Drift (FD), juara Formula Drift, sukan permotoran, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my