• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 7 Larangan 'Cilok' di Australia yang Sesuai untuk Penunggang Malaysia

7 Larangan 'Cilok' di Australia yang Sesuai untuk Penunggang Malaysia

January 13, 2021 By Azizi H Leave a Comment

835
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TABIAT 'cilok' atau 'lane splitting/filtering' bukanlah perkara pelik dilakukan penunggang motosikal. Ini kerana saiz kompak motosikal memudahkan mereka menyelit di celahan kenderaan lain yang lebih besar. Lebih-lebih lagi apabila berdepan situasi trafik sesak di bandar-bandar utama.

Jadi agak tidak munasabah jika hendak menghalang penunggang (menerusi penguatkuasaan undang-undang) supaya tidak 'mencilok'. Namun, penunggang juga perlu sedar tabiat itu sebenarnya berisiko tinggi menyebabkan kemalangan tidak diduga dan boleh mengancam nyawa.

Ini kerana kenderaan lain memiliki ruang titik buta besar yang menghalang mereka mengesan kehadiran penunggang. Insiden kerap berlaku ialah kereta menukar haluan dari kiri ke kanan (atau sebaliknya) dan tidak menyedari kelibat motosikal di lorong tengah. Dan boommm!

Soalannya, bagaimanakah hendak mencilok dengan selamat?

Kami ambil contoh larangan atau etika mencilok untuk penunggang motosikal Australia yang sangat relevan dilaksanakan di Malaysia. Peraturan itu juga sesuai dikuatkuasakan dalam bentuk undang-undang yang mana penunggang boleh dikenakan kompaun jika tidak patuh. Kami yakin penguatkuasaan peraturan mencilok ini bagus untuk keselamatan penunggang dan mampu mengurangkan angka kemalangan akibat mencilok.

 

Jom kita baca apakah peraturan larangan mencilok di Australia?:

1. TAK BOLEH 'CILOK' LEBIH 30KMJ

Australia melarang penunggang menunggang lebih 30kmj jika mahu mencilok. Ini kerana kelajuan 30kmj ialah halaju paling selamat untuk membrek jika berlaku situasi mengejut seperti kenderaan lain tiba-tiba menukar haluan, atau ada pengguna jalan raya melintas.

Kami juga pernah menyiarkan artikel khas tentang kelajuan 30kmj ini. Klik pautan di bawah ini:
#Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Had Laju Kawasan Kediaman Cuma 30kmj

2. TAK BOLEH CILOK KENDERAAN BERAT

Penunggang motosikal Australia dilarang memotong di celahan dua kenderaan berat (rujuk foto atas). Jika degil, anda boleh dikompaun.

Ini kerana kenderaan berat seperti lori memiliki kawasan titik buta yang tinggi dan dalam kedudukan tertentu tidak dapat mengesan kehadiran anda di sebelah. Anda berisiko terhimpit dan tiada ruang hendak menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan. Malah di Malaysia, masih banyak kenderaan berat tidak memasang bar pelindung (rail guard) di tepi yang berisiko menyebabkan penunggang terperosok ke bawah enjin atau tayar.

3. TAK BOLEH CILOK DI BAHU JALAN

Kenapa tak boleh? Ini sebagai langkah keselamatan kerana bahagian kiri jalan (untuk negara pemanduan sebelah kanan) biasanya dianggap ruang selamat. Pemandu akan cenderung menghimpit ke kiri jalan apabila berlaku kecemasan atau mengelak perlanggaran.

Bahagian kiri juga memiliki ruang titik buta lebih tinggi. Juga menjadi kawasan yang kerap kenderaan lain berhenti jika berlaku kecemasan.

4. TAK BOLEH CILOK DI LORONG PEJALAN KAKI, BASIKAL

Tidak perlu dijelaskan lagi. Kalau lorong itu sudah dikhaskan untuk pengguna jalan raya tertentu, tidak perlulah dipertikaikan lagi. Sudah tentu ia dibuat untuk keselamatan pengguna tersebut.

Kang cilok punya cilok, terlanggar pula orang tengah berjalan kaki yang tidak tahu apa-apa. Samalah macam pemandu kereta menceroboh lorong khas untuk motosikal. Kita yang ride motor pun mesti marah jugakan?

5. TAK BOLEH CILOK DI KAWASAN SEKOLAH

Sekarang pun halaju di kawasan sekolah dan perumahan adalah bawah 30kmj. Jadi sepatutnya bukan isu besar untuk penunggang motosikal tidak mencilok di kawasan sekolah.

6. TAK BOLEH CILOK JIKA BELUM LESEN PENUH

Tidak boleh mencilok jika anda baru dapat lesen motor (L atau P1) di Australia, iaitu baru saja lulus kursus latihan Keselamatan Penunggang Asas (BRS). Lesen L dan P1 adalah lebih kurang sama seperti lesen L dan P di Malaysia.

7. TAK BOLEH CILOK DI KAWASAN PARKIR

Maksudnya tak boleh mencilok di kawasan yang ada petak parkir kenderaan di kaki lima atau tepi jalan. Risikonya, bukan saja untuk keselamatan pengguna lain, tetapi juga penunggang sendiri. Bayangkan tengah sedap menyelit, tetiba ada pemandu buka pintu kereta. Hah, baru nak menyesal. Nak marah-marah pun tak guna, sakit tetap sakit.

BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!

Akhir sekali jom kita layan video di bawah ini, menciloklah dengan selamat!

SUMBER: MyLicence.sa.gov.au

Artikel Berkaitan

835
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cilok, Larangan Mencilok, roda2, tip motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my