Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai
Auto Terkini

Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai

AryonBy Aryon05/04/201929 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT Yamaha nampaknya tidak puas hati dengan pengumuman harga Yamaha Y15ZR V2 aka YSuku yang dibuat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), pagi tadi dengan melontarkan pelbagai komplen dan kritikan di laman Facebook wakil pengedar itu.

Ada tidak berpuas hati kerana model Y15ZR sekadar facelift kosmetik semata-mata sambil mengharapkan Yamaha sekurang-kurangnya dapat menaik taraf spesifikasi model tersebut seperti transmisi 6-kelajuan atau sedikit talaan enjin.

PEMINAT KECAM HARGA MAHAL?

Namun kritikan paling banyak dapat dibaca adalah tentang harga mahal, iaitu RM8,168 (tidak termasuk insurans), meningkat RM280 daripada versi lama (RM7,888) walaupun tanpa ciri signifikan diperkenalkan. Bagaimanapun berdasarkan pemahaman dan respon kami terima, pembeli sebenarnya tidak kisah dengan kenaikan untuk model baharu asalkan dalam julat harga munasabah.

Cuma yang menjadi isu besar ialah harga melampau tinggi yang diletakkan wakil jualan HLYM, dan isu ini bukan setahun dua, tetapi sudah lama menyakitkan hati pembeli Malaysia. Malah trend ini berjangkit untuk semua pengeluar motosikal di Malaysia!

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

HLYM PRO SIAPA?

Lebih mendukacitakan, HLYM seperti langsung tidak menyokong sokongan diberikan peminat setianya, sebaliknya memilih untuk lebih pro kepada pihak wakil jualan mereka. Malah, status Facebook HLYM (lihat atas) langsung tidak menyebut tanda harga yang mereka maklumkan kepada media.

Bayangkan, harga atas kertas (RM8,168) yang mereka berikan kepada media untuk diuar-uarkan kepada orang ramai, tetapi langsung tidak dinyatakan dalam media rasmi, sama ada Facebook atau laman web! Kenapa?

Sepatutnya sebagai peneraju jualan motosikal terlaris di Malaysia, HLYM sudah boleh mengambil inisiatif sendiri menetapkan harga kekal yang sudah dikira komisen dan keuntungan kepada wakil pengedarnya. Malah, semua orang tahu harga atas kertas sedia ada pun sudah disekalikan dengan komisen dan keuntungan jualan. Jadi kenapa nak mark-up lebih-lebih? Kalau betul wakil pengedar demand lebih, letakkan saja harganya RM10,000 atau RM11,000, asalkan harganya tetap, tidak berubah! Apa yang payah sangat? Suka sangatkah buat peminat sendiri ke hulur ke hilir tercari-cari kedai motor mana paling murah? Ye lah, minat YSuku punya pasal. Mahal-mahal pun, sanggup juga mencari sampai ke lubang cacing.

Paling mengecewakan, HLYM ini pro siapa? Yang beli produk mereka selama ini wakil pengedar atau orang ramai? Kalau Honda Malaysia yang memegang status kereta bukan nasional nombor satu di Malaysia boleh berikan macam-macam rebat dan insentif menarik kepada bakal pembelinya, kenapa HLYM tidak boleh buat perkara sama sebagai penghargaan kepada peminatnya, termasuk menaikkan reputasi sendiri sebagai jenama motosikal nombor satu Malaysia?!

Sebaliknya, HLYM memilih untuk terus membiarkan wakil pengedar sewenang-wenangnya menyeleweng harga atas alasan kos penghantaran, kos simpan motor, kos duit kopi, kos kroni lama dan macam-macam alasan nak mencekik darah!

Ingat HLYM, kami tidak akan menyerah!

BACA >>> Selepas Puas Kompelin Macam-Macam Pasal SYM VF3i, Inilah yang Rider Ini Dapat

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Auto Terkini Harga Mahal HLYM Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) roda2 Yamaha Yamaha Y15ZR V2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026

    29 Comments

    1. Rustam on 05/04/2019 23:04

      Baru beli bulan lepas lebih 10k , alasan pengedar permintaan terlalu tinggi. Kerajaan tolong pantau harga, jgn biar org tengah untung terlampau sangat

      Reply
      • MalaysiaKini on 16/10/2019 12:32

        betul…melampau2..tapi silap kita jugak..cakap saja pandai..cuba boikot btl2..kasi ajar yamaha bahawasanya pengguna lebih penting…ni tidak cakap saja tu ni..sebab tu yamaha talak goyang dengan cakap melayu…sebab mereka tahu orang melayu tahu cakap buat talak…so sapa salah??fikir2kan lah

        Reply
    2. yangcerdik on 06/04/2019 10:50

      kah kah kah kah… tak payah le beli dah produk yaNGmahaL ni… berenti la duk agung agungkn jenama mcm ni.. yg susah tetap pembeli jugak kesudahan nya.. beli mahal mahal motor jd motor panas nk parking dlm pagar rumah pun susah hati..
      maintenance pun mcm jilake mahal.. dari nk membeli sampai nk menjaga guna semua ada masalah.. patut nya kita beli utk menyenangkan dan memudahkan kita.. ini kita pulak kena bersusah jugak lg..
      so sebagai pengguna korang boleh bikin kuasa la utk ajar yamaha malaysia ni.. kasi boikot aja jenama yamaha tu.. pakat tak payah beli lansung la ysuku yg 3 suku tu…
      aiii.. kerajaan pun boleh sampai bertukar bila bersatu hati melawan.. tak kan la setakat yamaha ni tak boleh nak ajar jugak..

      Reply
      • Faiz on 16/04/2019 00:53

        Mmg pun…harga skuter x max 250 setngah kedai letak harga smpai 24k… gi HLYM sungai buloh nk test ride tkde motor bleh pandu uji… kedekut! Jual motor traccer 900gt 59k.. standard harga kete.. tkde test ride.. kete axia pun ada test drive laa… smua model ada dipamerkn HLYM sungai buloh… dah trlebih kaya… langsung tkde beri kesempatan peluang untuk test ride dlm kawasan… tk sedar di untung!.. ramai yg minat menunggang motor adalah golongan anak muda melayu…

        Reply
        • arumugam on 13/08/2019 13:00

          tu kata melayu ni bodoh. nk bergaya. x cukup duit, curi aksesori moto org

          Reply
    3. Nonsense on 07/04/2019 22:55

      Sy bru tnye hrga dealer ymaha serdang.ltak smpi 9700.gler.ni btul2 untung ats angin.yg bes kt pj smpi 10000.tmbh 2rbu blh bli r15.

      Reply
    4. Charles on 08/04/2019 00:18

      Harga otr rm9600 utk warna merah, Biru hitam

      Harga otr rm9600 utk warna tayar kuning coklat, dan Biru muda

      Reply
      • Aki on 11/04/2019 07:05

        Kat mana tu harga rm9.6k

        Reply
      • Jamal Mohamad on 16/05/2019 11:42

        on road angkat hari tu RM10600.00… Color hijau.

        Reply
    5. Charles on 08/04/2019 00:19

      Rm9800 Biru muda Dan coklat

      Reply
    6. abgmovistar on 08/04/2019 15:25

      KPDNKK mana..belum kira keluaran khas MotoGP lagi..mau la 12K mcm movistar v1 atau lebih lagi…ermm….HLYM tutup mata.

      Reply
    7. Malang on 12/04/2019 17:10

      Wilayah Persekutuan Labuan lagi mahal, Rm14k. Kpdnkk labuan tidur

      Reply
    8. saniy on 14/04/2019 02:08

      ade yang sampai 10500k apakah itu sangat mahal?ambil untuk smpai 2k

      Reply
    9. Sufi on 16/04/2019 21:36

      HLYM kena kaji balik harga Y suku V2 ni.. Hargailah customer yg dh bnyk support sebelum ni..

      Reply
    10. Hulk on 01/05/2019 21:16

      Jual motor y suku dan rs 150 trlampau mahai…. Klau laju mcm superbike xpa jga.. Hargailah peminat motor kapcai..

      Reply
    11. amran on 13/05/2019 17:03

      Dah la tak layan harga cash suruh buat installment., !

      Reply
      • tidurtidaklena on 16/10/2019 12:38

        tu masalah kedai bukan Yamaha..benda ni kalo yamaha sendiri tak bertindak petah lagi kerajaan kini xbuat apa..so apa jadi??kedai dikuasai cina laa untung manyak woo..bukan susah pn..mereka tahu mana kelemahan orang melayu..simple ja..boikot ramai2..buat dan terus buat..jangan cakap je pandai hentam sana hentam sini still sujud jgk yamaha tuh..so ubah ni kalilah kalo jadi..haahahahaha

        Reply
    12. RADEN BIN SOLOMON on 15/05/2019 20:13

      Jalan terbaik untuk memastikan wakil2 jualan HLYM untuk turunkan harga adalah dengan memboikot produk mereka…apakata dalam setahun dua ni kita ramai2 x beli produk keluaran mereka….bila sales mereka merudum…confirm mereka akan turunkan harga….SAY NO TO YAMAHA ….

      Reply
      • Rafizal on 02/08/2019 00:00

        Setuju.memang patut pn.tp boleh ke? Sbb ramai yg tergila – gila dgn dezign nya yg sangat menawan dn mengancam.

        Reply
      • lenakuseketika on 16/10/2019 12:39

        betul apa anda kata..tapi pengguna yang gilakan yamaha ni mcm mana??xjadi apa pun bro..sebab ramai2 sendri xkerjasama memBOIKOT ini yamaha…

        Reply
    13. Suarnisamad on 28/06/2019 22:05

      Tak payah beli dh motor ysu..br tanya kedai cash10,500k..Mahal sgt…x berbaloi di bli biarla ada duit pun..tp

      Reply
    14. Rakyat Malaysia on 03/07/2019 11:46

      maaf bertanya..
      yang bnyak hentam dan pot pet pot pet kat sini boleh dapat apa?
      KPDKK dan HLYM akan dengar dan ambil tindakan ke?
      jangan buang masa disini or dimana2 laman sesawang..
      jalan terbaik pengguna yamaha kena bersatu..
      boikot jangan beli ini produk..
      tapi apa yang kalian buat?
      beli lagi ada la,…sembang ja meletop..habok xdak..
      cina ingat goyang ke dgn orang melayu?? prinsip mereka orang melayu celah kangkang mereka ja..ingat tu!
      selagi mana tidak bersatu selagi tu anda senang diPIJAK..
      terima lah hakikatnya ya melayu2 sekalian..

      do with action..no more talk talk and talk..

      Reply
      • power on 08/09/2019 06:59

        your right bro

        Reply
    15. Aifan on 27/09/2019 14:03

      Assalamualaikum saya mau order satu motor y15zr v2.Red Colour.Dan saya mau harga dan deposit.assalamualaikum dan bye bye

      Reply
      • Aifan on 27/09/2019 14:06

        Sorry ye bang mengganggu lagi. Saya nak tau abang juak ke or not?please tell me?

        Reply
    16. Dzon72 on 22/11/2019 02:57

      fenomena wakil penjual menawarkan harga yg bbeza2 itu sudah kebiasaan.dan kita sbgai pelanggan pun tak bleh nak buat apa2..mahal mcmna pun kalau dh minat pasti akan beli juga..tambahan pula saingan dlm perniagaan ini tidak tumbuh mcm cendawan ..kalau banyak sgt wakil penjual mgkin harga pun buleh di runding maaf gurau2 jgn marah

      Reply
    17. Balqis on 09/01/2020 17:39

      Sokong tue. .

      Reply
    18. Goblin on 10/03/2020 22:49

      Apabila Bank Buat dan jual motor… hong Leong kan bank

      Reply
    19. EncikMimpi on 28/08/2021 22:46

      berapa ye kalau jual y15 v2 saya nak beli tapi nak cari ikut harga yang murah2 sikit sebab sekarang banyak kedai yang dah mahal harganya

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.