Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aikkk… Parkir Betul Pun Kena Kapit Tayar? Pengurusan Berjaya Times Square Tak Jadi Denda Myvi
Auto Terkini

Aikkk… Parkir Betul Pun Kena Kapit Tayar? Pengurusan Berjaya Times Square Tak Jadi Denda Myvi

FarahBy Farah09/09/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIHAK pengurusan pusat beli-belah Berjaya Times Square mengeluarkan kenyataan menjelaskan sebab kereta seorang pemandu Perodua Myvi yang tular dalam satu video Tiktok terpaksa dikapit tayar.

Dipetik portal Hype.my, kawasan tersebut ialah ‘Parkir Tandem’ (Tandem Parking) yang dikongsi dua kenderaan. Justeri tindakan mengapit tayar itu dilakukan bagi mengelak pengguna lain meletakkan kenderaan di situ. Malah, pihak pengurusan mendakwa pemilik Myvi dalam video itu tidak dikenakan sebarang denda.

@aimanyowww Tak logik la management times square mall ni .. takde tulis reserved atau letak kon pastu clamp .. senang nya kau buat duit ehh .. Minta clamp dah la 100 .. padahal parking tkde kacau lalu lintas pun .. #fyp #fypmalaysia #timesquare ♬ original sound – AIMAN_YOWWW

Kelmarin, tular satu video seorang lelaki tidak puas hati dengan tindakan pihak pengurusan parkir Berjaya Times Square kerana mengapit tayar Myvi miliknya walaupun dia sudah meletakkan keretanya itu dalam petak dengan betul.

Menurutnya, tiada amaran mengatakan petak itu sebagai parkir rizab (reserved). Malah tiada kon diletakkan di situ, sekali gus membuatkan dia tertanya-tanya kenapa keretanya dikapit tayar?

Rakaman video tidak puas hati itu dikongsikan dalam akaun Tiktok @aimanyowww dengan mendapat lebih sejuta tontonan. Dalam video itu, Myvi @aimanyowww diparkir di aras B1 dan petak parkir turut ada nombor lot.

Tak logik la management times square mall ni .. takde tulis reserved atau letak kon pastu clamp .. senang nya kau buat duit ehh .. Minta clamp dah la 100 .. padahal parking takde kacau lalu lintas pun,” tulis kapsyennya.

Terbaharu, Aiman menyiarkan video susulan yang mengakui tidak didenda selepas mempertikaikan tindakan pihak pengurusan\ mengapit tayar keretanya. Dia juga mengaku tidak mengetahui kesalahan dilakukan dan hanya dimaklumkan tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di parkir situ.

@aimanyowww Replying to @ayuhanna89 masa sy suruh buka clamp tu sy tkde buat video sbb diorang tak bagi sy rekod dlm ofis sbb takut cetuskan perbalahan #fypシ #fypシ゚viral #fypmalaysia #timesquare #clamp ♬ original sound – AIMAN_YOWWW

Tiada reserve, tiada kon, tiada pangkah atau apa-apa. lepas tu suka-suka dia minta RM100. Depan belakang kenderaan saya semua ada nombor parkir.

“Mungkinlah diorang nak try-try ke apa, kita tak tahu, sebab saya baca komen dah ramai yang kena dekat tempat parkir saya itu. Cuma dengan saya, dia tak berani nak membuktikan apa yang saya salah dekat situ.. sebab memang takde reserve ke apa, memang itu parkir orang awamlah,” ujarnya.

BACA>>> Pemandu Myvi Diburu Polis Ludah Kereta Myvi Orang Lain
BACA>>> Kedai Dedah Nama Tuan Motor Pandai Beli, Bayar Tak Reti

Auto Terkini Berjaya Times Square Myvi Myvi Kena Clamp Berjaya Times Square parkir dalam mall Times Square Mall
Farah

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.