Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus
Auto Terkini

Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus

ShawkathBy Shawkath28/02/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLISI insurans Allianz Motorcycle Plus kini ditambah baik dengan menawarkan perlindungan kepada penunggang dan pembonceng untuk motosikal kelas 250cc dan ke bawah.

Penambahbaikan insurans itu ditawarkan untuk perlindungan kategori Komprehensif atau Pihak Ketiga seperti berikut: menawarkan:

  • Perlindungan tambahan kepada penunggang dan pembonceng sah, iaitu RM10,000 untuk Kematian/Hilang Upaya Kekal setiap seorang.
  • Elaun hospital hingga RM6,000 setiap seorang, iaitu RM100 sehari, hingga 60 hari tanpa kos tambahan.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General), Sean Wang berkata;

Penunggang motosikal kadangkala tidak mengambil perlindungan tambahan kerana tidak mampu atau kurang memahami tentang insurans.

“Namun, jangan hingga anda kurang diinsuranskan. Penunggang motosikal layak mendapat perlindungan yang mampu milik dan berguna, serta kami berbangga dapat berikan mereka Allianz Motorcycle Plus dipertingkat.”

Menurutnya, kira-kira 90 peratus penunggang di Malaysia terdiri daripada pengguna kapcai atau motosikal 250cc dan ke bawah. Situasi itu mendorong Allianz berusaha menawarkan perlindungan tambahan menerusi polisi Komprehensif dan Pihak Ketiga, tanpa kos tambahan.

Sean Wang berkata lagi;

Kami mahu penunggang mengetepikan kemampuan kewangan mereka dan mendapatkan perlindungan selayaknya.”

BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali

PERLINDUNGAN POLISI ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS

Polisi Komprehensif menawarkan perlindungan:

  • Kerugian atau kerosakan terhadap motosikal akibat kemalangan, kebakaran, dan kecurian.
  • Kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga.
  • Kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga.

Polisi Pihak Ketiga pula menyediakan:

  • Perlindungan terhadap kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga.
  • Kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga.

Perlindungan Komprehensif turut membabitkan perlindungan tambahan untuk peril khas seperti banjir, tanah runtuh atau mana-mana bencana alam, termasuk bantuan jalanan Allianz Road Rangers (1800-22-5542).

Menariknya, kedua-dua perlindungan itu tiada kos tambahan, yang mana bantuan jalanan menawarkan perkhidmatan trak tunda kecemasan secara percuma (hingga 50km untuk pergi dan balik), penghantaran minyak, bateri dan menukar tayar pancit.

Sementara itu, Allianz General mengumumkan pemenang hadiah utama Kempen 111 Motosikal di Allianz Arena di Plaza Sentral yang diberikan kepada Rohisham Husain.

Dia membawa pulang sportbike Honda CBR250RR bernilai RM25,999. Selain itu, 110 unit Honda Wave Alpha menjadi hadiah bulanan sepanjang tempoh tiga bulan kempen berlangsung yang berakhir 31 Disember tahun lalu.

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!
BACA >>> JPJ Lancar Ops Sedar untuk Periksa Insurans Kenderaan Hari Ini!
BACA >>> 5 Tip Bawa Pembonceng dengan Selamat dan Selesa

Allianz Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Allianz Motorcycle Plus Allianz Road Rangers Honda CBR250RR Honda Wave Alpha Insurans Motosikal Rohisham Husain Sean Wang
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.