Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembedahan Lengan Kanan Berjaya, Marquez Mula Jalani Rawatan Fisioterapi
Auto Terkini

Pembedahan Lengan Kanan Berjaya, Marquez Mula Jalani Rawatan Fisioterapi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMINAT MotoGP sedia maklum tentang Marc Marquez yang bergelut dengan setiap perlumbaan kejohanan itu susulan kecederaan lengan kanan yang dialami sejak kemalangan pada Julai 2020.

Meskipun sudah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini, Marquez kembali ke arena perlumbaan namun gagal mempamerkan prestasi terbaik seperti yang dapat disaksikan sebelum kemalangan dua tahun lalu.

BACA >>> Marc Marquez: Satu Hari Nanti Akan Ada Orang Kalahkan Aku
BACA >>> Kena Bedah Lagi, Bradl Ganti Marquez di GP Sepanyol!

Pelumba pasukan Honda itu melalui siri pembedahan lain namun hasilnya masih tidak seperti diharapkan. Bulan lalu, Marquez mengambil keputusan untuk melalui pembedahan keempat dengan harapan ia adalah kali terakhir dan dia boleh kembali beraksi seperti sebelum kecederaan tersebut berlaku.

Nampak gayanya, pembedahan itu dianggap sukses dan Marquez kini dalam fasa pemulihan.

Selepas enam minggu dibedah, Marquez akan memulakan fisioterapi. Satu laporan dari Box Repsol menyatakan pasukan doktor pakar di Hospital Ruber Internacional di Madrid memberi kebenaran kepada Marquez untuk memulakan latihan.

Tiga doktor iaitu Joaquin Sanchez Sotelo, Samuel Antuna dan Angel Cotorro berpuas hati dengan hasil pembedahan dan tahap kesembuhan lengan Marquez.

Sanchez Sotelo berkata:

“Pemeriksaan kesihatan ke atas Marc Marquez, selepas enam minggu pembedahan humerus kanan (tulang yang menghubungkan bahu dengan siku), satu penilaian klinikal dan evolusi radiologi membenarkan program pemulihan kekuatan dan pergerakan di lengan kanan. Pesakit akan menjalani satu lagi penilaian dalam tempoh enam minggu akan datang.”

Marquez akan menjalani fisioterapi intensif untuk memulihkan kekuatan dan pergerakan lengan kanan. Dia juga akan menjalani latihan untuk membina semula kekuatan kardiovaskular sebelum kembali berlatih berlumba.

Marquez dipetik sebagai berkata:

“Kita sudah ambil langkah penting dalam proses pemulihan. Dalam pemeriksaan kedua, doktor sudah mengesahkan humerus sudah disatukan dengan tepat, dengan ini kami boleh memulakan fisioterapi untuk lengan kanan dan latihan kardiovaskular.

“Aku amat gembira kerana dapat memulihkan pergerakan pada lengan dan akan melalui proses pemulihan seterusnya. Aku nak berterima kasih kepada pasukan perubatan kerana rawatan dan perhatian mereka.”

BACA >>> Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Akur Bayar Denda kepada Dorna, Suzuki Sah Keluar MotoGP, EWC!
BACA >>> Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?

SUMBER: RideApart

Angel Cotorro BOX Repsol Hospital Ruber Internacional Joaquin Sanchez Sotelo Marc Marquez MotoGP roda2 Samuel Antuna
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.