Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Saga Dibelasah Mati Selepas Kemalangan dengan Penghantar Makanan di Kajang
Auto Terkini

Pemandu Saga Dibelasah Mati Selepas Kemalangan dengan Penghantar Makanan di Kajang

FikriBy Fikri21/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki berusia 42 tahun bukan saja ditarik keluar dari kereta, tetapi dengan tangan diikat dan dibelasah hingga maut selepas Proton Saga dipandunya terlibat kemalangan dengan penghantar makanan.

Mangsa dilaporkan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor, tetapi terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima maklumat mengenai insiden berkenaan pada jam 9.20 malam .

Siasatan mendapati pemandu Saga itu terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan, serta terbaring atas jalan dengan kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Pihak ambulans mengesahkan mangsa meninggal dunia dan siasatan turut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di lokasi kejadian.

Tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan, tetapi setiba kenderaan Peronda Polis (MPV), semua individu di lokasi mula beredar.”

“Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hadir ke lokasi kejadian bagi siasatan lanjut.”

Mohd Zaid berkata, beberapa sampel darah termasuk kesan cap jari diambil dan dua utas gumpalan tali warna hijau/coklat turut dirampas bagi siasatan lanjut.

Bertindak atas maklumat dan siasatan, polis menahan lima lelaki berusia 25 hingga 52 tahun pada jam 2.05 pagi tadi sekitar Semenyih dan Beranang.”

Semua suspek ditahan dan direman lima hari hingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa dijalankan di Hospital Serdang, dipercayai berpunca daripada kemalangan pertama yang berlaku berdekatan tempat kejadian.

Mangsa melarikan diri dan dikejar orang awam tetapi hingga kini tiada pihak tampil membuat laporan mengenai kemalangan pertama,” kata Mohd Zaid.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-785 4100 (BSJ IPD Kajang) dan Inspektor Ammar Tahir daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) di talian 018-219 4013.

SUMBER: HarianMetro

Auto Terkini Dibelasah sampai maut kemalangan jalan raya
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.