Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelajar Tingkatan Lima Maut Nahas Motosikal di Lebuhraya Guthrie
Auto Terkini

Pelajar Tingkatan Lima Maut Nahas Motosikal di Lebuhraya Guthrie

FikriBy Fikri15/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pelajar tingkatan lima maut apabila motosikal ditunggang berlanggar beberapa motosikal lain di KM7.8 Lebuhraya Guthrie menghala Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 4 pagi itu, pelajar lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah selepas tercampak ke tengah besi pengadang jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, hasil siasatan awal mendapati ada tiga lagi penunggang motosikal terbabit dalam nahas itu.

Menurutnya, insiden berlaku di laluan sedikit berselekoh menaiki bukit yang mana semua empat motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan hingga saling berlanggar sesama sendiri.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR tercampak ke tengah besi pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.”

“Penunggang motosikal yang lain dipercayai melarikan diri dan kini mereka sedang diburu. Di tempat kejadian,terdapat banyak komponen kenderaan yang pecah dan bersepah atas jalan.

“Tiga lagi motosikal terbabit dalam kemalangan itu dipercayai membabitkan dua jenis Yamaha LC dan sebuah Yamaha Y15ZR, tetapi identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti.”

Shafa’aton berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Adi Abd Latif berasal dari Puchong, Selangor. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis memohon saksi atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari melalui talian 019-2264650.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini kemalangan jalan raya kemalangan maut lebuhraya guthrie
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.