Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Patutkah Risau Jika Kereta Dipanggil Balik (Recall)?
Autotainment

Patutkah Risau Jika Kereta Dipanggil Balik (Recall)?

Han OthmanBy Han Othman08/03/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

panggil-balik-pandulajudotcomdotmy

SETIAP tahun, ada sahaja berita mengenai kereta dipanggil balik (recall) oleh pengeluar  automobil atas pelbagai alasan, terutamanya keselamatan. Sesetengah kes melibatkan panggilan balik ratusan ribu unit. Malaysia turut tidak terkecuali, di mana baru-baru ini dua pengeluar automobil terkenal, iaitu pihak pengeluar kereta nasional (baca INI) dan juga jenama luar (baca INI) mengumumkan memanggil balik produk mereka.

Kebanyakan panggilan balik mempunyai kaitan dengan keselamatan dan persepsi umum menganggapnya sebagai masalah besar yang memerlukan perhatian segera. Jadi, patutkah anda risau jika kereta dipanggil balik oleh pengeluar?

Jawapan pendeknya ialah TIDAK.

TETAPI, anda mesti segera membuat janji temu dengan wakil pusat servis sah seperti yang disarankan pengeluar. Walaupun kebanyakan kes panggilan balik melibatkan isu keselamatan minor yang tidak memberikan kesan buruk terhadap kenderaan, itu bukan bermakna anda patut mengabaikannya.

Dodge Durango
jeep-grand-cherokee-pandulajudotcomdotmy
Jeep Grand Cherokee

Ini kerana sesetengah isu kecil boleh mengakibatkan kesan buruk besar. Contohnya, model Jeep Grand Cherokee di pasaran Amerika Syarikat (AS) dipanggil balik hanya disebabkan visor matahari. Pada 2014, dua model, Grand Cherokee dan Dodge Durango dipanggil balik dari seluruh AS berikutan pemasangan skru pemegang visor matahari yang tidak betul.

Menurut laporan, wayar lampu pada cermin visor matahari itu boleh bergesel dengan skru pemegang dan berisiko mencetuskan litar pintas dan kebakaran. Pada masa sama, Pengeluar gergasi AS, Chrysler atau FCA memutuskan memanggil balik hampir 900,000 unit untuk dipasangkan penjarak (spacer) plastik berikutan pelbagai aduan diterima membabitkan 62 kes litar pintas, 38 kebakaran dan tiga kecederaan. Sebaik sahaja proses panggil balik dibuat, laporan kes menurun secara drastik.

Bagaimanapun, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di AS menerima lapan laporan susulan terbaru mengenai insiden litar pintas yang menyebabkan kebakaran, sekali gus memaksa pengeluar memasang pula sejenis fius bagi menghalang masalah sama berulang.

JANGAN PANDANG RINGAN

kereta-terbakar-pandulajutdotcomdotmy

Kes-kes ekstrem di atas menunjukkan betapa anda tidak harus melengah-lengahkan notis panggil balik tanpa mengira betapa kecil isu yang disebutkan. Kegagalan mematuhi arahan hanya mendedahkan diri dan orang sekeliling kepada risiko keselamatan. Lebih buruk jika anda menjual kereta tanpa mempedulikan peringatan panggil balik kerana pembeli baru pula terpaksa menanggung risiko yang berpunca daripada sikap sambil lewa anda.

Pengeluar perlu menanggung kos panggil balik yang sangat tinggi berasaskan potensi kerosakan ke atas reputasi dan kos tenaga buruh serta alat ganti baru. Ada satu kes bernasib baik, iaitu Suzuki sempat memanggil balik model Celerio sebelum kereta itu dijual di pasaran. Jadi, proses panggil balik tidak serumit kereta yang sudah dijual kepada umum.

Sebarang kerja baik pulih atau penggantian semula di bawah label panggil balik tidak membabitkan bayaran pampasan kepada si pemilik. Ini bermakna upah buruh dan alat ganti sepatutnya dicaj percuma. Walaupun kereta dihantar kepada mekanik luar, anda masih tetap perlu menghantar kenderaan ke wakil pusat servis sah bagi memastikan kerja dilakukan mekanik luar tersebut mematuhi prosedur panggil balik yang betul.

Panggil balik bukanlah isu besar kerana kebanyakan kes membabitkan isu-isu kecil. Namun seperti ditegaskan di atas, sekiranya anda menerima notis panggil balik, tolong jangan abaikan! Bertindak segera!

Dodge JEEP kereta dipanggil balik keselamatan kereta NHTSA Panggil Balik Recall Suzuki
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026

2 Comments

  1. Nur Asyikin Aminuddin on 10/06/2016 09:51

    Jawapan anda yang menyatakan TIDAK (bold warna hitam lagi) pada soalan “patutkah anda perlu risau jika kereta dipanggil balik” akan MENGELIRUKAN PENGGUNA kerana sebarang produk yang telah ditarik balik kebiasaannya berpunca daripada risiko bahaya yang wujud pada sesuatu produk terbabit.

    Pengguna perlu memandang serius dengan sebarang produk yang ditarik balik kerana pengguna bakal berdepan risiko bahaya yang tidak diketahui umum. Pengguna berhak untuk mendapatkan notifikasi produk yang perlu ditarik balik supaya pengguna sedar dan tahu akan risiko bahaya yang wujud pada produk yang telah dibeli oleh mereka.

    Terima kasih

    Nur Asyikin Aminuddin
    Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
    Eksekutif Teknikal dan Polisi (Keselamatan Produk)

    Reply
    • AO on 10/06/2016 16:24

      ‘Tidak’ cuma jawapan pendek dan ada susulan ‘tetapi’. ‘Tidak’ juga merujuk kepada pemahaman ‘patut risau’ atau ‘tidak’.

      ‘Tidak patut risau’ dalam artikel ini merujuk kepada fungsi mekanikal asas kereta. Setakat ini, sejarah recall ialah membabitkan kegagalan fungsi selepas produk rilis dan melepasi pra ujian perbatuan. Maknanya, kereta anda bukanlah produk yang gagal total atau tidak melepasi fasa pra ujian. Itu yang sepatutnya tidak dirisaukan.

      ‘Tetapi’ yang patut dirisaukan ialah hal notis recall itu sendiri.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.