• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Parkir Termahal Dunia, Baru Sejam Parkir Sudah Kena Caj Lebih RM5k!

Parkir Termahal Dunia, Baru Sejam Parkir Sudah Kena Caj Lebih RM5k!

January 17, 2022 By Farah Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita terkejut besar apabila melihat caj bayaran parkir kereta yang perlu dilangsaikan berjumlah RM5,811!

Lagi tidak masuk akal, caj semahal itu dikenakan sedangkan dia baru sejam memarkir kereta Perodua Myvi  di satu bangunan di Sentul, Kuala Lumpur.

@mummyjlo2bapak la mhl😂😂♬ These Days - Nico

Insiden ini diluahkan pemiliknya di akaun Tiktok @mummyjlo2 yang ditonton lebih 1.3 juta netizen. Menurut pemilik Myvi itu, keretanya masuk jam 11.30 malam dan keluar pada jam 12.30 malam. Dia turut memuat naik notis kadar bayaran jam di situ, iaitu sejam RM1.

@mummyjlo2 Reply to @shidanms sini😂😂#fmj #mummylovers #fypシ ♬ original sound - Datin jlo (2acc)

Dek tidak berpuas hati dengan caj tersebut yang dianggap tak masuk akal, dia melaporkan kepada pihak pengurusan parkir berkenaan. Namun, pihak pengurusan tetap meminta dia membayar harga tersebut. Akhirnya selepas nekad mahu membuat laporan polis, barulah pihak pengurusan bersetuju melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil penelitian CCTV membuktikan keretanya memang masuk jam 11.30 malam yang jelas menunjukkan berlaku kesilapan teknikal dan bayaran dikenakan cuma RM3 sahaja.

@mummyjlo2 Reply to @nanie.emeralds ♬ original sound - Datin jlo (2acc)

BACA >>> Lingkaran Dr Strange Muncul di Parkir KL dan Lenyapkan Seorang Lelaki Jadi Misteri
BACA >>> Berlakon Cacat Nak Dapat Parkir OKU di Mid Valley, Budak TikTok Kena Kecam

SUMBER: Mummyjl02

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: caj bayaran parkir, caj parkir mahal, dicaj parkir hampi rm6000, Myvi, tempat letak kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my