Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi…
Pandu Uji

#PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi…

Abang GYLBy Abang GYL17/11/20178 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RAMAI bertanya, best ke Perodua Myvi (2018) baharu? Jawapan saya, not bad!

Saya bersama rakan media permotoran lain sebelum ini sudah diberikan peluang memandu uji Perodua Myvi (2018) baharu di litar ujian Perodua di Rawang. Memandangkan pandu uji itu dijalankan dalam kawasan litar pendek, sepanjang 2.3km sahaja, tidak banyak yang dapat saya ulas. Apa yang boleh dikatakan, tahap pengendalian Myvi (2018) baharu ini nyata lebih baik.

Dari segi paras rupa, DNA Perodua kekal terserlah, terutama bahagian depan. Menurut Perodua, 99.99 peratus pembuatan Myvi (2018) baharu adalah hasil air tangan anak tempatan. Maksudnya, hampir keseluruhan rekabentuk dihasilkan baharu, baik daripada segi luaran ataupun dalaman. Walaupun ramai mendakwa Perodua sekadar pengeluar rebadge daripada model induknya, Daihatsu, tetapi faktanya, bukan. No no no! Nampak saja semacam sama, tetapi Malaysian made!

BACA >>> Perodua Myvi (2018) – Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

Sama ada cantik atau tidak, itu subjektif dan anda boleh nilai sendiri. Tetapi secara peribadi, saya mahu katakan, rekabentuk terkini Myvi (2018) baharu memang not bad!

SEDAP TAPI…

Berbalik kepada pengalaman pemanduan, Perodua Myvi (2018) baharu jauh lebih sedap dipandu berbanding model lama, terutama apabila menyentuh perihal pengendalian. Jauh lebih baik ketika mengambil selekoh pada kelajuan agak tinggi. Namun, (dengan jujur) masih belum setanding tahap pengendalian pesaingnya, Proton Iriz. Andaikata pengendalian Myvi (2018) baharu mampu menyaingi Iriz, model ini pasti mencapai tahap perfect 10 yang ada segala-galanya!

Respon enjin juga jauh (berapa banyak jauh daa?) lebih baik apabila pedal minyak diinjak agresif. Perubahan paling ketara yang dapat dirasakan ialah kadar kesenyapan dalam kabin atau NVH yang lebih senyap.

Bagaimanapun, saya tidak dapat menguji kelajuan maksimum hatchback kompak ini kerana keadaan litar kurang mengizinkan. Sama ada bakal mewarisi julukan ‘Taliban‘ atau ‘King of the Highway‘, semua itu masih menjadi tanda tanya dan misteri. Tetapi berdasarkan maklumat beberapa sumber, Myvi baharu ini mampu diasak hingga mencecah 160kmj tanpa sebarang masalah. Saya sudah mula berdebar-debar sambil berkata, wow!

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

CIRI ASA – BONUS KEPADA PERODUA

Paling penting, Perodua ialah pengeluar pertama Malaysia menawarkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist -ASA) pada kenderaan di bawah harga RM100,000 yang secara tidak langsung memberi ‘bonus’ besar buat Perodua. Sebagai makluman, ciri ASA hanya ditawarkan pada Myvi 1.5L Advance sahaja, iaitu varian paling premium. Jangan pula nanti tiba-tiba mengamuk di bilik pameran sambil cekak leher salesman dan cakap dia tipu.

Apapun, harus diingatkan, ciri ASA hanya membantu anda mengelak atau mengurangkan impak kemalangan dan bukan bertindak sebagai kenderaan pandu sendiri. Kalau nak kereta automatik, itu Tesla! Ciri ASA juga mempunyai beberapa kelemahan tertentu, dan kami harap dan pasti akan ditambah baik Perodua dari semasa ke semasa.

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up

MAMPUKAH MYVI CURI HATI?

Mampukah Perodua Myvi (2018) baharu memikat hati rakyat Malaysia? Secara peribadi, jika mengambil kira reputasi dimiliki, model popular ini memang mampu menggugat beberapa pesaingnya. Siapa lagi kalau bukan Iriz, termasuk Honda Jazz juga.

Sekali lagi diulangi, Myvi (2018) baharu kali ini memang sedap dipandu, dan bukan sebab ia kereta baharu. Tetapi kalau dapat disuntik ciri pengendalian yang lebih tajam, pasti lebih seronok. Inilah padahnya kalau sudah melenjan banyak kereta sedap. Macam-macam mahu demand. 😛

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

Pada harga serendah RM44,300 hingga RM55,300 dengan aneka ciri yang mampu menggugat jiwa, apa lagi mahu dikatakan? Ya, memang tidak susah pun Myvi (2018) baharu menjadi model terlaris Perodua dan kesukaan rakyat Malaysia sekali lagi.

Anda pula bagaimana? Apakah Myvi (2018) baharu berjaya mencuri hati?

GALERI

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
Harga perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
Harga perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
radio perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
sisi perodua myvi baharu 2018
Perodua Myvi
Depan perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
2018 pandu uji perodua myvi 2018 perodua myvi test drive Harga perodua myvi 2018 new perodua myvi test drive Pandu Uji Perodua Myvi pandu uji perodua myvi baharu 2018 Perodua Myvi (2018) perodua myvi test drive
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026

    8 Comments

    1. Tanjung on 17/11/2017 15:24

      Kalau ada 6 speed+paddle shifter+cruise control…perghhh…memang tak fikir panjang dah…downgrade jazz ke myvi ni…hahaha

      Reply
      • aken on 17/11/2017 22:25

        mmg duit pocket pon kena tebal ahh nak tambah semua tu wahaha

        Reply
      • Taliban on 21/11/2017 13:18

        Downgrade? Myvi n jazz Sama segment kan?? Itu adalah pilihan.

        Reply
    2. Alson P on 17/11/2017 16:37

      Rekabentuk ‘myvi generasi baru’ sememangnya jauh lebih baik daripada generasi sebelumnya.. Varian 1.5L menggunakan enjin vios, myvi advance diberikan ciri² lebih baik berbanding vios itu sendiri..

      Reply
    3. sam on 17/11/2017 20:01

      kalau belakang ada disc brek pon dah ok sgt..nmpak ganaz

      Reply
    4. Kamil Salleh on 18/11/2017 19:15

      Nak tunggu Alza Advance baru ada ciri-ciri seperti Myvi baru.

      Saya gemar yang MPV model Pasti lebih digemari untuk family.

      Ada potensi untuk digunapakai sistem di Alza terbaru. Itu cuma tekaan saja tau…

      Reply
    5. Nahron on 09/12/2017 09:14

      Saya tak berapa minat dgn gear knob yang ada penutup kulit. Ianya seperti model bezza. Lebih baik myvi model dulu dgn gear knob kat dash board yang lebih kemas.

      Reply
      • name on 19/08/2018 23:07

        citarasa masing2 bro

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.