Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Perodua Ativa X – Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
Pandu Uji

#PanduUji: Perodua Ativa X – Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang memuaskan selepas diberikan peluang untuk memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) nasional itu selama beberapa hari.

Saya memilih varian paling asas, iaitu Ativa X. Cumanya, unit pandu uji ini bukan 100 peratus rupa asal tetapi sudah dipasangkan pakej aksesori Gear Up. Perubahan itu cuma soal kosmetik membabitkan kemasan dalaman dan kit badan luaran tanpa melibatkan aspek mekanikal.

BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

Tempoh pinjaman Ativa X ini empat hari. Pandu uji saya lakukan ini terbahagi kepada sesi, iaitu sesi pertama, pandu Ativa sebagai kereta harian untuk ulang alik ke pejabat dengan menghadap segala macam kesesakan trafik teruk. Sesi kedua, memandu santai sekitar Kuala Selangor dan pantai Bagan Lalang.

Jadi saya berpendapat ada sekurang-kurangnya tiga jenis kategori pembeli yang akan memilih Ativa (2021):

  • Pasangan muda, termasuk famili kecil yang mahukan kenderaan lebih selesa, tetapi bajet kecil. Mungkin bergaji rendah atau ada komitmen tinggi.
  • Orang bujang yang gemarkan aktiviti luar rumah, termasuk suka mengembara atau berjalan-jalan dengan rakan. Juga khas kepada mereka yang berjiwa sporty, terutama kalangan pembeli yang kurang berminat dengan Alza.
  • Pemilik setia Perodua yang sudah mengenali reputasi produk jenama itu dan mahu menaik taraf kenderaan sedia ada.

RESPONS TRENKUASA, SUSPENSI

  • Pedal minyak rasa sedikit berat dan lebih berat ketika lampu ECO menyala. Ini sesuai untuk mereka yang suka memandu santai dan ketika melalui jalan raya sesak.
  • Apabila memijak pedal secara agresif, perlu sedikit masa untuk enjin membekalkan kuasa diperlukan seperti mana tipikal enjin turbo. Selepas seketika, boleh dianggap memuaskan. Ini untuk mod D (pandu).
  • Boleh guna mod manual dengan syarat gear pada kedudukan D, dan tolak tombol gear ke kanan untuk mengakitfkannya. Skrin akan memaparkan indikator digital hingga maksimum 7-kelajuan.
  • Kepada mereka yang mahu pemanduan lebih responsif, tekan saja butang PWR (power) pada stereng.
  • Ativa rasa stabil dan suspensi bekerja  cemerlang dengan muatan tiga penumpang pada halaju sekitar 140kmj. Di laluan berselekoh tajam, suspensi membuai, tetapi tidak menjejaskan pemanduan.

FIIL KABIN

  • Sama seperti mana-mana SUV, posisi duduk lebih tinggi dan saya dapat lihat senario jalan raya depan dengan jelas. Secara peribadi, saya rasa pilar-A agak tebal dan menjejaskan pandangan.
  • Tidak adil untuk menilai keselesaan kerusi varian Ativa X kerana model ini sudah dibalut aksesori Gear Up. Apapun, kualiti keselesaan ditawarkan Gear Up layak dipuji. Cuma kit badan depan nampak maca sejenis makhluk tiga taring. Ok, ini lebih kepada cita rasa peribadi, mungkin ada yang suka.

  • Stereng menawarkan tindak balas ringan ketika memandu. Cuma nampak ‘bogel’ kerana ada satu butang saja, iaitu PWR di sudut kanan stereng. Memang macam basic car betul.
  • Stereng ‘menendang’ agak kuat ketika keluar lorong. Agak menakutkan bagi pemandu yang kali pertama memandu, seolah-olah stereng ini ‘berhantu’.

  • Apabila lampu signal belok dinyalakan, fenomena stereng ‘berhantu’ akan hilang. Jadi, ada dua tujuan sebenar, iaitu tanda amaran keselamatan dan mendidik anda menggunakan lampu signal belok. 😅
  • Rekabentuk dan kualiti papan pemuka jelas daripada plastik keras. Rekaan paling tidak digemari saya adalah bentuk ventilator penyaman udara yang terlalu futuristik. Sekali lagi diulangi, ini cita rasa peribadi.
  • Kerusi belakang boleh dikatakan selesa sedikit berbanding Myvi. Aliran hembusan penyaman udara juga memuaskan bagi penumpang belakang.
  • Ada unit infotainment jenis skrin terapung di tengah papan pemuka, tetapi cuma untuk fungsi radio dan sambungan wayarles Bluetooth. Disediakan juga skrin kecil untuk paparan teks stesen radio dipilih dan jam digital. Sebagai varian asas, bagi saya ini sudah memadai.

  • Kluster instrumen memaparkan meter analog untuk spidometer dan takometer. Ada skrin digital kecil di tengah yang menunjukkan bar petrol, jarak pemanduan dan trip perjalanan, serta jam. Juga kelihatan banyak lampu amaran berterabur dalam konsol meter.
  • Ruang but belakang cukup menempatkan pelbagai jenis beg untuk keperluan seisi keluarga kecil dengan dua anak.

BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

KESIMPULAN

Berbaloi dibeli? Saya akan jawab, ya jika anda jenis pemandu yang memikirkan keselamatan tambahan untuk keluarga, dan ambil berat pasal keselesaan memandu. Walapun model asas, tetapi Ativa X dilengkapkan dengan 6 beg udara, termasuk ciri keselamatan lain. Berbaloi la kan?

Nak tahu lagi  ciri dan perincian lain Ativa X, hah… boleh tonton gebang Abang Gan kat video bawah ni:

2018 pandu uji perodua myvi Ativa X Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Pandu Uji Perodua Ativa X Perodua Ativa (2021) Perodua Ativa Test Drive Perodua Ativa X (2021) Roda4 SUV SUV Segmen-A SUV segmen-B
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.