• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

February 3, 2023 By Sharil 1 Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 unit di Malaysia (buat masa ini) dan cuma ditawarkan kepada pengguna terpilih menerusi skim langganan bulanan.

Berikut ringkasan kelebihan dan kekurangan yang dapat saya ringkaskan pada Perodua Ativa Hybrid ini:

BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa

Kelebihan

  • Output enjin lebih tinggi berbanding Ativa biasa (turbo).
  • Lebih jimat minyak.
  • Luaran miripDaihatsu Rocky.
  • Cermin sisi ekstra (spesifikasi JDM).
  • Tidak perlu bayar kos servis, cukai jalan dan insurans selama 5 tahun.

Kekurangan

  • Tiada kamera undur.
  • Tidak boleh ubah suai, kerana tertakluk kepada terma diberikan Perodua.
  • Unit infotainment tiada konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Tiada butang kawalan volum di stereng.
  • Tiada tayar ganti.

Perbezaan ketara ialah output enjin. Perodua Ativa Hybrid menghasilkan kuasa 104hp (106ps) dan tork 170Nm, manakala Ativa Turbo berkuasa 96hp (98ps) dan tork 140Nm.

Pedal minyak Ativa Hybrid rasa lebih responsif berbanding Ativa Turbo kerana memiliki kuasa kuda dan tork lebih tinggi.

Selain output enjin lebih tinggi, Ativa Hybrid juga lebih menjimatkan dengan penjimatan bahan api 31.3km per liter (3.2 liter per 100 km) mengikut ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC).

Bagaimanapun, ujian dilakukan saya hanya mencatatkan 19.7km per liter. Bagaimanapun, angka ini masih mengatasi Ativa Turbo, 18.9km per liter (5.3 liter per 100 km) di bawah ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Perodua Ativa Hybrid menawarkan rekabentuk luaran berbeza berbanding Ativa Turbo kerana didatangkan sebagai unit import (CBU) Daihaitsu Rocky e:Smart Hybrid dari Jepun, cuma logo ditukar.

Rim juga berbeza yang datang dengan lima nat, yang nampak lebih sesuai untuk kereta berat berbanding empat nat untuk Ativa Turbo.

Kehadiran cermin tambahan seperti model JDM di hujung bawah cermin sisi sebelah kiri pula memudahkan pemandu melihat kawasan bawah kereta, terutama ketika melalui laluan sempit.

Manfaat terbaik memiliki Ativa Hybrid ini adalah tidak perlu bayar sebarang kos servis, cukai jalan dan insurans selama lima tahun. Pemilik cuma perlu bayar RM2,150 sebagai wang pendahuluan bersama yuran langganan RM500 sebulan.

Bagaimanapun, kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid ini tidak boleh ditukar nama kerana berada di bawah tanggungan Perodua. Jadi pengguna dilarang sama sekali melakukan sebarang ubah suai atau modifikasi.

Walaupun model hibrid sering dikaitkan sebagai kereta moden dan maju, tetapi Ativa Hybrid ini tidak pula dilengkapkan dengan kamera undur seperti Ativa Turbo. Malah unit infotainmennya juga tiada fungsi konektiviti Apple CarPlay atau Android Auto.

Gaya stereng nampak seperti Ativa varian asas tanpa kehadiran butang volum. Jadi saya hanya boleh menguatkan atau memperlahankan bunyi menggunakan butang skrin sentuh pada unit infotainmen. 😭

Selain itu, Ativa Hybrid juga kereta pertama Perodua tanpa tayar ganti, sebaliknya pemilik diberikan kit tayar (pam elektrik) untuk mengepam tayar (jika pancit) supaya dapat memanpandu ke bengkel untuk dibaiki. 😭

Biar apapun kekurangan, Perodua Ativa Hybrid tetap dilihat sebagai tawaran menarik kepada mereka yang mahu berjinak dalam penggunaan kereta hibrid. Bayaran dikenakan juga berpatutan kerana kita tidak perlu risaukan tentang kos penyenggaraan dan pemilik kereta seperti insurans  dan servis.

Apa pula kata anda?

BACA >>> Perodua Lancar Kajian Pasaran Program Langganan Guna Ativa Hybrid
BACA >>> Honda WR-V (2023) Debut di Indonesia, Bakal Gugat Ativa, X50 Jika ke Malaysia, Harga RM82k!

Perodua Ativa Hybrid 1
Perodua Ativa Hybrid 2
Perodua Ativa Hybrid 3
Perodua Ativa Hybrid 4
Perodua Ativa Hybrid 5
Perodua Ativa Hybrid 6
Perodua Ativa Hybrid 7
Perodua Ativa Hybrid 8
Perodua Ativa Hybrid 10
Perodua Ativa Hybrid 11
Perodua Ativa Hybrid 12
Perodua Ativa Hybrid 13
Perodua Ativa Hybrid 14
Perodua Ativa Hybrid 15
Perodua Ativa Hybrid 16
Perodua Ativa Hybrid 17
Perodua Ativa Hybrid 18
Perodua Ativa Hybrid 19
Perodua Ativa Hybrid 20
Perodua Ativa Hybrid 21
Perodua Ativa Hybrid 22
Perodua Ativa Hybrid 23
Perodua Ativa Hybrid24

Artikel Berkaitan

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: kekurangan, Kelebihan, kereta hibrid, Pandu uji, perbandingan, Perbezaan, Perodua Ativa Hybrid, Perodua Ativa Turbo, review, Roda4, SUV, SUV kompak, SUV segmen-B

Comments

  1. harga ativa says

    February 18, 2023 at 4:56 PM

    antara kereta suv paling bajet dan jimat minyak. sesuai utk golongan b40

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my