Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!
Pandu Uji

#PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

Abang GYLBy Abang GYL09/12/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA April 2016, itulah kali pertama saya memandu uji Mitsubishi Outlander. Pada masa itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang saya pandu itu adalah versi import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Sudah semestinya harga mana-mana model CBU lebih mahal berbanding pemasangan tempatan (CKD)

Mitsubishi Outlander versi CBU sebelum ini dijual pada harga RM166,720. Ramai juga yang berminat mahu memilikinya, tetapi terpaksa melupakan hasrat kerana terlebih bajet.

Kini selepas lebih setahun di pasaran, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan Outlander versi CKD yang dijual pada harga lebih kompetitif. Ya, anda kini boleh dapatkan Outlandler 2.0L 4WD versi CKD pada harga RM139,888.

Ya, jika dibandingkan pesaing lain dalam kelas sama, harga ini boleh dikatakan agak ‘tidak masuk akal’ dan melawan arus jika mengambil kira spesifikasi dan ciri pacuan empat roda (4WD) yang ditawarkan. Apapun, terima kasih kepada versi CKD yang banyak membantu meletakkan SUV ini pada harga cukup kompetitif.

BACA >>> Promosi Akhir Tahun Mitsubishi Kembali – Rebut Rebat Tunai Sehingga RM11,000

PANDU UJI RINGKAS

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD

Bagi lebih mendalami SUV ini, saya bersama rakan media permotoran lain diundang menyertai sesi pandu uji Mitsubishi Outlandler 2.0L 4WD versi CKD ke Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. Kepada mereka yang sedang tercari-cari sebuah SUV praktikal pada harga berbaloi, inilah komen kami mengenai Outlandler 2.0L 4WD versi CKD.

JANGAN BIMBANG, KUALITI SETARAF VERSI CBU

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD

Walaupun dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pesaing sekelas lain, apa yang pasti, kualiti pemasangan Outlander CKD ini setaraf versi CBU. Jadi mengapa perlu bayar lebih?

Sama seperti dahulu, ketika pertama kali melihat Outlander, tanpa segan silu saya menyatakan sudah ‘jatuh cinta’ dengan SUV itu. Lihat saja keseluruhan tubuh badan Outlander, memang boleh buat anda tak tidur malam.

Bersama rekaan penuh gaya berasaskan bahasa rekabentuk signatur, Perisai Dinamik (Dynamic Shield), penampilan paling  menonjol sudah tentu imej lampu siang (DRL) LED dan rim aloi 18-inci. Sporty dan elegan bersatu! Apabila bergerak atas jalan, memang tampak bergaya dan segak. Begitu juga rupa belakang.

BACA >>> Mitsubishi ASX Adventure Edisi Terhad – Hanya 60 Unit di Malaysia

ADA 7-TEMPAT DUDUK

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD

Sesuai buat anda yang sudah berkeluarga, Outlander CKD menawarkan lebih daripada sekadar ruang 7-kerusi luas yang memenuhi keperluan seisi famili. Malah, ruang but bersaiz 1,608 liter adalah antara terbaik dalam kelas dengan baris tempat duduk kedua dan ketiga boleh dillipat rata. Anda boleh muat barangan dapur, perabot, dan beg bersaiz besar milik anak beranak, termasuk boleh berbaring enak jika beriadah di tepian pantai indah.

Cuma ada sedikit masalah kepada penumpang yang duduk di kerusi baris ketiga kerana tiada ventilator penyaman udara disediakan di belakang. Bagaimanapun, MMM sudah sedia maklum dan berjanji menambah baik ciri berkenaan untuk model generasi akan datang.

SERONOK DIPANDU

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD

Aspek mekanikal, Mitsubishi Outlander CKD dijana enjin DOHC MIVEC 2.0L berkuasa 142hp dan tork 196Nm dengan transmisi variabel berterusan (CVT) INVECS-III. SUV ini juga menampilkan sistem 4WD pintar sebagai ciri standard selain menawarkan tiga mod pacuan – 4WD ECO, 4WD AUTO dan 4WD LOCK – yang boleh disesuaikan mengikut kondisi dan permukaan rupa bumi. Cukup versatil dan serba boleh!

Sepanjang perjalanan ke Janda Baik yang memerlukan Outlander meredah pelbagai laluan berbeza termasuk kawasan kampung dan lebuh raya. Beberapa kali saya cuba sengaja melanggar bonggol dan lubang. Bukan apa, saja nak uji suspensi. Ketika di laluan lebuh raya, malangnya kami tidak dapat menguji ketangkasan Outlander memandangkan keadaan cuaca tidak mengizinkan. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan ke Janda Baik ditemani hujan lebat.

Tapi apa yang kami boleh katakan, Outlander ini seronok ketika dipandu dalam keadaan santai. Saya lebih ghairah memandu dalam kawasan kampung kerana berpeluang merasai aksi dan taring sebenar Outlander. Kotak gear CVT juga tidak begitu mengaum memandangkan kami memandu dalam keadaan santai. Secara keseluruhan, Outlander CKD ini memang SUV yang sedap dipandu.

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD7 BEG UDARA

Lebih penting, ciri keselamatan yang ada Outlander CKD memang terbaik. Tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan, Mitsubishi Outlander CKD didatangkan dengan 7 beg udara berserta pelbagai ciri keselamatan premium lain seperti:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Stabiliti Aktif dan Kawalan Traksi (ASTC).
  • Bantuan Daki Bukit (HSA).
  • Pautan kerusi ISOFIX.
  • Struktur binaan badan Evolusi Keselamatan Impak Diperkuat (RISE).
  • Kamera undur dengan garis panduan.
  • Pengingat Rehat (Rest Reminder) yang berfungsi mengingatkan pemandu supaya berhenti rehat apabila letih.

Secara keseluruhan, kami berpendapat Outlander CKD ini berbaloi dimiliki, terutama golongan famili. Pada harga tidak masuk akal, iaitu RM139,988, anda siap ditawarkan dengan pelbagai ciri menarik.

Paling penting, ruang kabin luas dan ada 7-tempat duduk (inilah kelebihan paling utama). Memang sangat sesuai buat anda yang teringinkan sebuah SUV yang ada stail dan pada masa sama mahukan ruang kabin luas dan banyak kerusi. Jadi, Outlander CKD ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pendek SUV pilihan anda!

GALERI

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
pandu uji mitsubishi outlander ckd
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
enjin Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
pandu uji mitsubishi outlander ckd
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
pandu uji mitsubishi outlander ckd
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
pandu uji mitsubishi outlander ckd
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
harga mitsubishi outlander ckd Mitsubishi mitsubishi outlander ckd mitsubishi outlander versi ckd Pandu uji pandu uji mitsubishi outlander ckd
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Mitsubishi Destinator 2026
    Auto Terkini

    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!

    17/11/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.