Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mazda CX-30 – Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik
Pandu Uji

#PanduUji: Mazda CX-30 – Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-30 (2023) versi pemasangan tempatan (CKD) dalam pilihan empat varian ke pasaran Malaysia pada harga bermula RM129,000 untuk varian Standard.

Seminggu lalu, penulis dipinjamkan varian tertinggi Mazda CX-30 High Plus Premium untuk sesi pandu uji. Apa mahu diceritakan di sini adalah pengalaman peribadi yang mungkin tidak sama dengan pemilik sebenar. Apapun ini mungkin boleh dijadikan panduan jika anda berminat memiliki SUV ini.

Sebelum bercerita pengalaman memandu uji varian paling premium ini, mari kita imbas kembali harga setiap varian crossover tersebut:

APA MENARIK TENTANG CX-30?

Rekabentuk
  • Kebanyakan model Mazda memiliki rupa sama, menerusi rekaan gril ‘tersenyum lebar’ yang diapit dua lampu utama tirus dan bonet panjang. Ini sama juga untuk CX-30 yang dibina berasaskan platform Mazda3.
  • Pandangan sisi menyerlahkan  rupa depan seperti sedan, manakala belakang pula nampak mirip model liftback atau hatchback versi tinggi.
  • Pelapik atau cladding hitam yang memenuhi seksyen bawah badan membuatkan tubuh crossover itu nampak seakan terapung atas jalan.
  • Padanan garis badan tajam di beberapa sudut menyerlahkan imej mewah CX-30, dan tidak keterlaluan saya dikatakan model ini nampak lebih anggun dan premium berbanding pesaing jenama tempatan dan Korea Selatan.
  • Sebelum terlupa, CX-30 ialah pemenang Anugerah Red Dot Design Award 2020.
Kabin
  • Pemandu dan penumpang depan dapat menikmati tahap keselesaan lebih tinggi berbanding penumpang belakang.
  • Kemasan dalaman menggunakan kombinasi pad jenis lembut-keras pada panel pintu, papan pemuka dan konsol tengah serta diserikan dengan adunan warna dwi-tona coklat hitam.
  • Tempat duduk baris belakang lebih sesuai untuk dua individu dewasa saiz sederhana berbanding tiga orang jika anda mengmbil berat tentang keselesaan sepanjang perjalanan jarak sederhana-jauh.
  • Jika memasang kerusi kanak-kanak, ruang lega kaki antara kaki budak dan belakang kerusi depan agak sempit. Namun masalah ini jika kerusi kanak-kanak bersaiz besar.
  • Varian ini dilengkapi bumbung panoramik dengan cermin boleh gelangsar. Ciri ini sesuai jika anda mendiami kawasan hijau atau tempat dengan kualiti udara bersih dan kurang berhabuk walaupun secara praktikal kurang sesuai dengan cuaca Malaysia.
  • Secara peribadi, ruang kabin agak muram pada malam dan boleh jadi lebih menarik jika ditambah lampu ambien bawah kerusi, panel pintu, papan pemuka atau setidak-tidaknya konsol tengah.

PENGALAMAN PEMANDUAN

  • Semua varian CX-30 versi CKD menggunakan enjin sama, iaitu jenis petrol 16-injap 4-silinder SkyActiv 2.0L (1,998cc) DOHC dengan VVT dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 162hp @ 6,000rpm dan tork 213Nm @ 4,000rpm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv dengan mod anjakan manual (+ -). Ya, ini salah satu keunikan CX-30 kerana membuatkan crossover ini seronok dipandu.
  • Varian High Plus Premium dibekalkan pedal syif di sebalik stereng. Jika memandu dalam mod manual, menurunkan gear perlu dibuat secara manual kerana gear tidak akan diturunkan automatik apabila enjin rendah seperti model pesaing lain.
  • Di sebalik tombol gear, ada butang mod Sport. Apabila diaktifkan, rev enjin (RPM) akan lonjak 500rpm lebih tinggi daripada bacaan semasa, sekali gus membolehkan anda menikmati respons enjin lebih responsif.
  • Respons stereng lebih neutral dan kurang olengan badan ketika membelok. Suspensi pula agak keras yang cukup terasa ketika meredah permukaan jalan tidak rata atau berlubang.
  • Sistem bantuan keselamatan aktif dengan teknologi radar memang banyak membantu, tetapi pernah tergendala sekejap ketika memandu dalam hujan di lebuh raya.
  • Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana notifikasi peringatan akan terpapar pada kluster instrumen digital untuk memaklumkan kepada pemandu tentang sistem sokongan pemandu dan keselamatan dinyah aktif sementara, atau radar depan ‘kabur’, atau sila memandu selamat!
  • Gangguan sistem sensor itu berlaku dua kali dalam purata masa tidak lebih 5 minit ketika hujan lebat, tetapi tidaklah menjejaskan kualiti pemanduan. Cuma perlu lebih peka dengan kondisi sekeliling.

BACA >>> Mazda CX-30 (2023) Versi CKD Lancar dengan Empat Varian, Harga Mula RM128k!

bermaz Motor Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX-30 (2023) Pandu uji Pandu Uji Mazada CX-30 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.