Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Hidup Jadi Sempurna Bila Kau Bawa Mercedes-Benz C350e!
Pandu Uji

#PanduUji: Hidup Jadi Sempurna Bila Kau Bawa Mercedes-Benz C350e!

SyafieBy Syafie07/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sebagai manusia tidak pernah dilahirkan sempurna kerana masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sendiri. Namun, ini berbeza kehidupan atas jalan raya selepas memandu sedan mewah yang baru saja dilancarkan awal tahun ini. Inilah Mercedes-Benz C350e.

Mungkin ini agak keterlaluan, tetapi itulah hakikat yang boleh digambarkan selepas saya sendiri diberikan peluang memandu sedan hibrid plug-in-(PHEV) Mercedes-Benz itu selama dua hari bermula Jumaat lalu.

Pengalaman memandu kali ini saya akan ceritakan perjalanan dua hari satu malam bersama sedan ini dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang.

Anggaran jarak pemanduan lebih kurang 267km yang bersamaan tiga jam tempoh perjalanan merentasi pelbagai jalan seperti lebuh raya, jalan tidak rata, jalan raya bandar dan kawasan perkampungan di Kuantan. Malah pemanduan kali ini juga membabitkan pemanduan siang dan malam termasuk dalam musim hujan.

Sebelum saya memperincikan pandu uji kali ini, semua penulisan ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sepanjang sesi pandu uji tersebut.

Pemanduan Lebuh Raya

Tidak boleh dinafikan Mercedes-Benz C350e dengan enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L turbo ini mampu menghasilkan kuasa yang sangat mencukupi dengan deruman bunyi ekzos syahdu membuatkan ia sangat seronok dipandu di lebuh raya.

Ini secara tidak langsung apabila kereta ini mencapai kelajuan 120kmj hingga 140kmj pada jalan lurus, saya rasa seakan memandu pada kelajuan 80kmj hingga 90kmj saja. Maksudnya, saya tidak sedar jarum meter sudah berada pada kelajuan tersebut kerana rasa semacam memandu di bawah halaju 100kmj. Boleh kata lupa diri juga sebenarnya.

Dari segi daya pikap, walaupun kaki menekan pedal sedikit atau setengah saja, output kuasa dihasilkan sangat memuaskan. Jadi tidak hairan kemampuan 0-100kmj sedan ini hanya mengambil masa 6.1 saat jika pedal ditekan sepenuhnya. Nasihat saya, hati-hati kalau sudah tertekan pedal penuh, sebab risau tercucuk kereta depan nanti. Lagi bahaya kalau tersodok pula. Naya…

Apabila bercakap pasal pengendalian pula, kereta ni memang terbaik. Sebab apa? Sebagai seorang yang jarang memandu jauh pun sudah rasa sangat yakin di selekoh tajam sepanjang laluan di Bentong. Malah memandu sebelah tangan juga. Genggaman pada roda stereng (berkulit Nappa) cukup responsi, tidak terlalu ringan dan tidak mudah menggelupur.

Namun kalau tapak tangan jenis cepat berpeluh, mungkin boleh elakkan memandu sebelah tangan kerana stereng boleh jadi licin.

Kerusi kulit dengan fungsi memori juga antara faktor pemanduan jadi lebih selesa sebab boleh dilaras untuk bahagian kepala, belakang, hingga bawah peha. Apapun, kalau rasa mengantuk, tolonglah berhenti berehat sebab risau kena deep sleep, bukan setakat microsleep saja. Sebab punyalah selesa.

Pemanduan Atas Jalan Tidak Rata

Di laluan tidak rata, saya pecahkan kepada tiga situasi, iaitu ketika meredah jalan berlopak atau berlubang, jalan berbatu, dan jalan berbonggol.

  • Jalan berlubang atau berlopak: Ketika terlanggar lubang jalan, semestinya timbul rasa takut sebab risau tayar bocor, bampar calar, atau hilang kawalan. Ajaibnya, semua itu tidak berlaku selepas saya memeriksa kondisi kereta. Ini membuktikan walaupun luaran kereta ini nampak rendah, tetapi jarak tinggi bumi sedan ini masih lagi sesuai dengan permukaan jalan di Malaysia. Sebagai makluman Mercedes-Benz C350e memiliki ketinggian 1,437mm, manakala jenis tayar Michelin 225/45 dengan saiz rim 18 inci.
  • Jalan berbatu: Saya lebih berhemah ketika merentasi permukaan jalan berbatu kerana situasi pemanduan akan jadi sedikit bergoncang  dengan bunyi bising apabila permukaan tayar bergesel dengan kerikil jalan.
  • Jalan berbonggol: Ketika melalui bonggol tinggi, bunyi suspensi belakang kedengaran agak sedikit kuat, tetapi tiada masalah ketika melalui bonggol biasa atau yang tidak terlalu tinggi.

Pemanduan Kawasan Bandar dan Kampung

Perkara paling jelas sepanjang melalui kawasan ini adalah penggunaan minyak. Sepanjang berada di Kuantan, indikator bar petrol cuma turun sama seperti pejalanan pergi, iaitu satu daripada empat bar (minyak penuh). Berikut perinciannya:

  • 1/4 bar perjalanan pergi: 267km (anggaran)
  • 1/4 bar sepanjang di Kuantan: bawah 100km

Perkara kedua, dari segi saiz kereta ketika melalui jalan sempit atau lorong sehala. Dengan lebar 1,820mm ketika di lampu trafik, ini menyukarkan penunggang motosikal menyelit antara kenderaan, manakala ketika melalui jalan sehala, saya terpaksa keluar dari garisan jalan untuk memudahkan kereta dari arah bertentangan melalui jalan yang sama.

Dengan lebar dan panjang bonet depan juga membuatkan saya terpaksa ambil sedikit ruang untuk buat pusingan U kerana radius putaran stereng tidak besar.

Bagaimanapun, masalah itu dapat dihadapi dengan bantuan kamera pandang keliling 360º yang sangat tepat untuk melihat bahagian titik buta.

Memandu Malam

Bercakap mengenai memanduan malam pula, saya mahu fokuskan lampu yang ada pada Mercedes-Benz C350e. Lampu ambien yang menghiasi ruang kabin, bersama Sistem Audio Burmester 3D yang memainkan lagu R&B atau Pop, ini menjadikan suasana memandu jadi lebih meriah, seakan berada dalam konsert atau disko.

Unit infotainmen skrin sentuh 11.9 inci dengan konektiviti Apple Carplay juga sangat lancar walaupun menggunakan pelbagai aplikasi pada masa sama. Namun berbeza memandu siang yang mana paparan skrin rasa jadi sedikit panas, mungkinsebab bahang matahari.

Lampu utama mempunyai visual bergerak ketika enjin dihidupkan, manakala ketika keluar kereta, ada lampu projektor yang memancarkan logo Mercedes-Benz di luar pintu pemandu dan penumpang depan. Fuhh, rasa macam orang ‘ada-ada’ saja, lebih-lebih lagi kalau parkir di lobi hotel ketika malam.

Memandu Ketika Hujan

Memandangkan sekarang musim hujan tidak menentu, ada beberapa perkara saya puji mengenai Mercedes-Benz C350e ketika memandu meredah hujan.

  • Pertama: Bilah wiper kereta ini sangat panjang hingga mampu mengelap hampir seluruh cermin depan. Saya juga aktifkan ciri automatik untuk mengesan titis hujan pada cermin depan. Semakin lebat pada cermin, wiper puna akan mengelap lebih laju. Ciri seperti ini sebenarnya sudah jadi standard pada kebanyaka kereta moden hari ini.
  • Kedua: Ciri Pemantau Titik Buta (BSM) pada cermin sisi kenderaan memudahkan pemanduan saya ketika hujan kerana pemandangan luar agak terbatas. Sensor ciri tersebut membantu meningkatkan keyakinan saya, terutama ketika mahu memotong. Indikator BSM akan menyala yang menunjukkan ada kenderaan lain berada sekitar kawasan titik buta, dan berkelip atau mengeluarkan bunyi amaran apabila situasi memotong tidak selamat.
  • Ketiga: Sensor BSM pada cermin sisi ada persamaan dengan sensor pada panel meter jika jarak Mercedes-Benz C350e anda tidak sesuai dengan kenderaan depan.
  • Contohnya, andaikan saya memandu di belakang sebuah kenderaan lain dalam jarak 50 hingga 70 meter pada halaju 90kmj. Apabila kenderaan depan berhenti mengejut, secara automatik Sistem Pre-Safe akan bertindak balas dengan memperlahan kenderaan secara lembut dengan postur badan kekal pegun pada kerusi.

Apa saya boleh simpulkan, Mercedes-Benz C350e ialah sedan yang mampu menutupi kekurangan pemanduan anda, terutama kepada mereka yang kurang berpengalaman dalam memandu atau kali pertama memandu kereta mewah bersaiz agak panjang dan lebar.

Bagaimanapun, sedan ini tidak sesuai jika anda seorang yang mahukan pemanduan ekonomi kerana penggunaan minyak pada jarak perjalanan dekat, tidaklah sejimat pemanduan jarak jauh seperti di lebuh raya. Apapun, situasi ini adalah normal bagi kebanyakan model lain, terutama yang dijana enjin pembakaran dalaman (ICE).

Aspek keselesaan pula dalam hal keselamatan, hiburan, dan rekabentuk dengan kelengkapan AMG Line, Mercedes-Benz C350e ini mampu memenuhi semua yang anda mahukan sebagai seorang yang tiada masalah dengan akaun bank. Ini kerana harga kereta ini dijual lebih RM300,000.

Apapun, sepanjang pandu uji ini, Mercedes-Benz C350e masih ‘dicucuk’ Bezza dan Myvi. Ini bukan salah kereta ini ye…

Mercedes-benz Mercedes-Benz C350e Pandu uji panduuji Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    03/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.