• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

September 29, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-A+ baharu, Chery Tiggo Cross sudah pun dipandu uji penulis bersama rakan media tempatan lain.

Destinasi? Perjalanan kami bermula dari Bamboo Hills, Segambut menuju Tanjung Jara Beach Resort di Kuala Dungun, Terengganu sejauh hampir 800km.

Enam Unit Chery Tiggo Cross Dipandu Uji

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

Sebanyak enam unit kenderaan disediakan untuk rakan media yang terdiri daripada tiga unit Tiggo Cross Turbo dan tiga unit Tiggo Cross Hybrid.

Apa yang menarik, Chery mendakwa SUV subkompak itu mampu melepasi 1,000km dengan isian setangki penuh hasil teknologi hibrid Chery Super Hybrid (CSH).

Apakah Chery Super Hybrid (CSH)?

Platform Chery Super Hybrid

Jadi, misi kali ini adalah menguji sejauh mana kenyataan Chery itu benar atau sebaliknya. Mampukan Tiggo Cross pulang balik KL - Terengganu tanpa mengisi minyak?

Platform Chery Super Hybrid (CSH) kali pertama diperkenalkan di Auto Shanghai 2025 dan kini tiba secara rasmi di Malaysia. Antara ciri menarik adalah:

  • Kecekapan terma 44.5 peratus - antara tertinggi dalam industri
  • Penggunaan bahan api ultra rendah dengan jarak pemanduan hingga 1,200km
  • Transmisi DHT prestasi tinggi dan pecutan sepantas 4.28 saat untuk 0-100kmj
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 1.8kWj yang selamat dengan julat suhu operasi -35°C hingga 60°C

Pilihan Trenkuasa: Turbo vs Hybrid

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

Chery Tiggo Cross hadir dalam dua varian trenkuasa: Turbo dan Hybrid CSH. Berikut ringkasan spesifikasi:

Petrol 1.5 Turbo

  • Output kuasa 147ps dan tork 210Nm
  • Transmisi dua klac (DCT) 6-kelajuan
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 9.9 saat
  • Penggunaan petrol 6.3 liter per 100km

1.5L Hybrid CSH

  • Output gabungan 204ps dan tork 310Nm
  • Transmisi DHT150 (CVT dan dual-motor)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 9.6 saat
  • Penggunaan petrol 5.4 liter per 100km
  • Boleh bergerak dengan motor elektrik hingga 80kmj

Catatan Perjalanan KL - Terengganu

@pandulaju Atas kerja, @cherymalaysia kata Chery Tiggo Cross Hybrid boleh bergerak sejauh 1000km dengan hanya 5.4L/100km. Sekarang kita cuba dulu perjalanan KL ke Terengganu. Berapa agaknya yang kita dapat? Kalau nak tahu, tengok video sampai habis! #chery #cherymalaysia #cherytiggocross #csh #pandulaju ♬ original sound - PanduLaju

Dengan isian tangki penuh, Tiggo Cross mampu bergerak sejauh 850km. Berikut catatan penggunaan minyak sepanjang perjalanan:

  • KL - RNR Temerloh: Baki 744km
  • RNR Temerloh - Kuantan: Baki 638km
  • Kuantan - TCS Kemaman: Baki 583km
  • TCS Kemaman - Tanjung Jara Beach Resort: Baki 518km

Hasilnya, selepas tiba di destinasi, indikator masih menunjukkan setengah tangki (2/4 bar) dengan jarak berbaki 518km. Secara teknikal, SUV ini nyata mampu pulang semula ke KL dengan baki perjalanan lebih 100km.

Menariknya, Chery turut menganjurkan cabaran penjimatan minyak untuk varian hibrid. Kumpulan penulis berjaya mencatat 5 liter per 100km, manakala kumpulan terbaik berjaya menggunakan 4 liter per 100km. Memang sangat jimat untuk sebuah SUV segmen A+.

Apa Penulis Suka?

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu
Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu
  1. Penggunaan minyak jimat, terutama untuk varian Hybrid
  2. Olengan badan terkawal, kerusi semi-buket memberi rasa stabil
  3. Pikap responsif, pemanduan santai atau agresif masih meyakinkan
  4. Suspensi seimbang, dan selesa walaupun melalui jalan kampung dan off-road ringan
  5. Ciri keselamatan lengkap termasuk sistem bantuan pemanduan pintar

Apa Kurang Berkenan?

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

  1. Bunyi enjin Hybrid agak bising berbanding Turbo
  2. Stereng terlalu ringan - kurang yakin di selekoh tajam pada kelajuan tinggi
  3. Bantuan Kekal Lorong (LKA) terlalu sensitif, membuatkan stereng seperti 'melawan'
  4. But belakang masih manual, tiada ciri elektrik (power tailgate)
  5. Sandaran kerusi belakang agak menegak - boleh jadi kurang selesa untuk perjalanan jauh

Boleh Tak KL - Terengganu Tanpa Isi Minyak?

Jawapannya, YA. Chery Tiggo Cross Hybrid berjaya membuktikan kenyataan Chery yang model itu mampu ulang-alik KL ke Terengganu dengan satu isian tangki penuh. Malah petrol masih berbaki untuk pusing-pusing sekitar bandar.

Gabungan penjimatan bahan api, prestasi responsif dan keselesaan menjadikan Tiggo Cross Hybrid antara pilihan SUV hibrid paling berbaloi dalam kelasnya sekarang.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Malaysia, Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo Cross, Kenderaan Hibrid, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pandu uji, Pandu Uji Chery Tiggo Cross, SUV Segmen-A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X50 2025 Sesuai Ke Jadi Kereta Pertama Kalau Baru Dapat Lesen?

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev