Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] – Adventure Touring
Roda2

Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] – Adventure Touring

ZYBy ZY21/12/201710 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA kembali lagi dalam siri Panduan Pilih Motosikal Harian. Kali ini kita akan berbincang tentang kategori motosikal yang boleh dikatakan agak baru dalam segmen pemilihan motosikal harian – Adventure Touring.

Turut dikenali sebagai Dual-Sport atau Sport Adventure, terma-terma ini merujuk kepada kategori motosikal dengan enjin berkuasa tinggi dan versatil untuk tunggangan atas jalan raya biasa ataupun off-road selain tampil dalam rekabentuk lasak.

Sebenarnya, kategori ini bukan baru, bermula dengan BMW melalui siri GS seawal 1980-an yang sangat popular di Barat. Di Malaysia pula, kategori ini didominasi Kawasaki Versys 650 pada harga lebih mampu milik yang dilancarkan kira-kira sedekad lalu (2007).

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] – Sportbike

‘MOTOSIKAL SUV’

Dalam dunia motosikal, adventure touring bolehlah dianggap sebagai ‘SUV dua roda’. Bagaimanapun, pada tanda harga menjangkau RM40,000, motosikal jenis ini sukar dijadikan pilihan sebagai jentera tunggangan harian yang menepati objektif asal artikel ini, iaitu menyenaraikan jenis motosikal berharga sekitar RM25,000 ke bawah.

Namun, situasi mula berubah dengan kehadiran adventure touring sesaran rendah (250cc ke bawah) buatan pengeluar China seperti Zongshen yang menawarkan harga lebih mampu milik. Ini secara tidak langsung meletakkan semula motosikal kategori ini sebagai pilihan ramai penunggang Malaysia, termasuk negara Asia lain, sekali gus memaksa pengeluar ternama mengambil langkah sama, iaitu menurunkan harga kepada tahap kompetitif.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 2] – Streetbike

Jika anda adalah kalangan pembaca kami yang tertarik menjadikan adventure touring sebagai jentera tunggangan harian, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui:

Sesuai:
  • Golongan penunggang berpengalaman atau gemarkan imej lasak dan gagah.
  • Tunggangan jarak jauh. Selain tangki bahan api besar (15 liter dan lebih), faktor ergonomik menegak, dan deflektor angin yang lebih tinggi membuatkan perjalanan, terutama di lebuh raya jadi lebih selesa tanpa tamparan angin kuat.
  • Keupayaan mengusung muatan kapasiti tinggi. Kebanyakan motosikal adventure touring didatangkan dengan kotak sisi atau sekurang-kurangnya rak muatan sebagai ciri standard.
  • Perjalanan dalam bandar. Jarak kelegaan jalan tinggi dan suspensi travel yang lebih panjang memudahkan jentera sebegini melepasi bonggol atau lopak jalan (pothole) ketika menunggang di jalan bandar, selain ergonomik menegak yang membantu penunggang memantau situasi trafik.
Kurang Sesuai:
  • Penunggang kurang mahir. Fizikal jentera yang tinggi dan besar membuatkan motosikal sebegini sukar dikendalikan, terutama dalam situasi rumit seperti mencelah kesesakan trafik.
  • Penunggang yang masih mahukan pengendalian sporty. Walaupun turut digelarkan dual sports atau sport adventure, kebanyakan jentera kategori ini, terutama bersesaran rendah kurang sesuai untuk tujuan tersebut.
  • Tunggangan off-road. Walaupun nampak seperti dibina untuk tujuan itu, tetapi adventure touring bukanlah pilihan paling ideal kerana fizikal besar dan berat menyukarkan jentera ini dikawal selincah motosikal off-road sebenar.

SARANAN

Mengambil kira profil adventure touring yang lebih sesuai untuk penunggang lebih berpengalaman dan berkemampuan, Kawasaki Versys 650 terpakai adalah pilihan disarankan kerana model ini boleh dibeli pada harga sekitar RM25,000 bergantung kepada kondisi, asalkan bijak memilih.

1. KTNS RS3
KTNS RS3 atau Cyclone RX-3 untuk pasaran luar.

Jika tidak mahu pening kepala memikirkan masalah motosikal terpakai, atau mahukan jaminan pengeluar, anda boleh dapatkan model KTNS RS3 yang ditawarkan serendah RM13,000 sahaja. Motosikal ini ialah model rebadge daripada Zong Shen RX-3 yang turut dipasarkan di Amerika Syarikat.

BACA >>> Mahu Beli Motosikal Pertama? Baca Dulu 5 Kriteria Utama Ini…

Menarik tentang RS3 tentulah rekabentuk model ini yang mirip adventure touring BMW GS ADVENTURE, walaupun kuasa dijana enjin 250cc silinder tunggal itu cuma 25hp, tetapi sudah cukup memuaskan pada harga serendah itu.

2. KAWASAKI VERSYS-250 | BMW G310 GS
KAWASAKI VERSYS-X 250
BMW G310 GS

Kepada mereka yang mahukan lebih kuasa, dengan kuasa beli setara Versys 650 terpakai, Kawasaki Versys-X 250 dan BMW G310 GS berkuasa 34hp (Versys 650 – 64hp) mungkin pilihan kurang berbaloi. Namun ingat, motosikal berstatus adventure touring berpotensi menjadi jentera terpakai yang sudah dilanyak sepuasnya pemilik terdahulu.

BACA >>> BMW G 310 R 2016 Khas untuk Penunggang Baharu

Melainkan anda benar-benar mengenali si pemilik asal, memilih motosikal baru tetapi pilihan lebih selamat selain faktor jaminan dua tahun daripada pengeluar (tanpa had perbatuan untuk BMW G310 GS) yang patut dipertimbangkan.

3. BENELLI TRK 502

Jika masih mahukan lebih kuasa dan tidak kisah pula tentang jenama, Benelli TRK 502 adalah pilihan paling berbaloi dalam julat harga ini. Didatangkan dengan spesifikasi menarik, enjin dwi-silinder 500cc berkuasa 47hp, fork terbalik (USD), cakera brek berkembar dan rekabentuk gagah setanding jentera lebih berkuasa.

BACA >>> Benelli TRK 502 – Harga Bermula RM28,888, Paling Murah dalam Kategori 500cc

Keputusannya, sangat sukar berkata tidak kepada model sulung adventure touring buatan Benelli ini, apatah lagi TRK 502 ditawarkan pada harga cukup menarik, bermula RM28,888 sahaja!

adventure touring autotainment Benelli TRK 502 bmw g310 gs daily ride harga minyak naik kawasaki versys x 250 Panduan Pilih Motosikal roda2 tol
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aveta Care On Wheels
Auto Terkini

Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

27/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

24/03/2026
Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026

10 Comments

  1. Azrin on 21/01/2018 22:37

    Setelah baca post 3siri pemilihan motor.. Apa pendapat Tuan mengenai KTN RS3.. Ok tak utk saya guna pergi balik kerja 140km sehari.. 6hari seminggu.. Maintenance mcm mana.. Betul ke motor ni kaburetor bkn injection.. Tq tuan..

    Reply
    • ZY on 22/01/2018 16:06

      Waalaikumsalam.

      Boleh rujuk group KTNs 250 RS3 GROUP MALAYSIA di Facebook untuk maklumat lanjut mengenai model ini. Di sini saya kopipes dulu ringkasannya dari group tersebut, harap membantu.

      ===============================

      Info utk bakal pengguna/pembeli KTNS RS3.

      1. Top speed berapa?
      – 140km/j sustained speed bukan redline. Kalau takat nak rasa 160-180 kejap pun boleh….tapi redline la…dan ada syaratnya.

      2. Masalah problem yg selalu ada?
      – Side mirror patah/tanggal. (Solution dia: Beli side mirror EX5)
      – Karburetor kdg2 semput. Tak semua…ada la dalam 2-3 persen pengguna yg alami. (Solution: Claim warranty)
      – Susah nak cari tayar saiz 15 utk belakang. (Solution: Beli rim baru saiz 17. Tak perlu beli lidi (spoke). Terpakai juga utk rim depan (saiz asal 18, biasa org tukar ke 19). Utk pengguna SE, perlu beli wheel set lain.
      – Radiator kering. (Solution: Pergi SC suruh dia bleed balik cooling system)
      – Brek belakang lekat/sangkut/jammed. (Solution: Bleed balik brek belakang, atau tukar caliper baru.)
      – Top box kecik tak muat letak donat Big Apple. (Solution: Jual motor beli lori.)
      – Lampu tak terang la! Lighter gua lagi terang! (Solution: Tukar LED kepada halogen bulb, atau tukar the whole headlamp set. Atau tambah spotlight. Atau letak lighter lu dekat engine guard.)

      3. Sesuai ke utk pergi balik kerja setiap hari dlm 1500km pergi balik?
      – Sangat sesuai. Cuma jangan expect performance atas highway macam Versys (ramai yg suka compare dgn Versys. Ni 250 single kot!) atau Africa Twin atau GS. Motor ni bukan utk laju. Dua ratus lima puluh si si sahaja, satu silinder.
      – Takat bawak bini pusing Malaya naik motor ni xde hal punya. Dah ada geng kental dalam ni yang dah buat.

      4. Minyak jimat ke?
      – Minyak jimat. RM 10 tu boleh pergi balik Subang – Bangi dgn kelajuan 110km/j.

      5. Nak tukar logo BMW boleh ke?
      – Boleh bang. Nak tukar logo Panasonic pun boleh. Motor sendiri, sendiri punya kreativiti.

      Reply
  2. Azrin on 21/01/2018 22:37

    Assalamualaikum Tuan

    Reply
  3. Muhammad on 17/02/2018 06:14

    Salam tuan, Sy dah memasang angan2 utk mendapatkan leoncino 500 iaitu model terbaharu drp Benelli yg menggunakan enjin yg sama dengan trk502. Soalan saya
    1. Bolehkan tuan highlight kelebihan & kekurangan enjin yg digunakan
    2. Aspek penggunaan minyak jimat Tak, sy akan gunakan secara harian dlm julat 40km ulang alik utk ke tempat kerja
    Terima kasih

    Reply
    • ABG GYL on 17/02/2018 15:07

      Hi bro, buat masa ini kami tidak dapat beri jawapan or membantu sebab kami belum ada kesempatan tunggang uji model ini.

      Reply
  4. Rayman on 09/05/2018 16:15

    Hi bro, apa pendapat bro kalau amik GS 310 utk daily ride 120km Nilai – Kl -Nilai

    Reply
    • ABG GYL on 11/05/2018 14:31

      Bagi kami, ini salah 1 pilihan bagus juga. Tapi khabarnya waiting list panjang 🙂

      Reply
  5. Mhs on 08/07/2018 14:30

    Saya nak beli Versys x 250..buat pegi balik kerja..dan ada masa perlu menyelit sikit…sesuai x ?

    Reply
  6. khairul on 15/09/2019 03:49

    betul ke kalau motor baru keluar kalau kita bawa lebih dari 140km engine boleh rosak….semasa miles belum cukup 1000

    Reply
  7. zizy on 09/04/2023 10:09

    saya ingin kongsi juga pengalaman memiliki motorsikal atas pelbagai kegunaan. motorsikal saya dari dulu bersilih ganti. bermula di zaman bujang saya pernah memiliki TZM, RXZ,RG 110,,Gamma, Suzuki Best, ex5, kriss 110, Lagenda 110,LC 135,Fz 150, Z 250, versys x250….. tu semua moto yg pernah saya miliki… KINI.. yg masih ada bersama saya YAMAHA EGO, MR1, SYM VF3 185, RS150 DAN VERSYS 650… nampak byk kan tapi semua saya gunakan dlm pelbagai keguanaan juga back up… ego dan mr1 di gunakan utk kekedai surau angkat tong gas dan ke kws sekitar yg tak jauh… sym ,RS dan versys utk ulang alik kerja dan sebagai back up sesama sendri kiranya ada yg breakdown… semuanya saya guna tiada yg tersadai di rumah… kekadang mr1 pun saya kayuh bawak pi kerja.. versy memang specialist utk travel weekend laa… so bg saya memiliki motor ni sebenarnya release minda..mudah park, cepat sampai dan jimat…..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.