Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Toyota Corolla Altis (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Toyota Corolla Altis (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEGASI 48 tahun dengan lebih 40 juta unit terjual di lebih 150 negara seluruh dunia sudah cukup membuktikan Toyota Corolla sebagai jenama kereta paling laris di muka bumi. Apa yang membuatkan Corolla menjadi cukup superior adalah asas pembinaannya yang menepati kehendak dan melangkaui jangkaan pembeli.

Malah, kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan yang disemai varian ini jugalah yang melonjakkan jenama Toyota hingga melahirkan begitu ramai fanatik produk buatan pengeluar automobil dari Jepun itu. Rakan saya pernah berseloroh, kereta rekabentuk tapir sekalipun akan dibeli asalkan ada logo Toyota. Begitulah kuat jenama kereta yang cukup berbekas dalam hati peminatnya.

P1190118      P1190105

Saya tidak begitu teruja ketika memandu uji Vios pada hujung tahun lalu kerana tiada apa yang istimewa melainkan rekabentuk. Itupun belum cukup menepati cita rasa saya. Malangnya cita rasa saya bukanlah penanda aras cita rasa rakyat Malaysia. Buktinya, dalam masa tiga bulan saja tempahan Vios sudah mencecahkan 20,000 unit.

Sekarang datang pula Altis yang membawa legasi Corolla. Di atas kertas, saingan Altis adalah Honda Civic, Nissan Sylphy, Hyundai Elantra, Kia Cerato dan Proton Preve. Itu belum lagi dibariskan model segmen C kategori hatchback seperti Ford Focus, Volkswagen Golf dan Proton Suprima S.

LUARAN: Tampil Lebih Sporty

Memasuki generasi ke-11, Altis baharu menampilkan rekabentuk global (walaupun masih kental ciri kejepunan), termasuk melakukan penambahbaikan terhadap keluasan kabin, keselesaan, dinamik prestasi dan kecekapan bahan api. Mengangkat evolusi bahasa rekabentuk baharu Toyota, luaran Altis lebih sporty menerusi perubahan dimensi kereta yang 80mm lebih panjang (4,620mm), 15mm lebih lebar (1,775mm) dan 5mm lebih rendah (1,465mm).

P1190088      P1190111

P1190104  P1190091  P1190120  P1190087

Rupa keseluruhan nampak bersih dan seimbang dengan tambahan jarak roda (2,700mm). Bahagian anjur (overhang) depan dipanjang 5mm, manakala anjur belakang dikurangkan 25mm. Jadi, bonet nampak agak panjang ke depan seperti kereta Amerika.

Sayap horizontal berkrom yang melatari gril hadapan dan lampu utama (dengan LED siang) memberikan visual lebar dan signatur cukup kuat, sesuatu yang amat diperlukan dalam pembuatan kereta moden hari ini. Dari belakang, lampu direka tirus dan tajam seperti sebuku roti yang dibelah pedang Samurai untuk dibuat sandwich. Panel krom menyerlahkan imej elegan dan difuser bawah memberikan semangat kereta trek.

Tayar 215/45R17 dan rim aloi 17-inci dua warna menjadi ciri standard Altis 2.0V (16-inci untuk 2.0G dan 1.8E) yang menjadi bahan pandu uji saya kali ini. Malah, varian ini turut dilengkapi kit aerodinamik seperti spoiler. Namun, faktor aerodinamik sudah sedia dibina dalam Altis yang dapat dilihat pada rekabentuk sudut-aero (aero-corner) di bampar dan sirip-aero (aero-fin) di cermin sisi dan lampu belakang.

Ia bukan sekadar rekaan kosong semata-mata melainkan mengurangkan pekali seret (co-efficient of drag) kepada 0.27 yang membuatkan postur kereta lebih stabil, terutama ketika memecut lurus. Malah, kesan aerodinamik penting dalam meningkatkan tahap kesenyapan dalam kabin dan mengurangkan penggunaan bahan bakar.

DALAMAN: Rekaan Elegan

Gaya rekaan bersih, elegan dan kurang berserabut serta luas. Hitam menjadi tona utama ruang kabin dengan sedikit percikan perak dan krom pada konsol gear, stereng, panel pintu, ventilator penyaman udara, kluster meter dan papan pemuka. Material papan pemuka berkualiti dan sedap dipegang. Pemain audio skrin sentuh dimuatkan dalam panel khas rekaan gentian karbon, dipanggil ‘cybercarbon’.

P1190148

P1190155      P1190150

Kemasan kerusi menggunakan material kulit kurang tekstur yang menampakkan imej kosong dan licin. Kerusi pemandu boleh dilaraskan menerusi tetapan 8-cara secara elektronik. Kabin baharu Altis jelas lebih ergonomik yang mana semua instrumen pemanduan seperti panel audio, penyaman udara, kluster meter dan konsol gear dipisahkan kepada zon khas berbentuk kubikel. Segalanya direka khas untuk mengurangkan gangguan terhadap pemanduan selain memudahkan pergerakan pemandu. Tidak perlu mengambil masa lama untuk memahami operasi dan fungsi dalam kabin.

Roda stereng ringkas dan membosankan walaupun dipenuhi ciri standard kawalan audio dan jelajah (cruise). Semua model dibekalkan pemain cakera padat (CD) tunggal dengan fungsi MP3, USB dan auksiliari yang bersambung kepada enam pembesar suara.

Ruang kabin luas, terutama bahagian penumpang belakang dengan tambahan 92mm ruang kelegaan kaki, sekali gus menjadikan keluasan Altis antara terbaik dalam kelas. Walaupun anjur belakang dikurangkan 25mm, but Altis masih mampu menawarkan tambahan ruang, yakni sebanyak 452L.

P1190146  P1190147  P1190152  P1190151

P1190157  P1190159  P1190160  P1190153

PRESTASI: Mantap di Selekoh

Atas jalan, Altis menawarkan pengalaman pemanduan dinamik dan masa sama menjanjikan penjimatan bahan api terbaik. Enjin empat silinder DOHC bersesaran 2.0L menghasilkan kuasa 143hp dan tork 187Nm, manakala varian 1.8 berkuasa 137hp dan tork 173Nm. Kedua-dua enjin menggunakan teknologi Pemasa Injap Variabel Duaan Pintar (Dual VVT-i) yang mana varian 2.0 ditambah Sistem Induksi Kawalan Akustik (ACIS).

Pembaharuan terkini model ini sudah tentu pengenalan kotak gear dengan teknologi Transmisi Variabel Berterusan (CVT) 7-kelajuan yang lebih kompak dan ringan berbanding transmisi versi automatik 4-kelajuan. Hasilnya, prestasi Altis kini lebih responsif dengan tahap penggunaan bahan api lebih ekonomi. Pengenalan pedal anjakan turut menambah daya penarik sedan ini untuk mendapatkan pengalaman pemanduan pantas dan sporty.

700_3948 2

700_3713      700_3882

Sistem suspensi turut dipertingkat berbanding model terdahulu. Walaupun masih menggunakan topang MacPherson di hadapan dan gandar kilas rasuk (torsi beam) di belakang, kedua-dua sistem suspensi itu ditala semula untuk supaya lebih tegap, tangkas dan selesa. Paduan absorber besar untuk kestabilan dan spring lembut dengan peredam belakang ditala semula nyata menambah baik keselesaan pemanduan.

Saya tidak pernah memandu model Toyota kategori massa yang menawarkan pengendalian sepintar ini. Jika dulu Corolla cuma terbaik dari segi kelasakan enjin dan penjimatan bahan api, tetapi kini melayan selekoh demi selekoh dalam jasad Altis begitu meyakinkan. Putaran stereng mampu dibuat pantas dan hala tayar patuh kepada arahan. Ya, pengendalian terbaik bukan hanya milik jentera kontinental lagi.

Walaupun bersaiz besar, penggunaan keluli tegangan tinggi untuk struktur badan mengurangkan berat kereta sebanyak 5.7kg tanpa mengetepikan aspek rigid badan. Sistem stereng kuasa dikalibrasi semula untuk meraih lebih kawalan, termasuk mengurangkan nisbah stereng, sekali gus menghasilkan pengendalian lebih jitu dan tajam.

Altis juga dilengkapi sistem keselamatan aktif membabitkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC) dan sensor undur. Ciri keselamatan pasif pula memuatkan dua beg udara (SRS), kerangka badan GOA, tali keledar 3-poin pra-tegangan dan ciri pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

KESIMPULAN

Berbanding pasaran segmen B kategori kereta bukan nasional yang saling bersaing antara Toyota dan Honda, sebaliknya pasaran segmen C lebih terbuka dan saingan lebih sengit. Justeru sukar menentukan di manakah posisi sebenar Altis di hati pembeli Malaysia.

Walaupun Altis boleh disifatkan sebagai sedan segmen C yang lengkap, tetapi apa yang dimiliki Altis sebenarnya turut ditawarkan pengeluar automobil lain. Malah, jenama kereta Korea, misalnya, menawarkan ciri lebih premium pada harga kompetitif dan dijangka bakal menguasai pasaran automotif tempatan pada dekad mendatang jika pengeluar Jepun gagal melakukan sesuatu.

Apa yang tinggal adalah jenama Corolla yang cukup disegani berdekad lama dan Altis masih tetap berbaloi dimiliki. – Azhan Othman

P1190165      P1190090

P1190161  P1190102  P1190101  P1190140

SPESIFIKASI
ENJIN 2.0L 3ZR-FE | 1.8L 2ZR-FE DOHC 16 Valve 4 silinder sebaris
TRANSMISI CVT dengan Anjakan Siri Sport 7-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 143hp@6,200rpm | 137@6,400rpm
TORK MAKSIMUM 187Nm@3,600rpm | 173@4,000rpm
CIRI 2 beg udara, ABS dengan EBD dan BA, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), kerangka badan GOA, ISOFIX
HARGA RM114,000 (1.8E), RM123,000 (2.0G), RM136,000 (2.0V)

 

Segmen C Toyota Toyota Corolla Altis 2014
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

08/02/2026
Toyota Pixis Van BEV
Kenderaan Elektrik (EV)

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

10/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.