• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Proton Iriz (2014)

PANDU UJI: Proton Iriz (2014)

November 10, 2014 By admin.pandulaju 3 Comments

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TIDAK sabar rasanya mahu pandu uji Proton Iriz setelah terlihat beberapa ‘gambar curi’ yang dimuat naik dalam beberapa blog permotoran tempatan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi.

Keterujaan itu makin menggila apabila dapat bertentang mata, apatah lagi menyentuhya. Bagaikan orang baru mula bercinta dan pertama kali memegang tangan. Itulah perasaan saya sebaik berjumpa dengan Proton Iriz.

Ya, saya akui agak teruja dapat berjumpa dengan Iriz sewaktu dalam satu sesi majlis tertutup pratonton bersama media di Pusat kecermelangan Proton (COE), Subang sebelum pelancarannya.

Perasaan tidak sabar terus memuncak apabila mendapat jemputan dari pihak Proton yang mengundang wakil-wakil media dalam satu sesi pandu uji ke Pulau-Pinang, baru-baru ini.

5D3_3239Sebelum mengulas lebih lanjut pengalaman saya sewaktu mengemudi 'si kecil' ini, apa kata saya ceritakan serba sedikit perihal Proton Iriz.

Dengan menelan pelaburan sekitar RM500 juta, Iriz mula dibangunkan pada 2010 .Ia memakan masa hampir empat tahun sebelum betul-betul bersedia menemui peminatnya.

Model kompak segmen B itu ditawarkan dalam lapan varian kepada pengguna; 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive MT, 1.3 Executive CVT, 1.6 Executive MT, 1.6 Executive CVT, 1.6 Premium MT dan 1.6 Premium CVT. Perbezaan antara kesemua varian ini adalah spesifikasi dan kuasa. Dari segi rekabentuk dan keluasan adalah sama.

Varian 1.3L mampu menghamburkan kuasa sebanyak 94hp pada 5,750rpm dan tork setinggi 120Nm@4,000rpm. Manakala bagi varian 1.6L pula mampu menghasilkan kuasa 107hp pada 5,750rpm dan tork puncak 150Nm (4,000rpm). Tambah menarik, ia menawarkan tujuh pilihan warna menarik buat pengguna dengan kehadiran dua warna baharu iaitu Lime Gree dan Moon Dust Silver.

LUARAN - Mengiurkan

Sejujurnya Iriz memiliki rekabentuk mengiurkan. Saya sememangnya sukakan rekabentuk kereta ini tetapi tidaklah sampai terbawa-bawa dalam tidur. Iriz dilihat sebagai usaha Proton untuk membuka bibit-bibit cinta baru dengan peminatnya, seiring DNA inovasi dan prestijnya yang tersendiri.

P1230677P1230703    P1230698

Pandu Uji Proton IrizP1230829  P1230699  P1230705  P1230707

Sekilas pandang, Iriz direka khas buat mereka yang mencari kelainan dengan rekabentuk menarik dan berstandard tinggi berdasarkan dua konsep utama iaitu kreatif dan teknologi.

Lihat saja dari setiap sudut, boleh dirumuskan tiada cacat cela ditemui kerana rekaannya cukup sempurna terutama dari pandangan hadapan dan belakang. Ibarat gadis kampung baru naik dari mandi di sungai sambil berkemban kain basahan – sungguh menggiurkan.

Pandu Uji Proton IrizPandu Uji Proton Iriz    Pandu Uji Proton IrizPandu Uji Proton IrizDALAMAN - Material Premium 

Memasuki ruang kabin, kombinasi material premium warna gelap memenuhi segenap ruang kabin selain pandangan lebih luas pada cermin hadapan. Papan pemuka tampak premium dan berkualiti walaupun hanya menggunakan material plastik.Untuk bahagian dalaman, saya tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan Proton sudah mementingkan aspek kualiti pada Iriz.Pandu Uji Proton IrizPandu Uji Proton Iriz    Pandu Uji Proton IrizPandu Uji Proton Iriz

PEMANDUAN - Jelajah Pulau Pinang

Berbalik kepada pengalaman pemanduan, 20 unit Iriz disediakan buat rakan-rakan media di mana ia terdiri daripada varian 1.3 Executive MT dan 1.6 Executive Transmisi Pemboleh Ubah Berterusan (CVT).

Pandu Uji Proton IrizBermula dari COE menuju ke Gopeng, Perak, saya bersama seorang lagi rakan media diberikan varian 1.6 Executive CVT. Untuk makluman, kami diberi tugasan iaitu cabaran ECO yang memerlukan kami mendapatkan penggunaan terbaik dalam penjimatan bahan api. Atas kertas, Iriz adalah model pertama Proton yang mencapai penggunaan bahan api di bawah 7L bagi setiap 100km. Di sini, kami perlu menguji dakwaan itu.

Sepanjang perjalanan ke Gopeng, tidak banyak dapat saya rumuskan memandangkan kami sedang menguji penjimatan bahan api Iriz. Apa yang boleh dikatakan, Iriz tidak banyak ragam sewaktu memandu dalam keadaan santai. Hasilnya, kami berjaya mencatatkan penggunaan bahan api serendah 6.5L bagi setiap 100km. Jimat?

Selepas cabaran ECO, kami teruskan perjalanan menuju ke Pulau Pinang. Masih lagi memandu varian 1.6 Executive CVT, ini adalah peluang terbaik menguji kehebatan sebenar si kecil itu.

Pandu Uji Proton IrizPandu Uji Proton Iriz    Pandu Uji Proton IrizPandu Uji Proton IrizMemasuki lalu lebuhraya, saya cuba mengerah keseluruhan tenaga Iriz untuk mendapatkan kepuasan maksimum. Keputusan Proton yang masih mengekalkan penggunaan kotak gear jenis CVT (sama seperti Saga FLX - saya adalah pemilih Saga FLX) dilihat agak hambar dan tidak bekerja dengan baik.

Maksudnya, ia masih menghasilkan ngauman yang agak bising terutamanya ketika mahukan kuasa tambahan dengan menekal pedal secara maksimum. Biarpun ia sudah ditambah baik, namun ia masih tidak mendatangkan hasil lebih baik.

Bagi saya, penggunaan kotak gear CVT yang sama mungkin masih belum bersedia dan talaan yang dibuat pada Iriz belum lagi dapat memberi keyakinan. Rakan-rakan media yang menyertai sesi pandu uji itu turut berpandangan sama berkaitan kotak gear CVT Proton.

Pandu Uji Proton IrizBerbanding unit enjin yang dibangunkan oleh Nissan atau Honda, ia mampu menghasilkan kotak gear CVT yang jauh lebih senyap. Jika mereka boleh, mengapa masih berlaku pada Proton. Mungkin ada sesuatu yang perlu dilakukan Proton supaya ia dapat diatasi segera.

Kualiti ruang dalam kabin dengan pakej kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) juga perlu dikaji semula. Sebagai penyelesaian, jurutera Proton berjanji akan menambah baik segala kelemahan yang ada menerusi penambahbaikan struktur rigid cagak (mounting).

MANUAL LEBIH FIIL

Berlainan pula dengan varian 1.3 Executive Manual, ia memberi fiil lebih menyeronokkan. Mengemudi varian manual adalah lebih seronok. Walaupun ramai pengguna lebih suka varian automatik berbanding manual, untuk Iriz saya lebih suka yang manual. Ini kerana sebaik memasuki lebuhraya, kuasa yang disampaikan melalui dua roda hadapan selepas melepaskan klac dapat dirasai. Memang cool.

Pandu Uji Proton IrizDengan mudah, jarum meter mencecah 80kmj tanpa banyak karenah, apatah lagi mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 170kmj. Sama ada semasa memintas kenderaan, mendaki bukit atau memecut laju pada jalan lurus, kuasa dihamburkan tidak mengecewakan. Iriz tidak mempunyai masalah untuk hadapi semua itu dan boleh dianggap membanggakan. Gear dan klac sedap-sedap sahaja, tidak begitu keras dan tidak begitu lembut. Kata orang, ngam-ngam ho. Bukan mahu memuji, tapi itulah hakikatnya.

Jika anda pemandu agresif, pilih saja transmisi manual. Untuk pemanduan santai, varian CVT boleh dijadikan pilihan. Transmisi CVT bukannya tidak bagus, tapi jika dapat ditambahbaik lagi menjadikan ia lebih baik, sudah tentu Iriz akan 'Perfect'.

BERBALOI?

Proton Iriz dijual pada harga serendah Rm42,438 hingga RM62,888 seunit. Melihat pada harga ditawarkan, mungkin ada di antara kita menganggapnya sedikit mahal. Namun anda perlu tahu apa yang Proton berikan pada anda dengan harga tawarkan.

Pandu Uji Proton IrizPersoalannya: Adakah Proton mampu kembali ke zaman kegemilangannya menerusi pengenalan model kompak ini?

Mungkin ramai yang masih skeptikal terhadap kualitinya. Jika ditanya kepada saya, ia adalah satu cabaran yang besar buat Proton bagi mengembalikan semula kepercayaan pengguna terhadap jenama Proton.

Perkara penting yang perlu diberikan keutamaan Proton adalah perkhidmatan selepas jualan. Kalau kereta 'power' tapi servis masih kurang memuaskan, ia masih tidak mencukupi. Apa yang pengguna harapkan adalah produk Proton haruslah berkualiti seiring dengan perkhidmatan selepas jualan.

Diharapkan hasil titik peluh jurutera Proton selama empat tahun ini berbaloi dan mampu menjadikan model terbaharunya melonjak seperti waktu zaman kegemilangan Proton terdahulu.

Pandu Uji Proton IrizSaya yakin Iriz mampu mengubah persepsi umum mengenai kenderaan nasional itu yang nampaknya bersungguh-sungguh mahu bersaing dengan model ternama lain.

Yang pasti, Iriz bakal bersaing dengan model pesaingnya seperti Perodua Myvi, Kia Picanto, Hyundai i10 dan Ford Fiesta. Jika anda berkenan, apa kata pandu uji dahulu sebelum membuat penilaian.5D3_1748

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Baby baru Proton, Iriz 1.3 Executive CVT, Iriz 1.3 Executive MT, Iriz 1.3 Standard CVT, iriz 1.3 Standard MT, Iriz 1.6 Executive CVT, iriz 1.6 Executive MT, Iriz 1.6 Premium CVT, Iriz 1.6 Premium MT, Iriz jelajah Pulau Pinang, Pandu uji Proton Iriz, PROTON Holding Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev