Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mini Cooper S Amplified, Kecil Tapi Jahat!!!
Pandu Uji

#PanduUji: Mini Cooper S Amplified, Kecil Tapi Jahat!!!

Abang GYLBy Abang GYL21/06/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
KECIL tapi jahat! Inilah gambaran saya sebaik pandu uji Mini Cooper S Amplified buat kali pertama.  Ya, jangan sesekali pandang rendah dengan saiznya. Sebaliknya, jentera yang saya pandu uji kali ini sememangnya jahat dan liar.

Jahat dan liar yang saya maksudkan ialah karakternya. Rekaan tampak kecil, tapi hakikatnya ia ialah entera yang sangat berkuasa dan liar. Sekali pedal ditekan, sedar-sedar meter sudah berada di kelajuan 180kmj. Setakat nak dapat 200kmj, celah gigi ja.

Direka untuk individu yang inginkan kenderaan lebih bergaya dan sporty, jentera yang dibina daripada model Mini Cooper S 3 Pintu diberikan sentuhan khas bagi menjadikan ia lebih sempurna serta bertenaga.

Sejujurnya saya tidak dapat membayangkan bagaimana rupa bentuk model ini ketika menerima panggilan dari pihak BMW Malaysia yang menyatakan mahu memberikan unit pandu uji itu. Dalam hati kecil saya berkata, model apa Amplified ni. Macam tak pernah dengar je 🙂

Sehinggalah pertama kali bertentang mata dengannya, tanpa segan silu saya mengaku sudah jatuh cinta dengan Mini Cooper S Amplified sebaik saja menghidupkan butang penghidup enjin. Mana tidaknya, deruman enjin turbo dihasilkan membuatkan saya tidak sabar mahu melenjannya.

Sepanjang lima hari bersama Mini Cooper S Amplified, ini ialah pandangan saya mengenainya;

Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia

REKAAN SPORTY & MENGGIURKAN

Jentera ini sebenarnya dilengkapi dengan kit John Cooper Works Aerodynamic. Dari segi rekaan, ia tampak garang dan sporty dengan kehadiran spoiler belakang, gril berwarna hitam (Piano Black) serta lampu LED nyalaan siang. Lebih menarik, ia juga dipadankan rekaan jalur perlumbaan selain kehadiran rim John Cooper Works Track (Black Spoke) bersaiz 17 inci.

Pandu Uji Mini Cooper S Amplified MalaysiaDALAM MEWAH & GARANG

Ruang dalaman pula menampilkan tempat duduk perlumbaan John Cooper Works bersama perehat kepala dibaluti dengan kulit Alcantara. Keseluruhan ruang dalaman dihiasi dengan dua tona warna iaitu merah dan hitam.

Hasil padanan kedua-dua warna ini, ia menjadikan Mini Cooper S Amplified tampak lebih eksklusif dan garang. Begitu juga dengan stereng, tuil gear dan papan pemuka yang dibaluti kulit bersama jahitan benang berwarna merah.

Turut tidak dilupakan ialah keluasan dalam kabin. Biarpun hanya 3-pintu, kerusi pada bahagian belakang sesuai untuk orang dewasa. Walapun nampak kecil, sebenarnya ia mampu menempatkan dua dewasa di belakang. Dengan berat bada sekitar 100kg dan memiliki ketinggian 172cm, saya langsung tidak menghadapi sebarang masalah apabila duduk di kerusi belakang walaupun bagi perjalanan jauh.

Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia

INI BETUL-BETUL JAHAT

Aspek mekanikal pula, saya berani katanya Mini Cooper S Amplified ini memiliki kuasa lebih daripada mencukupi. Dengan saiz badan kecil molek, ia menawarkan 211hp bersama tork 300Nm.

Hasil bantuan kotak gear Sport automatik 6-kelajuan dengan kit Talaan John Cooper Works, pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas kurang dari 6.7 saat dengan pecutan maksimum 233kmj.

Tapi hasil ujian saya sepanjang pandu uji ini, Mini Cooper S Amplified sebenarnya boleh pecut lebih daripada itu. Seperti saya katakan tadi, setakat 240kmj atau 250kmj langsung tak ada masalah. Tanpa perlu bekerja keras, ia mampu melakukannya dengan mudah.

Jika anda inginkan pecutan lebih berkuasa, tukarkan saja kepada mod Sport. Harus ingat, ia akan bertambah liar apabila anda menggunakan mod pemanduan Sport. Saya boleh katakan bukan semua orang sesuai menggunakan mod pemanduan itu kerana ianya terlalu berkuasa dan liar. Hanya pemandu yang berpengalaman saja boleh mengawalnya.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | BMW M5 Serba Baharu Kini di Malaysia, RM942,759!

Pandu Uji Mini Cooper S Amplified MalaysiaLAGI LIAR DENGAN LETUPAN TURBO

Tidak berhenti setakat itu, anda akan ditemani dengan bunyi letupan turbo di ekzos saat menekan pedal minyak untuk melunjur laju. Apa yang menarik, anda hanya perlu menekan dua kali pada butang Kawalan jauh Bluetooth John Cooper Works.

Lebih mengejutkan saya, saiz alat kawalan jauh ekzos John Cooper Works yang kecil ini mampu menukar karater asal jentera ini menjadi luar biasa hanya menekan butang.

Selagi tak dengar bunyi letupan turbo, selagi itu saya tidak akan puas hati. Bukan nak berlagak, tapi inilah keseronokkan sepanjang saya memandu uji Mini Cooper S Amplified.

Biarpun memandu pada kelajuan agak tinggi, ia langsung tidak bergoyang. Begitu juga saat mengambil selekoh. Olengan badan sangat sempurna dan ia mampu dikawal dengan mudah. Malah, saya bertambah seronok kerana ibarat sedang memandu Go-kart.

Bukan saja di kawasan lebuh raya, saya juga sudah memandu ujinya di jalan-jalan kampung. Kadangnya, saya sengaja langgar lubang (dalam kelajuan perlahan). Bukan apa, saja nak dapat feel lebih seronok. Dari segi suspensi, ia agak keras, Tapi, saya langsung tak rasa ia satu masalah kerana bersesuaian dengan wataknya yang ganas. Biasa la, kereta lumba mana ada pakai suspensi lembutkan.

Tetapi jika mahukan lebih keseronokkan, beraksi saja dalam litar. Saya yakin ia lebih baik tanpa membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
Pandu Uji Mini Cooper S Amplified Malaysia
enjin Mini Cooper S Amplified Malaysia
ekzos Mini Cooper S Amplified Malaysia

HARGA RM234K SAHAJA

Tanpa GST, Mini Cooper S Amplified kini dijual pada harga RM234,841. Sejujurnya jika berkemampuan, tanpa ragu-ragu saya akan pilih jentera ini. Mana tidaknya, sampaikan dua kali saya isi minyak dek keseronokkan memandu dan rasa tak mahu pulangkan unit pandu uji ini pun ada 🙂

Bagi anda yang inginkan jentera yang kecil, molek, jahat, liar dan berkuasa, Mini Cooper S Amplified ialah pilihan paling tepat. Saya yakin, anda pasti tidak akan menyesal. Waranti pula, Mini Cooper S Amplified didatangkan dengan jaminan selama empat tahun tanpa had perbatuan bersama servis berjadual secara percuma.

Tunggu apa lagi, pergi pandu uji sekarang. Kalau dah berkenan, letak deposit terus.

BACA >>> Model BMW dan MINI Malaysia Kini Sifar GST, Jimat Sampai RM20k!

GALERI

Mini Cooper S Amplified Malaysia

harga Mini Cooper S Amplified Mini Cooper S Amplified Mini Cooper S Amplified malaysia Mini Cooper S Amplified test drive pandu uji Mini Cooper S Amplified
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
Pandu Uji

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.