Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Mazda CX-3 Memberahikan
Pandu Uji

PANDU UJI: Mazda CX-3 Memberahikan

Abang GYLBy Abang GYL24/07/20164 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda CX-3 TIDAK sabar rasanya mahu pandu uji Mazda CX-3. Perasaan bertambah cemburu apabila ramai rakan media permotoran menyatakan keseronokan mengemudi jentera ini.

Setelah agak lama menanti, akhirnya saya diberi peluang ‘melenjan’ model crossover yang meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV. Saya akui jenama Mazda kembali melonjak selepas pengenalan teknologi ini.

Mazda CX-3Bermula Mazda CX-5 dan diikuti Mazda2, Mazda3, Mazda6 serta MX-5, kesemuanya memiliki aura yang kuat sehingga mampu menambat hati orang melihatnya.

Sebaik saja menerima kunci, perkara pertama yang saya buat adalah berpusing mengelilingi model crossover ini. Bukan apa, saja lepas geram tengok desain model ini.

Mazda CX-3LUARAN

Orang selalu kata, merah itu seksi. Ya, memang betul. Padanan baju merah CX-3 mampu membuatkan sesiapa saja terpesona melihatnya. Dari jauh sudah dapat melihat keanggunannya.

Sama seperti model Mazda lain, rekaan CX-3 cuba mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO Soul of Motion’ yang menggabungkan tiga prinsip asas rekaan; iaitu kelajuan, ketegangan dan kehalusan.

Dari depan, rekaan gril latar hitam dengan kemasan jalur krom meningkatkan impak anggun dan penuh gaya.

Mazda CX-3 Mazda CX-3 Mazda CX-3 Mazda CX-3
Ia memiliki fizikal agresif, seksi dan elegan selain dilengkapi teknologi baru. Penampilan luaran diserlahkan lagi dengan kehadiran rim aloi bersaiz 18-inci. Dari segi saiz, ia tampak sedikit kecil berbanding ‘abangnya’ Mazda CX-5.

BACA >>> Pandu Uji Mazda CX-5 (2014)

Mazda CX-3DALAMAN

Kabin tidak banyak beza dengan model SKYACTIV lain. Susunan rekaan dalaman tampak ringkas dan padat dengan pelbagai ciri teknologi terkini. Jika perhatikan dengan teliti, rekaan dalaman yang ditampilkan hampir sama seperti Mazda2.

Konsol tengah didatangkan bersama sistem audio MZD Connet dengan skrin sentuh 7-inci yang memaparkan pelbagai info pemanduan.

Mazda CX-3 Mazda CX-3
Saat memandu dalam kesesakan mahupun memecut di lebuh raya, saya boleh mengawal sistem audio menerusi tombol di bahagian tengah dengan senang.

Lebih memudahkan saya adalah paparan dongak atau head-up display (HUD) yang terletak di atas panel meter yang memaparkan pelbagai maklumat penting seperti kelajuan tanpa perlu mengalih fokus ke atas jalan raya.

Antara ciri lain ialah sistem kemasukan tanpa kunci, kerusi dibaluti kulit, kamera undur, sistem penghawa dingin automatik dan i-Stop.

Cuma, saya rasa sedikit sempit apabila duduk di belakang. Jika di kerusi pemandu, langsung tidak menjadi masalah.

Mazda CX-3PRESTASI

Aspek prestasi, CX-3 dijana unit enjin SKYACTIV-G bersesaran 2.0L. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 154hp pada 6,000rpm dan tork 204Nm (2,800rpm).

Mazda CX-3PANDU UJI

Mazda CX-3 hanya ditawarkan dalam satu varian iaitu 2.0L 2WD. Varian AWD tidak akan dibawa masuk memandangkan harganya yang terlalu mahal.

Sepanjang memandu uji selama tiga hari, CX-3 bekerja dengan baik. Rasanya agak sukar saya mencari kelemahan model SUV kompak ini baik dari aspek prestasi mahupun kecekapan bahan api. Kuasa yang dihamburkan tidak mengecewakan dan bertindak responsif walaupun ketika memotong kenderaan.

Mazda CX-3 Mazda CX-3
Lebih menyeronokkan, mod SPORT yang disediakan cukup memberahikan. Sebaik saja pedal minyak ditekan, enjin bertindak pantas dan penukaran gear dapat dilakukan dengan sempurna. Pengendalian stereng dan suspensi pula cukup meyakinkan. Bak kata orang cina, ‘ngam-ngam ho’.

Penggunaan bahan api boleh dianggap menjimatkan. Selepas perjalanan lebih daripada 600km, bahan api CX-3 mencatatkan penggunaan 8.3L per 100km.

Sudah tentu bagi enjin 2.0L dianggap menjimatkan. Malah, keputusan diperoleh selepas memandu laju di lebuh raya pada kelajuan 170kmj menggunakan mod SPORT dan di kawasan bandar.

Baiklah, kalau kereta sudah hebat, berapa pula harganya? Harga jualan CX-3 agak tinggi jika dibandingkan dengan pesaing llain, iaitu RM135,082.99 (termasuk GST dan insurans).

PESAING

  • Honda HR-V – RM118,228.50 (varian tertinggi)
  • Mitsubishi ASX – RM116,000
  • Peugeot 2008 – RM119,888

Mazda CX-3Melihat perbezaan harga antara Mazda CX-3 dan pesaing lain, mungkin anda katakan mahal.

Tetapi harus tahu, Mazda CX-3 ialah model import penuh (CBU) dari Kilang Mazda Ujina, Hiroshima, Jepun manakala model pesaing lain seperti Mitsubishi ASX dan Honda HR-V adalah model pemasangan tempatan (CKD).

Bagaimanapun, Bermaz Motor bercadang membina CX-3 CKD di kilang Inokom, Kulim, Kedah bergantung kepada permintaan. Harap-harap CX-3 dapat dipasang di Malaysia supaya harga dapat dikurangkan.

Secara peribadi, Mazda CX-3 ialah model cukup sempurna untuk dipandu. Jika harga dapat dikurangkan lagi, ia mungkin mendapat sambutan baik. Mari sama-sama kita nanti model CKD CX-3.

Mazda CX-3SPESIFIKASI

Mazda CX-3 CBU
ENJIN SKYACTIV-G bersesaran 2.0L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE
KUASA MAX 154hp @ 6,000rpm
TORK MAX 204Nm @ 2,800rpm
KAPASITI TANGKI 48L
HARGA RM135,082.99 (termasuk GST dan insurans)

Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
Mazda CX-3
bermaz Motor CBU Crossover Mazda CX-3 Mazda CX-5 Pandu uji skyactiv
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.