Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Hyundai Tucson Executive, Rupa Maskulin dengan Ciri Keselamatan Lengkap
Pandu Uji

#PanduUji: Hyundai Tucson Executive, Rupa Maskulin dengan Ciri Keselamatan Lengkap

Abang GYLBy Abang GYL26/05/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu-uji-hyundai-tucson-executive
SEMASA pandu uji Hyundai Tucson baru-baru ini, ramai bertanya kepada saya, apakah keistimewaannya? Best ke bawa?

Jawapan saya mudah, not bad. Luar menarik dan dalam sempoi. Untuk makluman, Hyundai Tucson generasi ke-3 dilancarkan pada penghujung tahun lalu. Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu ini ditawarkan dalam dua varian berbeza, Elegance dan Executive. Sepanjang memandu uji Hyundai Tucson Executive selama empat hari, saya dapat simpulkan beberapa kelebihan dan kelemahan. Ikuti pengalaman pemanduan saya sepanjang mengemudi SUV baharu ini.

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive

REKABENTUK

Berbanding versi terdahulu, Hyundai Tucson baharu ini tampak lebih maskulin dan mantap. Sama seperti model Hyundai lain, Tucson masih menggunakan konsep rekaan  Arca Bendalir 2.0 (Fluidic Sculpture 2.0) yang menjadikan ia tampak menarik dan ‘jantan’. Dari pandangan hadapan, Tucson didatangkan dengan gril radiator lebar bersama lampu LED siang, manakala lampu belakang direka supaya tampak elegan dan sporty.

Pandu Uji Hyundai Tucson_Pandulajudotcomdotmy (2)

DALAMAN

Ruang kabin mewah dengan material dalaman berkualiti yang setanding pesaing lain dalam kelas sama. Tempat duduk pula boleh dinaiktaraf kepada warna berbeza mengikut kehendak pembeli. Kemasan tempat duduk standard berwarna hitam dan pembeli boleh memilih sama ada warna putih atau merah.

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive

APA YANG MENARIK?

Saya tertarik dengan sistem infotainment skrin sesentuh yang hadir bersama perisian Android. Bukan saja dengar lagu, saya juga boleh melayari internet, buka YouTube, Waze, main games dan banyak lagi. Senang kata, cirinya sama macam telefon pintar. Macam-macam ada!

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive

PRESTASI

Sejujurnya, saya mengharapkan Tucson baharu ini akan hadir dengan enjin turbo. Malangnya, masih mengekalkan unit enjin sama, iaitu NU MPI bersesaran 2.0L dengan pacuan dua roda hadapan (2WD). Enjin suntikan terus dengan 4-silinder itu dipadankan transmisi 6-kelajuan automatik Shiftronic yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 153hp pada 6,200rpm dan tork puncak 192Nm (4,000rpm).

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive

PEMANDUAN

Seperti saya katakan, jika enjin turbo ia pasti akan jadi lebih dramatik. Enjin NU MPI 2.0 pada Tucson baharu ini terasa kurang power. Jika mahu memotong kenderaan, enjin perlu bekerja lebih keras. Enjin juga terasa sedikit mengaum apabila pedal minyak diinjak agresif, tetapi untuk pemanduan santai memang menyeronokkan. Olengan badan juga terasa sedikit goyang apabila melalui jalan berbukit dan berliku, tetapi masih under control. Namun, pusingan radius lebih baik berbanding pesaingnya.

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive

PANDANGAN PERIBADI

Secara peribadi, saya merasakan Hyundai Tucson perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dengan jenama lain. Jika dibandingkan, saya yakin ramai kalangan pembeli akan cenderung memilih jenama Jepun. Namun, saya yakin Hyundai Tucson mampu memikat hati umum berdasarkan kualiti dimiliki. Memang terbaik dan puas hati. Begitu juga ciri keselamatan yang tip top!

Jika Hyundai Malaysia dapat tawarkan pakej lebih menarik seperti penyenggaraan percuma, SUV ini mungkin dapat membuka mata ramai bakal pembeli. Bagi anda yang tercari-cari model SUV, apa kata anda pertimbangkan Hyundai Tucson baharu ini. Pandu uji dahulu dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive

SPESIFIKASI

HYUNDAI TUCSON 2.0 EXECUTIVE
ENJIN NU MPI bersesaran 2.0L bersama pacuan dua roda hadapan
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAX 153hp @ 6,200rpm
TORK MAX 192Nm @ 4,000rpm
CIRI KESELAMATAN 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Mula Mendaki (HAC), Kawalan Brek Menurun (DBC) dan Sistem Bantuan Brek (BAS)
HARGA RM142,632
JAMINAN 5 tahun atau 300,000 km (mana sampai dahulu)

Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Pandu Uji Hyundai Tucson Executive
Hyundai Malaysia Hyundai Tucson Hyundai Tucson Executive Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Pandu uji Hyundai Tucson Pandu Uji Hyundai Tucson Executive SUV
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    15/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.