Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pandu Uji Atas Trek + Foto Teaser: Proton Saga 2016 Siap Siaga Turun Jalan!
Auto Terkini

Pandu Uji Atas Trek + Foto Teaser: Proton Saga 2016 Siap Siaga Turun Jalan!

Han OthmanBy Han Othman24/09/20162 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton-saga-2016-bg

TEMPOH berkurung sudah tamat! Kini tiada apa lagi yang misteri tentang Proton Saga 2016 yang bakal dilancarkan pada 28 September, Rabu ini. Sekarang anda boleh melihat beberapa foto teaser Proton Saga 2016 yang jelas dan terang, termasuk maklumat mengenai fitur, varian, spesifikasi, warna dan harga.

Malah, kelmarin (Khamis) kami turut diundang untuk memandu uji model legenda ini dalam litar ujian khas di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam. Ada banyak perubahan menarik dan mengujakan ditampilkan Proton Saga 2016 yang pastinya membanggakan peminat automotif tempatan.

Nak tahu apa?

ciri-proton-saga-2016

VARIAN

  • Standard
  • Executive
  • Premium

FITUR UTAMA

STANDARD

  • 1.3L VVT
  • Bantuan Pemanduan Eco (5.4L/100km)
  • Rim 13″
  • Lampu Kabus Belakang
  • Sensor kKeliling
  • Ruang But 420L
  • Sambungan Bluetooth
  • 2 Pengecaj USB Belakang
  • Ketinggian Kerusi Pemandu Boleh Laras
  • Kerusi Belakang Boleh Lipat
  • Stereng Boleh Laras
  • 2 Beg Udara

EXECUTIVE

  • ABS dengan EBD
  • Rim Aloi 14″
  • Spoiler Belakang
  • Lampu Kabus Depan
  • 4 Pembesar Suara
  • Hendal Pintu – Warna Badan
  • Kemasan Belakang – Warna Badan
  • Bantuan Brek (BA)
  • Poket di Kerusi Belakang
  • Cermin Sisi Kawalan Elektrik

PREMIUM

  • Radio 2 DIN
  • Rim Aloi 15″
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Traksi (TRC)
  • Bantuan Daki Bukit (HHA)
  • Suis Audio di Stereng
  • Kamera Undur
  • Cermin Gelap
  • Kemasan Belakang – Krom

BACA>>> Papan Pemuka Proton Saga 2016 Lebih Awesome

WARNA

  • Cotton White (putih)
  • Fire Red (merah)
  • Sterling Silver (perak)
  • Metal Grey (kelabu)
  • Topaz Blue (biru)
  • Midnight Black (hitam)

HARGA (Semenanjung; Malaysia Timur)

  • 1.3 Standard MT – RM37,800; RM39,800
  • 1.3 Standard CVT – RM40,800; RM42,800
  • 1.3 Executive CVT – RM43,800; RM45,800
  • 1.3 Premium CVT – RM46,800; RM48,800

PEMANDUAN SEKILAS UJI

Kami di PanduLaju termasuk rakan media permotoran lain dijemput Proton ke satu sesi pandu uji di trek khas dalam Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam. Pandu Uji dilakukan lebih menyentuh perihal kuasa, pecutan, dan pengendalian kerana sesi ujian dibuat atas trek lurus dan sendeng sahaja. Kami juga berpeluang melihat dari dekat, sekali gus mengenal pasti kualiti dalaman kabin dan luaran kereta.

Ini bukan pandu uji lengkap kerana cuma atas trek, tetapi siapa pula berani melenjan kereta kaw-kaw atas jalan raya sebenar. Silap hari bulan dapat surat saman, kalau tidak pun menempah katil di hospital. Seperti kami maklumkan di atas, pandu uji atas trek cukup realistik untuk memberikan gambaran awal tentang prestasi enjin Proton Saga 2016.

PENGENDALIAN DNA PROTON

Apa lagi mahu dikatakan, hal ini memang patut diberitahu terlebih dahulu. Apa saja keburukan Proton jika ada atau sengaja diada-adakan, anda patut mengaku bahawa Proton Saga 2016 menawarkan kehebatan pengendalian terbaik dalam kelasnya. Itupun jika anda jujur dengan perasaan dan tidak dibuai kenangan silam. Malah kualiti pengendalian kereta ini menyamai model-model kereta lain dalam kelas atasan. Ingat, Proton Saga 2016 ialah kereta segmen-A kategori marhaen yang rasanya tidak perlu kami sebutkan lagi pesaingnya.

Proton Saga 2016 sentiasa tepat dan tajam di selekoh. Membelok dalam kelajuan tinggi tidak mudah membuatkan anda gemuruh dan lemah jantung. Segalanya dalam kawalan dan meyakinkan. Ini ciri yang amat penting untuk pemanduan selamat, terutama ketika meredah jalan raya lapang dengan pecutan maksimum.

KESENYAPAN DALAM KABIN

Tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH dipertingkatkan, di mana Proton mengurangkan jumlah cagakan (mounting) 4-poin kepada 3-poin. Jadi, tidak banyak kawasan mengalami gegaran bukan-bukan. Deruman enjin masih meresap dalam kabin (ini bukan kereta elektrik ok), tetapi kebisingan berada pada tahap minimum dan tidak menyebabkan anda rasa sakit hati, tambahan lagi ketika mendesak pedal minyak secara drastik untuk mendapatkan hantaran kuasa pantas.

ENJIN LEBIH DIAM, BERPRESTASI

Selain pengurangan mounting, khabarnya, Proton turut menala semula kotak gear Saga 2016 supaya lebih senyap dan pada masa sama tidak mengurangkan kelancaran dan hantaran kuasa. Hasilnya, Proton Saga 2016 memiliki lebih kuasa kuda dan tork berbanding model terdahulu.

Masalah lengah dihadapi kotak gear terdahulu yang terhegeh-hegeh ketika mahu memotong atau bergerak daripada situasi perlahan kepada laju kini ditangani dengan baik. Jika anda pemilik Saga lama, anda tentu pernah mengalami situasi enjin mengaum dan lambat pikap ketika melajukan kenderaan selepas bergerak perlahan melepasi bonggol jalan. Ya, tiada lagi situasi sama. Enjin Proton Saga tidak lagi menjerit tidak tentu hala seperti harimau buas yang digari dalam kandang zoo.

KUALITI & PERSEMBAHAN DIPERTINGKAT

Masih menggunakan platform Saga lama (BLM-FLX), kualiti dan persembahan Proton Saga 2016 diperkemaskan dengan baik. Walaupun kurang dramatik dan tampil dengan rekabentuk minimalis, tetapi tata letak panel utama tengah di papan pemuka diatur dengan seragam. Bermula dengan corong penyaman udara yang ‘dikotakkan’ di kedudukan paling atas, disusuli pemain audio, butang kawalan, suis penyaman udara dan soket kuasa + pengecaj USB.

Butang kawalan (bawah pemain audio) seperti lampu kabus (depan dan belakang), amaran bahaya, amaran proksimiti, ESC, kunci pintu dan nyahkabus disusun sebaris. Pemilihan pemain audio juga patut dipuji yang datang dengan warna gelap dan set punat kemas. Panel utama Proton Saga 2016 tidak lagi nampak longgar atau kosong seperti model terdahulu.

Stereng menggunapakai rekabentuk Proton Preve. Agak mengecewakan kerana kami mengharapkan Proton Saga baharu ini tampil dengan stereng yang direka khas. Apapun, sekurang-kurangnya lebih cantik berbanding rekabentuk lama, terutama penampilan lambang Proton di tengah stereng yang menyerlahkan ciri eksklusif sedan  ini.

PRAKTIKALITI

Kami dimaklumkan, saiz Proton Saga 2016 lebih panjang berbanding model terdahulu, sekali gus memberikan ekstra ruang but dan kelegaan kaki. Malah, tempat duduk belakang boleh dilipat untuk mendapatkan tambahan ruang. Lebar kereta pula masih sama, termasuk jarak roda, manakala ketinggian lebih rendah.

Ruang pemegang cawan lengkap di kiri-kanan pintu depan dan belakang, serta konsol tengah. Belakang kerusi hadapan ‘dikorek’ supaya tampak tipis. Bukan disengajakan, tetapi dilakukan untuk memberikan lebih ruang kelegaan kaki untuk penumpang belakang.

Sebenarnya, panjang lagi mahu menulis tentang Proton Saga 2016, tetapi rasanya cukup dahulu setakat ini. Kita tunggu pula sesi pandu uji rasmi daripada Proton pula nanti. Amacam? Jeng jeng jeng…


GALERI

PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
Proton Saga 2016
PanduLaju.com.my
PanduLaju.com.my
Pandu uji pandu uji Proton Saga 2016 Proton Saga 2016 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026

2 Comments

  1. Sangsaka on 27/09/2016 22:17

    Design dah ok..tp standard takde abs ebd???…gilaaa

    Reply
  2. VEELAN on 14/04/2020 08:59

    Standard cvt boleh pasang tak ABS EBD ??

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.