• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Papan Pemuka Proton Saga 2016 Lebih Awesome

Papan Pemuka Proton Saga 2016 Lebih Awesome

September 24, 2016 By Abang GYL 2 Comments

915
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

papan pemuka proton saga 2016TAHUKAH anda, Proton Saga 2016 menerima papan pemuka baharu dengan menampilkan rekaan yang lebih menarik dan minimalis.

Bakal dilancarkan secara rasmi 28 September depan, tata letak panel utama tengah di papan pemuka diatur dengan seragam. Melihat secara terperinci, papan pemuka yang baharu ini tampak lebih berkualiti berbanding model sebelumnya.

Bermula dengan corong penyaman udara yang ‘dikotakkan’ di kedudukan paling atas, disusuli pemain audio, butang kawalan, suis penyaman udara dan soket kuasa + pengecaj USB.

Ruangan stereng juga baharu di mana ia diambil daripada model Proton Preve. Bagaimanapun, suis penyaman udara masih kekal sama seperti model Saga generasi ke-2.

Proton Saga 20164 VARIAN

Proton Saga 2016 bakal menampilkan empat varian iaitu;

  • Proton Saga 1.3 Standard Manual
  • Proton Saga 1.3 Standard CVT
  • Proton Saga 1.3 Executive CVT
  • Proton Saga 1.3 Premium CVT

PanduLaju.com.myHANYA ENJIN 1.3L

Kesemua varian dipadankan enjin bersesaran 1.3L, yakni ‘jantung’ sama diguna pakai model Iriz tetapi menerima beberapa sentuhan.

Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga 2016. Paling penting, tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik. Ini kerana Proton sudah melakukan beberapa penambahbaikan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.

Turut dibekalkan bersama ialah indikator mod ECO sebagai panduan untuk pemanduan lebih ekonomi, termasuk ciri keselamatan premium yang mendapat penarafan ujian perlanggaran 4-bintang Asean NCAP untuk semua varian.

BACA>>> Pandu Uji Atas Trek + Foto Teaser: Proton Saga 2016 Siap Siaga Turun Jalan!

PanduLaju.com.myHARGA BERMULA RM37,000 - RM46,000

Kami dimaklumkan Proton Saga 2016 akan dijual pada harga bermula RM37,000 hingga RM46,000. Yang pasti, ia bakal bersaing hebat dengan Perodua Bezza.

Persoalannya, mana satu pilihan anda?

915
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: dashboard saga 2016, papan pemuka proton saga 2016, Proton, Proton Saga 2016, saga 2016

Comments

  1. khairul says

    September 24, 2016 at 11:17 PM

    enjin campro?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my