Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

SyafieBy Syafie26/01/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),

PENGGUNA jalan raya yang gemar memonopoli lorong atau lebih dikenali sebagai lane hogger (pemonopoli lorong) boleh didenda sehingga RM2,000, kerana menyumbang kepada kesesakan trafik, khususnya pada waktu puncak dan musim perayaan.

Tindakan tegas itu disifatkan wajar memandangkan sikap sedemikian bukan saja mengganggu aliran trafik, malah boleh menyebabkan pemandu lain berasa tertekan ketika mengendalikan kenderaan.

Dikategori Buli Jalanan

Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR), Jamil Manan Supri berkata, masalah lane hogging kini semakin membimbangkan di Malaysia.

Menurutnya, perbuatan itu boleh dikategorikan sebagai buli jalanan, yang berpotensi menjadikan kesesakan trafik lebih agresif dan seterusnya membawa kepada situasi berbahaya termasuk kemalangan.

Lane hogging sering berlaku akibat kurangnya kesedaran pengguna terhadap fungsi sebenar lorong, terutama di lebuh raya,” katanya.

Kajian MIROS Dedah Punca Utama

Logo MIROS

Jamil Manan turut memetik kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati perbuatan memandu terlalu perlahan di lorong kanan atau tengah merupakan antara punca utama kesesakan dan konflik di jalan raya.

Di Malaysia, kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, manakala di Indonesia, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda,” katanya.

Cadang Pemantauan Kamera, Lebih Banyak Papan Tanda

Sehubungan itu, PPKJR mencadangkan pihak berkuasa meningkatkan pemantauan menerusi kamera pengawasan, bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah lane hogging.

Selain itu, beliau mencadangkan Kerajaan melalui pemegang konsesi lebuh raya atau Kementerian Kerja Raya (KKR) memperbanyakkan papan tanda peringatan had kelajuan minimum, khususnya di lorong kanan dan tengah lebuh raya.

Pemanduan Perlahan Juga Bahaya

Jamil Manan berkata lagi, ketika ini tiada papan tanda khas yang melarang pemanduan di bawah kelajuan minimum, walaupun pemanduan terlalu perlahan, terutama bawah 90kmj, boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Papan tanda khas perlu diwujudkan bagi mengingatkan pengguna supaya tidak memandu terlalu perlahan, dengan menetapkan kelajuan minimum 90kmj, terutama di lorong kanan dan tengah,” katanya.

Lane Hogger Bukan Isu Kecil

Secara keseluruhan, isu lane hogging bukan sekadar kesalahan kecil, sebaliknya memberi kesan besar kepada keselamatan, kelancaran trafik dan emosi pengguna jalan raya.

Kesedaran, pemantauan berteknologi dan penguatkuasaan konsisten dilihat penting bagi membendung amalan tersebut daripada terus berleluasa.

SUMBER: Kosmo

Auto Terkini Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Jamil Manan Supri Lane hogger Lane Hogging pakar Pemonopoli Lorong Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026

    1 Comment

    1. Hamzah Jepun on 28/01/2026 12:06

      Lane hogger ni mmg biasa berlaku. Bila kita hon dia marah balik. Sebabkan dia memand slow dikananlah trafik sesak. Otak letak kat lutut agaknya mereka ni. Dulu saya berulang dari melaka ke putrajaya, saya potong sayur depan mereka….. barulah terhegeh hegeh nak ketepi.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.