Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Padah Maki Polis, Suspek Bakal Kena Denda RM500 atau Penjara 6 Bulan
Auto Terkini

Padah Maki Polis, Suspek Bakal Kena Denda RM500 atau Penjara 6 Bulan

Han OthmanBy Han Othman22/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki ditahan kerana memberontak dan memaki anggota polis di Balai Polis Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata, insiden berkenaan berlaku kira-kira jam 3.50 pagi apabila suspek berusia 42 tahun itu ditahan bersama wanita warga asing ketika sepasukan anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Persiaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah.

BACA >>> Polis: Ubah Suai YSuku Tanpa Kebenaran Boleh Kena Sita!

Menurut Noor Azmi, suspek dan perempuan warga asing itu berada dalam kereta jenis Proton Persona warna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut, tetapi sebaik saja sampai di balai, suspek lelaki itu tiba-tiba meninggikan suara sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis bertugas.

Noor Azmi berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan pula negatif.

“Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 di Mahkamah Ampang Jaya esok dan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali,” kata Noor Azmi.

BACA >>> Polis Tahan Pemandu dengan Tayar Bengkak Kuasa 15


KOMEN KAMI

Ini bukan kes pertama berlaku. Kebetulan pula kebelakangan ini ada dua kes media melaporkan orang awam memaki anggota polis kita (rujuk keratan akhbar di atas). Kes pertama dilaporkan berlaku di Manjung, Perak pada Sabtu lalu apabila suspek memanggil “police got no manners” (polis tak ada adab) dan “polis bodoh” selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis mengendalikan laporan kemalangan dihadapinya.

Kes kedua pula dilaporkan di Sungai Petani, Kedah, semalam apabila seorang tukang masak memaki polis dengan menulis perkataan kesat dan lucah selepas tidak berpuas hati disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Apalah nak jadi orang zaman sekarang. Dulu kalau nak maki polis pun mahu dua tiga kali juga memikirkannya. Sekarang senang-senang saja mulut ringan nak menghamun orang. Lagi-lagi apa dilakukan itu atas kesalahan sendiri.

SUMBER: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Polis | Bernama

ACP Noor Azmi Yusoff Auto Terkini Maki Polis Suspek Maki Polis Kena Tahan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.