Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Operasi Carian MH370 Liputi 7,236km Persegi, Tiada Penemuan Setakat Januari
Auto Terkini

Operasi Carian MH370 Liputi 7,236km Persegi, Tiada Penemuan Setakat Januari

SyafieBy Syafie21/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pesawat Malaysia Airlines (MAS)

FASA terkini operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di dasar laut Laut Hindi Selatan mencapai liputan tinjauan ketara, tetapi setakat ini tiada sebarang penemuan penting atau hasil muktamad dikenal pasti.

Perkara itu dimaklumkan dalam Laporan Ringkasan Kemajuan Operasi Pencarian MH370 bagi tempoh 6 – 15 Januari 2026, yang dimuat naik di laman Facebook MH370 Families.

Menurut laporan berkenaan, operasi pencarian yang dijalankan menggunakan kapal Armada 8605 meliputi kawasan terkumpul seluas kira-kira 7,236.4km persegi setakat 15 Januari 2026.

Operasi Hampir Tanpa Gangguan, Cuaca Faktor Utama

Laporan menjelaskan aktiviti pencarian dilaksanakan di sektor Lautan Hindi Selatan dengan menggunakan hingga tiga Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV) Hugin, dan operasi berjalan hampir tanpa gangguan sepanjang tempoh 6 – 14 Januari 2026.

Keadaan cuaca menggalakkan membolehkan usaha tinjauan diteruskan secara konsisten hingga 14 Januari, sebelum operasi dihentikan pada 15 Januari berikutan cuaca buruk.

Bagaimanapun, laporan mengesahkan, ketiga-tiga AUV dikeluarkan dengan selamat dan dibawa naik ke atas Armada 8605 tanpa sebarang insiden.

“Operasi ini terus berkembang secara berperingkat dan teratur dalam kawasan pencarian ditetapkan, dengan hasil selanjutnya bergantung kesinambungan tinjauan serta keadaan operasi menggalakkan,” menurut laporan.

Armada 8605 Kembali ke Fremantle

Susulan tempoh operasi dilanjutkan, Armada 8605 dijadualkan kembali ke bandar pelabuhan Fremantle, di Australia Barat bagi tujuan pertukaran kru, sebelum meneruskan fasa pencarian seterusnya.

Latar Belakang Operasi Pencarian

Logo Ocean Infinity

Pada 3 April tahun lalu, Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity dari Britain bagi menyambung semula operasi pencarian pesawat MH370.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan membawa 239 penumpang dan kru kapal.

Sehingga kini, kehilangan pesawat berkenaan kekal sebagai antara misteri penerbangan terbesar dalam sejarah dunia, dengan usaha pencarian masih diteruskan berperingkat.

SUMBER: SinarHarian

Armada 8605 Auto Terkini Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV) Hugin Malaysia Airlines (MAS) MH370 Ocean Infinity Operasi Mencari MH370 Pesawat Hilang
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.