Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Skyline (2020) – Kini Tampil Sebagai Sedan Eksekutif dengan DNA GT-R
Roda4

Nissan Skyline (2020) – Kini Tampil Sebagai Sedan Eksekutif dengan DNA GT-R

Abang HirataBy Abang Hirata22/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Skyline ialah antara model yang mempunyai reputasi tinggi dalam kalangan peminat kereta prestasi tinggi. Bukan saja gah di Jepun, tetapi juga serata dunia. Model ini memiliki sejarah panjang dan terkenal dengan prestasi hebat di trek lumba.

Bermula generasi ke-11, Nissan memutuskan merombak semula Skyline dengan memposisikannya dalam segmen eksekutif dan mewah, serta mengasingkan ia daripada nama GT-R (R35) yang dikhaskan untuk segmen kereta prestasi tinggi.

BACA >>> Nissan Skyline GT-R V.Spec II Nür (2002) yang Masih Berbau Kedai Ini Bakal Dilelong!

Ini perkara biasa kerana generasi Skyline terdahulu asalnya ialah model empat pintu, dan mula mencipta nama apabila Nissan menghimpunkan sekali model prestasi dalam siri model berkenaan.

Malah, Skyline selepas dipisahkan dengan GT-R pernah dikeluarkan dalam bentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) aka crossover. Menariknya, Skyline Crossover (foto atas) itu boleh dimiliki pembeli negara kita selepas dibawa masuk pengimport bebas (AP).

Perancangan Nissan untuk kedua-dua model tersebut semakin mengukuh apabila Skyline baharu didedahkan kepada umum pada 16 Julai lalu. Sama seperti sebelumnya, Skyline baharu tampil dalam gaya badan eksekutif dan mewah. Jika ada yang mengatakan model itu sebagai jelmaan Infiniti Q50, maka jawapannya – betul.

Skyline baharu ini sebenarnya ialah model sama yang diperkenalkan pada 2014, tetapi dikemas kini supaya kekal relevan untuk 2020 dan tahun seterusnya. Perubahan dilakukan bukan sekadar cukup syarat, tetapi Nissan pergi jauh dengan memperkenalkan teknologi ProPILOT 2.0.

Teknologi ProPILOT 2.0 ialah ciri pertama dunia untuk kereta massa yang menggabungkan sistem bantuan pemanduan dan pemanduan navigasi di lebuh raya dengan keupayaan bebas tangan di satu lorong.

Bagi menggunakan fungsi tersebut, pemandu perlu terlebih dulu memasukkan destinasi yang hendak dituju ke dalam sistem navigasi. Kemudian, selepas berada di lebuh raya ditetapkan, kereta akan beroperasi secara pemanduan autonomi tanpa pemandu perlu memegang stereng asalkan, berada dalam satu lorong tetap.

Jika hendak memotong kenderaan perlahan di depan, sistem akan mengira segala aspek dan kesesuaian masa sebelum memaklumkan kepada pemandu supaya mengambil alih stereng. Pemandu sekali lagi akan dimaklumkan apabila situasi selamat untuk kembali semula ke lorong asal.

BACA >>> #Videotomotif: Aksi Drift Nissan Skyline R33 yang Cantik di Jalan Gunung

PROPILOT 2.0 UNTUK PEMANDUAN AUTONOMI

Bagaimanakah pula dengan tahap keselamatan ketika ProPILOT 2.0 aktif?

Sistem pengawasan dalam kabin akan sentiasa memerhatikan fokus pemandu terhadap jalan raya, dan jika gagal memberikan maklum balas ketika amaran dikeluarkan, sistem secara automatik akan menghidupkan lampu kecemasan dan memperlahankan kereta hingga berhenti sepenuhnya.

Tidak cukup itu saja, sistem secara automatik akan membuat panggilan kecemasan dan sambungan audio kepada pusat panggilan untuk bantuan kecemasan. Canggih bukan?

BACA >>> 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini

TEGUH DENGAN DNA SKYLINE

Nissan juga kekal teguh dengan DNA Skyline yang dibangunkan sejak mula diperkenalkan pada 1957, iaitu setiap generasi akan menampilkan teknologi canggih pada masa tersebut. Walaupun tidak lagi tampil dengan varian GT-R, ciri canggih yang menjadi DNA model ini tetap dikekalkan.

Skyline baharu ini tetap berkuasa dengan enjin 3.0L V6 Turbo Kembar VR30DDTT, dan varian 400R baharu ialah model Skyline paling berkuasa pernah dihasilkan secara formal. Selain kuasa, Nissan turut menawarkan varian hibrid untuk pembeli yang mengutamakan kecekapan bahan api.

Ada empat varian Skyline baharu:

  • Skyline GT
  • Skyline GT Type P
  • Skyline GT Type SP
  • Skyline 400R – 400hp @ 6,400 rpm | 475 Nm @ 1,600 – 5,200rpm.

Varian selain 400R, mempunyai kuasa 300hp, manakala hibrid dipacu enjin VQ35HR-HM34 berkuasa 359hp. Skyline (2020) akan dijual beberapa bulan lagi di Jepun dengan harga permulaan 4,274,640 yen (RM163,080.

BACA >>> Nissan Versa (Almera) Lancar di AS dengan Rupa Lebih Mengancam!

GALERI
Nissan Nissan Japan Nissan Skyline Nissan Skyline (2020) Nissan Skyline 2019 ProPILOT ProPILOT 2.0 Roda4 Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.