Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Perkenal Frontier, Titan, dan Titan XD ‘Edisi Larut Malam’
Roda4

Nissan Perkenal Frontier, Titan, dan Titan XD ‘Edisi Larut Malam’

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN menyambut fenomena alam, gerhana matahari yang berlangsung baru-baru ini bersama penduduk Amerika Syarikat (AS) dengan melancarkan tiga model ‘Midnight Edition’, membabitkan Frontier, Titan dan Titan XD yang akan mula dijual di negara itu, bulan hadapan.

BACA >>> Nissan Titan Mahu Pecah Dominasi Trak Pikap Amerika

Bermula Titan, trak pikap itu dilengkapkan dengan lampu utama gelap, gril hitam, dan lencana luaran hitam. Model tersebut juga tampil dengan pemijak sisi hitam, cermin sisi hitam dan rim aluminium 20-inci dengan kemasan hitam. Bampar  warna badan didatangkan sebagai ciri standard dan trak pikap itu boleh ditempah dalam pilihan warna Magnetic Black, Gun Metallic dan Pearl White.

Pemandu yang mungkin mencari perubahan pada ruang dalaman mungkin sedikit kecewa kerana trak pikap itu masih mengekal gelap dan serba hitam bersama pilihan karpet lantai khas, Midnight Edition.

Pakej Midnight Edition boleh didapati pada varian Titan Crew Cab SV dan SL sama ada dalam sistem pacuan roda belakang (RWD) atau 4-roda (4WD). Titan XD juga bergaya sama, cuma apa yang berbeza ialah lencana ‘XD’ dikhaskan untuk trak pikap dengan enjin 5.0L Cummins V8 diesel berkuasa 310hp dan tork 751Nm.

BACA >>> Nissan Navara Patah Dua – Pemilik Britain Berang Nissan Buat Tidak Peduli

FRONTIER LEBIH IDENTIK

Penampilan Frontier Midnight Edition lebih identik menerusi bampar warna badan, gril hitam, dan rim aluminium 18-inci dengan kemasan hitam, termasuk ciri lain seperti cermin sisi hitam, pemijak sisi hitam dan lencana hitam.

Harga ketiga-tiga model edisi khas itu akan diumumkan menjelang hari pelancaran kelak. Sama seperti edisi ‘Larut Malam’ terdahulu, Nissan menjangka model berkenaan dapat dijual dua kali lebih pantas berbanding model standard.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

gerhana matahari Nissan Nissan Frontier Midnight Edition (2017) Nissan Midnight Edition Nissan Titan Midnight Edition (2017) Nissan Titan XD Midnight Edition (2017) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.