Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Clipper Van, Clipper Rio 2026 Lancar di Jepun, Kini Lebih Selamat, Digital dan Praktikal!
Roda4

Nissan Clipper Van, Clipper Rio 2026 Lancar di Jepun, Kini Lebih Selamat, Digital dan Praktikal!

Abang HirataBy Abang Hirata12/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Clipper Van 2026

NISSAN Jepun melancarkan van kei-car, Nissan Clipper Van dan Nissan Clipper Rio 2026 yang menerima beberapa penambahbaikan spesifikasi.

Nissan Clipper Van kekal sebagai van komersial ringan yang menggabungkan kemudahan dan keselesaan dengan kecekapan bahan api, manakala Nissan Clipper Rio ialah model penumpang versatil untuk kegunaan harian sehingga aktiviti riadah.

Nissan Clipper Rio 2026

Sebagai makluman, Nissan Clipper lebih tepat jika disebut menyerupai Proton Juara (Mitsubishi Townbox), dan bukan Honda N-BOX.

Malah, satu ketika dahulu, Clipper pernah dijenamakan semula daripada Mitsubishi Minicab sebelum Nissan beralih kepada Suzuki Carry.

Sistem Keselamatan Pintar Sebagai Standard

Nissan Clipper Rio 2026

Kemas kini terbaharu menyaksikan kedua-dua model dilengkapi ciri standard dengan pelbagai teknologi bantuan pemandu untuk ketenangan minda ketika pemanduan harian.

Selain penambahan sistem baharu, prestasi teknologi sedia ada turut dipertingkat bagi mengurangkan risiko kemalangan:

  • Sistem Sokongan Cegah Keluar Lorong: Berfungsi membantu mencegah kenderaan terkeluar dari lorong secara tidak sengaja
  • Fungsi Pengecaman Isyarat Lalu Lintas: Membantu pemandu mengesan dan mengecam isyarat/papan tanda lalu lintas supaya tidak terlepas pandang maklumat penting di jalan raya

Nissan Clipper Rio 2026

  • Brek Kecemasan Pintar (IEB) dan Bantuan Cegah Perlanggaran Salah Tekan Pedal: Prestasi kedua-dua sistem itu dipertingkat bagi menyokong tindakan pengelakan perlanggaran lebih cekap apabila berlaku risiko rempuhan dengan kenderaan atau pejalan kaki di depan

Evolusi Rekabentuk Lebih Segar

Nissan Clipper Rio 2026

Bagi memberikan penampilan lebih kemas, Nissan membuat beberapa perubahan pada penampilan luaran. Selain rekabentuk bampar depan baharu, gril depan kini menampilkan tema rekaan berasaskan warna hitam yang lebih moden.

  • Kemasan Hitam: Cermin pintu kini menggunakan kemasan cat hitam (terhad kepada varian GX bagi siri Clipper Van)
  • Pilihan Warna: Pengenalan warna baharu Majestic Deep Gray (kelabu, foto atas) yang ditawarkan khas untuk Clipper Rio

Dalaman dengan Estetika, Fungsi Dipertingkat

Nissan Clipper Rio 2026

Nissa Clipper Van 2026
Nissan Clipper Rio 2026

Ruang kabin direka semula bagi memberikan rasa lebih canggih dengan penggunaan teknologi digital dan skema warna lebih seragam.

Antara pembaharuan utama yang menumpukan kepada kualiti buatan dan keselesaan pemandu adalah:

  • Spidometer Digital: Penggunaan kluster instrumen digital sepenuhnya untuk paparan maklumat yang lebih jelas dan canggih
  • Kabin Monokrom: Skema warna hitam seragam kini merangkumi fabrik kerusi dan elemen trim dalaman lain untuk imej lebih premium.
  • Ciri Keselesaan Standard: Stereng berpemanas kini menjadi ciri standard semua model, manakala Clipper Rio mendapat peningkatan pada kualiti penyerapan haba untuk kaca depan dan pintu depan.

Varian Khusus Nissan Motorsports & Customize (NMC)

Turut dilancarkan varian khas yang ditala Nissan Motorsports & Customize (NMC) untuk kegunaan lebih spesifik.

Nissa Clipper Van 2026
Nissa Clipper Van 2026

Model Nissan Clipper Van Multi-Rack (foto atas) direka bagi memudahkan susunan ruang kargo mengikut tujuan pengguna, manakala Nissan Clipper Rio Chair Cab disediakan sebagai kenderaan kebajikan (life care vehicle).

Multi-Rack dilengkapi rak keluli, papan berlubang, dan lantai kargo tahan kotoran. Juga tersedia pilihan tilam katil dengan 4-tetapan pelarasan ketinggian untuk kegunaan bermalam.

Nissan Clipper Rio 2026

Chair Cab (foto atas) pula dilengkapi tanjak manual yang mudah dikendali di bahagian belakang, dan  winc elektrik  untuk memudahkan urusan masuk dan keluar pengguna kerusi roda.

Harga Nissan Clipper 2026

  • Nissan Clipper Van DX (Enjin R06A | 5MT / CVT) – 1,454,200 yen (RM36,365)
  • Nissan Clipper Van GX Turbo (Enjin R06A Turbo | CVT) – 2,167,000 yen (RM54,170)
  • Nissan Clipper Rio E/G (Enjin R06A Turbo | CVT) – 2,135,100 yen (RM53,400)
  • Nissan Multi-Rack (Enjin R06A / Turbo | CVT) – 2,238,500 yen (RM55,985)
  • Nissan Chair Cab (Enjin R06A Turbo | CVT) – 2,482,000 yen (RM62,075)
Nissan Clipper Van 2026
Nissan Clipper Van 2026
Nissa Clipper Van 2026
Nissan Clipper Van 2026
Nissa Clipper Van 2026
Nissa Clipper Van 2026
Nissa Clipper Van 2026
Nissa Clipper Van 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Nissan Clipper Rio 2026
Kei car Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Nissan Nissan Clipper Nissan Clipper Rio 2026 Nissan Clipper Van 2026 Nissan Japan Nissan Jepun Roda4 Van
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.