Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»NISMO Terus Maju, Nissan Mahu Tambah Lebih Banyak Model NISMO ke Pasaran!
Roda4

NISMO Terus Maju, Nissan Mahu Tambah Lebih Banyak Model NISMO ke Pasaran!

Abang HirataBy Abang Hirata16/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BIASANYA apabila sesebuah pengeluar kenderaan mengalami masalah, pelbagai program dan peruntukan yang bukan teras perniagaan akan dipotong, direhatkan atau ditutup.

Sebagai contoh, penglibatan dalam sukan permotoran namun sebaliknya yang dirancang oleh Nissan untuk NISMO.

Nissan Motor Co., Ltd. dan Nissan Motorsports & Customization Co., Ltd. (NMC) baru-baru ini mengumumkan inisiatif strategik baharu bagi mengukuhkan jenama Nissan.

Nissan Patrol Nismo 2025

Inisiatif ini merangkumi aktiviti sukan permotoran yang dipertingkat dan perluasan barisan kenderaan NISMO.

NMC sebenarnya entiti baharu yang ditubuhkan pada tahun 2022, hasil daripada penyatuan aktiviti sukan permotoran Nissan (sejak 1936), jenama NISMO (1984) dan AUTECH JAPAN (1986).

Falsafah Nissan ialah menggunakan sukan permotoran sebagai platform untuk membangunkan sumber manusia, teknologi dan kereta.

Inisiatif baharu NISMO ini adalah sebahagian daripada strategi Re:Nissan, di mana model yang mengujakan (heartbeat models) dilihat penting untuk mendefinisikan DNA jenama Nissan.

Satu lagi yang menarik, di sebalik cabaran perniagaan yang melanda, Nissan masih cekal di dalam Formula E meskipun penawaran kenderaan elektrik (EV) tidak sehebat pengeluar dari China.

Prestasi Melalui Sukan Permotoran

Nissan memanfaatkan teknologi yang dibina di litar perlumbaan, berpegang kepada prinsip Dari Litar ke Jalan, Dari Jalan ke Litar (Road to track, track to road).

  • Penyertaan: Nissan akan meneruskan cabaran dalam siri peringkat tinggi seperti Super GT dan Formula E, siri seperti Super Taikyu dan turut merancang untuk berkembang ke perlumbaan baharu.
  • Pembangunan Teknologi: Bermula dari tahun fiskal 2026, Nissan akan memperkenalkan kenderaan prototaip perlumbaan untuk mempercepatkan kemajuan dalam pembangunan perkakasan dan perisian, bagi tujuan perlumbaan dan perluasan barisan kenderaan.

Pengembangan Barisan Kenderaan NISMO

Nissan menyasarkan untuk menggandakan barisan model NISMO dan meningkatkan jualan secara global.

Rancangan Utama:

  • Sasaran Model: Meningkatkan bilangan model yang ditawarkan secara global daripada lima kepada sepuluh model.
  • Sasaran Jualan: Meningkatkan jumlah penghantaran tahunan daripada kira-kira 100,000 unit kepada 150,000 unit menjelang 2028.
  • Pasaran Global: Peratusan jualan luar negara disasarkan meningkat daripada 40% kepada 60% menjelang 2028.
  • Perluasan: Nissan merancang untuk meluaskan ketersediaan pasaran bagi model NISMO dan akan mempertimbangkan kerjasama dengan rakan kongsi luaran untuk mengembangkan perniagaan.

Program Warisan dan Baik Pulih

NMC akan memperluaskan perniagaan baik pulih (restoration), restomod dan jualan alat ganti, mengambil kira pasaran baik pulih automotif global yang dijangka berkembang melepasi 1.2 trilion yen (RM31.6b) menjelang 2032.

Tumpuan awal akan diberikan kepada pengembangan perkhidmatan model ikonik Skyline GT-R R32, R33 dan R34, diikuti lebih banyak model.

Gambar: Nissan

Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Autech Ltd. (NMC) Nismo Nissan Nissan Motorsports & Customization Co. NMC
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.