• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naza Italia Bawa Pelanggan Teroka Dunia Ferrari Secara Langsung, Digital

Naza Italia Bawa Pelanggan Teroka Dunia Ferrari Secara Langsung, Digital

December 13, 2021 By Farah Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGIMPORT dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia, Naza Italia membawa pelanggannya menikmati pengembaraan unik memasuki dunia Ferrari dalam acara tontonan tertutup yang berlangsung di bilik pameran Ferrari Malaysia Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada acara yang berlangsung 10 hingga 12 Disember itu, tetamu jemputan melihat koleksi rangkaian penuh Ferrari dan berkesempatan berhubung dengan ibu pejabat Ferrari yang terletak di Maranello, Itali menerusi inovasi teknologi.

Setiap tetamu diberikan peranti tablet dan realiti terimbuh (AR) untuk melakukan lawatan maya menerusi enam kategori zon penerokaan berbeza. Tetamu kemudian dibawa menghadiri sesi paparan dekat (close-up view) model Ferrari bermula 488 Challenge Evo, Portofino M, Roma dan SF90 Spider.

Dalam acara tertutup itu, tetamu juga dibawa ke bahagian modifikasi personal yang membolehkan mereka mengekspresikan daya kreatif dan merasai sendiri pengalaman melakukan kustom model Ferrari idaman menggunakan pelbagai jenis material, aksesori dan komponen untuk konfigurator kereta.

Seterusnya tetamu dibawa merasai pengalaman meninjau kilang Ferrari di Maralleno secara 360º menerusi aplikasi MyFerrari.

Selepas selesai pengembaraan dalam fasiliti tersebut, ahli pasukan Ferrari Malaysia membawa tetamu ke tingkat atas untuk berkongsi maklumat mengenai program Ferrari Approve, iaitu program pensijilan untuk kereta Ferrari pramilik (preowned) melalui semakan keseluruhan 190 mata daripada juruteknik Ferrari.

Program Ferrari Approve menjanjikan kepercayaan pelanggan untuk memiliki model Ferrari berstatus pramilik.

Lawatan tertutup itu diakhiri taklimat daripada Ferrari mengenai servis selepas jualan dan program penyenggaraan kepada pembeli jenama itu, iaitu Genuine Maintenance, MainPower dan Ferrari Premium.

BACA >>> Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan
BACA >>> Naza Italia Lancar Ferrari Portofino M, Harga RM998k!

ferrari-experience-1
ferrari-experience-2
ferrari-experience-3
ferrari-experience-6
ferrari-experience-7
ferrari-experience-8
10_Ferrari Private Viewing Full Range
01_Ferrari Private Viewing Full Range
13_Ferrari Private Viewing Full Range
02_Ferrari Private Viewing Full Range
06_Ferrari Private Viewing Full Range
11_Ferrari Private Viewing Full Range
ferrari-experience-4
ferrari-experience-5
ferrari-experience-10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari Malaysia, galeri ferrari, kereta itali, kereta paling cantik, kereta paling laju, kereta paling mahal di dunia, Naza Italia, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev