Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nasim Lancar Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus, Harga Bermula RM151k
Auto Terkini

Nasim Lancar Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus, Harga Bermula RM151k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NASIM Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, 3008 Plus dan 5008 Plus yang menampilkan kemas kini keselesaan dan pakej teknologi lebih baik.

Kedua-dua model dijana enjin 4-silinder 1.6L pengecas turbo berkuasa 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm serta dipacukan transmisi automatik Quickshift 6-kelajuan dengan pedal syif. Juga disertakan ciri Kawalan Grip Termaju (AGC) dengan lima mod pacuan: Normal, ESP off, Snow, Mud dan Sand.

Dari segi prestasi, dua SUV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 205kmj, manakala purata penggunaan bahan api ialah 7 liter per 100km.

BACA >>> Peugeot 5008 Rasmi Lancar di Malaysia, SUV 7 Penumpang dengan Harga RM173,888!
BACA >>> Lepas Pandu Uji Peugeot 3008, Inilah Pandangan Kami! Mampukah Cabar Proton X70?

KINI ADA BUMBUNG PANORAMIK, REL BUMBUNG BAHARU

Rupa depan kedua-dua model saling mirip, tidak banyak berubah seperti versi terdahulu. Varian Active (3008 dan 5008) didatangkan dengan lampu utama halogen dengan indikator sekuensial LED, lampu belakang ‘kuku harimau’ LED, lampu kabus depan dan belakang, bilap pengelap automatik, sensor parkir dan kamera undur.

3008 Plus mendapat rim aloi Detroit 18 inci, manakala 5008 Plus mendapat rim aloi Los Angeles 18 inci. Kedua-dua model menggunakan set tayar 255/55.

Asasnya dua SUV Peugeot baharu ini masih mengekalkan rekabentuk asas model sedia ada, iaitu gril terapung dengan lampu utama, lampu siang (DRL) dan lampu kabus LED.  Rel bumbung direka baharu, manakala perumah cermin sisi dikromkan.  Kedua-dua model kini memiliki bumbung panoramik dan rim aloi 18 inci dua tona dengan rekaan yang masih sama.

Varian Allure (3008 dan 5008) mendapat tambahan lampu utama LED penuh, lampu kabus depan LED, sensor parkir depan, bumbung panoramik elektrik, lampu ambien kabin dan but elektrik bebas tangan.

KABIN i-COCKPIT SERBA MEWAH

Kabin i-Cockpit menggunakan material kulit hitam ‘Claudio’ dengan sulaman Graphite atau Goa (mengikut varian) untuk kemasan uphosteri. Papan pemuka membariskan sistem kawalan iklim dual-zon dengan ventilator belakang, penghidup tanpa kunci aka keyless dan kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan.

Melengkapkan lagi ciri kabin mewah ini ialah sistem infotainment skrin sentuh 8 inci dengan fungsi navigasi dan sokongan Apple CarPlay dan sistem bunyi Arkamys 3D, dan paparan kluster instrumen digital 12.3 inci.

5008 Plus dengan konfigurasi 7-kerusi boleh memaparkan mod Navigasi mengikut aras mata pemandu. Ciri i-Cockpit Amplify pula memberikan tambahan fiil dalam kabin menerusi pilihan ‘BOOST’ untuk pengalaman dinamik atau ‘RELAX’ untuk suasana tenang.

Pek Sport Pandu (DSP) memberikan pengalaman pemanduan menyeronokkan kepada pemandu dengan deria sentuh, pandang dan dengar yang dapat dinikmati menerusi cengkaman stereng sporty, pecutan responsif, enjin lebih berkuasa, ketangkasan transmisi dan deruman enjin dipertingkat secara digital.

BACA >>> Peugeot 3008 – Kereta Terbaik Ireland 2018, Atasi Banyak Kereta Hebat!

KESELAMATAN TERTINGGI

Varian atasan 3008 Plus dan 5008 Plus dilengkapkan sistem bantuan pemanduan seperti berikut:

  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
  • Sistem Maklumat Had Kelajuan (SLIS)
  • Monitor Titik Buta(BSM)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) Aktif
  • Fungsi Navigasi untuk Sistem Infotainment
  • Cermin Pandang Belakang Auto-Malap
Bagaimanapun, setiap model dilengkapkan ciri keselamatan standard seperti berikut:
  • 6 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Pautan kerusi ISOFIX
  • Regulasi Anti-Gelincir (ASR)

BACA >>> Peugeot 3008 Raih Kereta Terbaik 2018 dalam Anugerah COTY Malaysia

HARGA DAN PAKEJ WARANTI MENARIK

Kedua-dua model ditawarkan dalam dua pilihan varian, Active dan Allure seperti berikut:

  • Peugeot 3008 Plus (Active) –  RM150,888
  • Peugeot 3008 Plus (Allure) – RM163,888
  • Peugeot 5008 Plus (Active) –  RM166,888
  • Peugeot 5008 Plus (Allure) – RM179,888

Setiap model boleh dibeli dalam pilihan warna Nera Black, Pearl White, Amazonite Grey dan Aster Grey. Model 3008 Plus memiliki warna eksklusif sendiri, Metallic Copper, manakala 5008 Plus mendapat tambahan kemasan warna Emerald Crystal.

Nasim menawarkan pakej waranti 5 tahun atau 120,000km, servis percuma 3 tahun, bantuan jalanan 24-jam Peugeot Assistance  dan akses percuma  SkyLounge di Subang Skypark.

GALERI

PEUGEOT 3008 PLUS

PEUGEOT 5008 PLUS

Auto Terkini Nasim Sdn Bhd Peugeot Peugeot 3008 Peugeot 3008 Plus (Active) Peugeot 3008 Plus (Allure) Peugeot 5008 Peugeot 5008 Plus (Active) Peugeot 5008 Plus (Allure) SUV SUV Crossback
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.