• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peugeot 5008 Rasmi Lancar di Malaysia, SUV 7 Penumpang dengan Harga RM173,888!

Peugeot 5008 Rasmi Lancar di Malaysia, SUV 7 Penumpang dengan Harga RM173,888!

April 25, 2018 By AI Leave a Comment

243
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NASIM Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia itu selamat melancarkan Peugeot 5008 serba baharu ke pasaran tempatan yang mana  kali terakhir diperkenalkan pada 2014.

Peugeot 5008 serba baharu kali ini menawarkan ruang kabin lebih luas dengan kapasiti 7-kerusi yang selesa dan serba praktikal. Peugeot turut mendefinisikan semula status 5008 sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan dan bukan lagi kenderaan pelbagai guna (MPV).

Nasim yakin ketibaan model baharu itu selepas 3008 dapat mencapai sasaran jualan 3,600 unit, tahun ini.

BACA >>> 11 Fakta Pantas | Peugeot 5008 Lancar 25 April (Rabu) Ini, Harga RM173k

Secara ringkas, model ini dikuasakan enjin petrol 1.6L Twin-Scroll Turbo Tekanan Tinggi (THP) dengan suntikan bahan api berkuasa 164hp (6,000rpm) dan tork 240Nm (1,400rpm), serta transmisi automatik 6-kelajuan dengan teknologi Quickshift dan pedal syif.

Model ini dibangunkan berasaskan Platform Modular Kecekapan (EMP2), yang sama seperti 308 dan 3008, dengan  berat, kekuatan dan fungsi seimbang. Ini menjadikan berat 5008 lebih ringan 95kg berbanding sebelumnya.

Luaran mengekal imej signatur 'Kuku Harimau' atau 'Tiger Claw', manakala ruang kabin mengangkat tema i-Cockpit dengan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan hiburan moden. Fakta lengkap mengenai model serba baharu ini boleh dibaca di pautan SINI.

Harga jualan Peugeot 5008  untuk pasaran Malaysia ialah RM173,888 (termasuk GST, tanpa insurans).

GALERI
kerusi 2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
enjin Peugeot 5008 Malaysia 2018
Harga 2018 Peugeot 5008 Malaysia
2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
2018 Peugeot 5008 Malaysia
Peugeot 5008 Malaysia 2018
harga Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
meter Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
Peugeot 5008 Malaysia 2018
harga Peugeot 5008 Malaysia 2018
243
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2018 Peugeot 5008 Malaysia, Crossover, Harga 2018 Peugeot 5008 Malaysia, Harga Peugeot 5008 Malaysia 2018, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), MPV, Nasim Sdn Bhd, Peugeot, Peugeot 3008, Peugeot 3008 2017 Malaysia, Peugeot 5008, Peugeot 5008 Malaysia 2018, Peugeot 508, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Kongsi Masalah Sebenar Mengapa Pelanggan Lambat Dapat Kenderaan Baharu
    Perodua Kongsi Masalah Sebenar Mengapa Pelanggan Lambat Dapat Kenderaan Baharu
  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my