Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nasib Zarco dalam MotoGP 2019 Akan Jadi Penanda Aras Kemampuan Jentera KTM
Auto Terkini

Nasib Zarco dalam MotoGP 2019 Akan Jadi Penanda Aras Kemampuan Jentera KTM

AryonBy Aryon03/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN ujian masa di litar Jerez, Sepanyol baru saja berakhir hujung November lalu yang menyaksikan beberapa kejutan dengan pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami mencatatkan masa terpantas, disusuli adinda Marc Marquez (Repsol Honda) dan Maverick Vinales (Movistar Yamaha).

Namun, bagi peminat MotoGP, perhatian pasti tertumpu kepada dua entiti atau pasukan yang mewakili nama negara. Pertama Hafizh Syahrin yang kali ini mewakili pasukan satelit Red Bull KTM Tech3, dan satu lagi pasukan negara yang kali pertama menyertai MotoGP, Petronas Yamaha SRT.

Ulasan kali ini ialah tentang pasukan KTM

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Pasukan Factory dan Satelit dalam MotoGP?

Ramai bertanya tentang potensi jentera KTM RC16, terutama milik pasukan pengilang (factory), Red Bull KTM Factory Racing, ditunggang Johann Zarco yang dulu ialah rakan pasukan Hafizh ketika bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.

ZARCO JADI KAYU UKUR KEMAMPUAN RC16


Sepanjang dua musim bersama pasukan lama, Zarco berjaya meraih lima kali petak paling depan (pole position), dan enam kali menjejak podium, pencapaian yang baik jika mengambil kira spesifikasi jentera berstatus satelit yang kurang berkuasa berbanding kekanda Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam pasukan factory Yamaha.

Pencapaian Zarco bersama KTM boleh dianggap sebagai penanda aras kepada kemampuan jentera RC16 sama ada sama tahap, lebih berkuasa atau kurang berkuasa dibandingkan jentera satelit Yamaha. Jika Zarco mampu bermesra baik dengan RC16, ada kemungkinan besar Hafizh dan rakan baharunya, Miguel Oliveira juga mampu melakukan perkara sama. Ini kerana pasukan factory dan satelit KTM menggunakan jentera spesifikasi sama – RC16, cuma berbeza pasukan mekanik.

BACA >>> Usah Keliru, KTM Tech3 Beritahu Hitam-Putih Cuma Livery Ujian, Bukan Warna Sebenar

“Bagus ada pasukan factory belakang aku. Aku dapat banyak sokongan dan ada potensi tinggi untuk buat perkara hebat. Aku sedikit kecewa sebab masa lap tak mudah dicapai. Kami perlu ubah beberapa benda pasal motor,” kata Zarco.

JENTERA YANG BERBEZA

Zarco kini berubah jentera daripada enjin empat sebaris dan casis aluminium yang disokong suspensi Öhlins pada YZR-M1 kepada V4 yang disokong frem tiub keluli dan suspensi WP pada RC16.

“Ini benar-benar semangat jentera yang lain berbanding apa aku ada selepas dua tahun dalam MotoGP. Sebaik saja kami jumpa asas yang baik, aku harap dapat trek yang kering untuk mulakan pembangunan motor ni,” kata Zarco.

Ya, memang bukan mudah, juara dunia 3 kali, Jorge Lorenzo sendiri mengambil masa 18 bulan untuk mengejar kejayaan bersama Ducati selepas meninggalkan Yamaha sebelum dapat memenangi tiga perlumbaan dengan GP18. Malah Lorenzo tidak pernah menaiki podium dengan jentera Ducati sekiranya dia berlumba di litar sebelah kiri.

Di Jerez, Zarco cuma mencatatkan keputusan ke-19 terpantas, di bawah rakan pasukan Pol Espargaro (ke-15), manakala Hafizh dan Oliveira daripada pasukan satelit menghuni kedudukan ketiga paling corot, iaitu 23 dan 24 daripada 25 pelumba.

BACA >>> KTM Mahu Jual 2 Jentera Lumba MotoGP – RC16, Harga RM1.19 Juta Sahaja!

Ketika ujian masa di Valencia, Zarco berkata, masalah utama dihadapi jentera KTM ketika itu ialah saat menerkam masuk ke selekoh. Dia mendakwa tidak dapat merasai cengkaman tayar ketika membaringkan jentera dan membrek.

“Apa yang kuat pada Yamaha mesti juga kuat pada motor lain kerana bila aku ikut Marc (Marquez), aku dapat tengok dia kuat ketika masuk selekoh, dan bukan hanya sebab skil, motor itu sendiri yang berikan dia peluang untuk pergi,” kata Zarco.

Apapun, masa masih ada buat pasukan KTM sama ada factory dan satelit untuk menguji jentera masing-masing.

Johann Zarco KTM KTM RC16 MotoGP2019 Red Bull KTM Factory Racing Red Bull KTM Tech3 roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas Z15GT
    Roda2

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026 | Bright Grey Blue
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026 | Bright Grey Blue
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.