Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Naik Kriss Tiga Orang, Murid Tahun Satu Maut Dirempuh Van, Dua Lagi Parah
Auto Terkini

Naik Kriss Tiga Orang, Murid Tahun Satu Maut Dirempuh Van, Dua Lagi Parah

SyafieBy Syafie18/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG murid tahun satu maut apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang dibonceng bersama abang dan rakan mangsa dirempuh sebuah van Nissan di Kampung Charok Putih, Baling, Kedah, petang semalam.

Kemalangan itu berlaku sekitar jam 3.35 petang melibatkan mangsa maut, Muhammad Darimi Mohd Naim, 7, yang membonceng di tengah bersama rakan berusia 10 tahun di belakang, manakala motosikal ditunggang abang mangsa berusia 10 tahun. Ketiga-tiga mangsa ialah murid Sekolah Kebangsaan Ser Bayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, van dinaiki tiga lelaki, yang juga peniaga pasar malam, dan sedang menuju ke Kampung Bandar, manakala motosikal dinaiki tiga mangsa tersebut dari Kampung Charok Putih menghala ke Kampung Surau.

Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal terbabit dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri untuk membelok ke kanan menyebabkan van tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan.”

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal melambung dan jatuh ke dalam longkang sebelah kanan jalan, manakala adik dan rakannya tersepit di bahagian tayar hadapan van,” kata Azmi.

Berikut keadaan tiga mangsa selepas kemalangan:

  • Muhammad Darimi parah kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Abang mangsa cedera leher dan luka badan.
  • Rakan mangsa patah kaki kanan dan luka badan.

Menurut Azmi, pemandu van berusia 26 tahun pula mengalami luka kaki dan tangan, manakala dua lagi penumpang, berusia 46 dan 22 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua mangsa cedera dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa maut lagi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Baling Kedah kemalangan jalan raya kemalangan maut kemalangan motosikal modenas kriss van nissan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.