• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mugen RC20GT - Model Konsep Berasaskan Honda Civic Type-R yang Indah (Sangat)

Mugen RC20GT - Model Konsep Berasaskan Honda Civic Type-R yang Indah (Sangat)

January 16, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MUGEN terkenal sebagai syarikat divisyen permotoran Honda yang terkenal sebagai penala atau tuner dan pengeluar alat ganti OEM untuk kit badan dan ekzos sport untuk Honda Motor Company (HMC). Bagaimanapun, Mugen tidak dimilik HMC walaupun mempunyai kaitan kekeluargaan (pengasas Mugen ialah anak lelaki pengasas Honda).

Di Malaysia, Mugen mungkin dikenali dengan aksesori dan alat ganti sport. Tetapi kalau di Jepun, divisyen itu menghasilkan model Honda versi Mugen seperti Civic Mugen RR, S660 Mugen dan CR-Z Mugen RZ yang sememangnya menarik perhatian umum.

BACA >>> Honda Mahu Lancar Civic Type-R Versi Mampu Milik Tahun Hadapan? Cuma RM126k!

Terbaharu, Mugen memperkenalkan Mugen RC20GT yang dirombak daripada Civic Type-R FK8. Sesiapa pun pasti terpesona dengan kelibat Type-R, tetapi untuk model versi Mugen ini, err... ermmmm... hanya jauhari mengenal manikam. Entahlah, apa yang tidak kena dengan 'Mugen Type-R' ini.

PANEL METER LCD, STERENG F1


Mugen RC20GT tidak hanya mengganti komponen badan, tetapi turut melibatkan susun atur seperti lampu utama yang diubah, rupa bonet juga dibikin semula. Skrit sisi juga diperbaharui dengan saiz rim besar lebih kurang 20-inci. Dari belakang, Mugen Type-R ini menampilkan spoiler GT yang besar, dan difuser custom.

Ekzos standard Civic Type-R dengan tiga lubang kini digantikan ekzos Mugen satu lubang sahaja. Ciri dalaman paling menonjol ialah penggunaan skrin LCD untuk panel meter dan unit stereo. Roda stereng pula bercirikan Formula Satu (F1), manakala separuh panel dalaman dihiaskan kemasan gentian karbon.

BACA >>> 38 Foto Honda Civic Type-R (2017) Ini Pasti Buat Anda Terliur!!!

Uniknya, Mugen RC20GT masih punya ruang belakang, tetapi siapa pula yang sudi duduk di situ? Apa tidaknya, di tengah kerusi melintang dua bar anti oleng. Apapun, masih boleh duduk, cuma menyeksakan. Cukup di situ ulasan kami. Apa pendapat anda? Civic Type-R original ataupun versi Mugen RC20GT? Kalau kami, Type-R original masih di hati. 😛

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Civic Type R, kereta konsep, Mugen RC20GT, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my